Tuesday, November 27, 2012

BUKAN SEBAB DIA "WANITA"

" dia garang dan marah bukan sebab dia seorang boss WANITA, tapi sebab hasil kerja yang diberikan oleh anak buah dia sangat-sangat teruk "

Selama ini kita kerapkali beranggapan yang boss wanita terlalu bossy, garang, tunjuk kuasa, ikut emosi, ikut nafsu, menindas, garang dan sewaktu dengannya.

Aku pun sebelum ni terpengaruh jugak dengan kata-kata macam tu, tapi selepas bekerja dengan 2,3 orang boss wanita, aku rasa tidak semua wanita macam tu. Berkait semula dengan ayat aku yang kat atas sekali.

Setiap orang ada ego masing-masing, tak kiralah wanita atau lelaki. Ada jugak boss lelaki yang jenis garang dan tak kisah nak maki hamun or  marah-marah anak buah dia dengan sesuka hati.

So, jangan ada perbezaan gender. Setiap manusia itu sama sahaja, ada sikap pemarah dalam diri. Yang membezakannya adalah cara diri sendiri mengawal marah dan emosi masing-masing.

Berbalik semula dengan ayat di atas ( dengan nada mcm cikgu ) , ayat tu dikeluarkan oleh seorang officer aku dan officer aku tu lelaki.

Menurut dia, kalau kita mampu berikan hasil kerja yang terbaik dan menepati apa yang boss minta, automaticly boss tak akan marah-marah atau meroyan sesuka hati. Kalau jenis yang memang malas buat kerja, hasil kerja macam sampah, kaki melawan, suka ponteng dll, kompem lah boss naik hangin. Pada tahap tu, depan-depan orang ramai pun kuar jampi serapah, maki hamun dia.

Dapat tak apa yang cuba aku sampaikan?

Kalau dapat boss yang terlalu baik, kita akan naik tocang dan pijak kepala. Betul tak? 

Kalau dapat boss garang, sekurang-kurangnya kita cuba perbaiki diri dan hasilkan tugasan dengan sebaik mungkin dan memuaskan hati kita, hati dia dan juga hati jabatan..eh?? jabatan ada hati ke? 

Sama macam aku praktikal kat hotel dulu.. akak-akak ngan abang-abang kat office cakap GM garang..sampai aku rasa sangat takut nak jumpa dengan GM.. tapi bila aku bekerja dengan GM dan aku mampu berikan hasil kerja yang baik dengan GM, dia tak pernah nak tinggi suara atau marah-marah dengan aku.

Sampai satu tahap dia pernah cakap kat seorang Marketing Officer " see, i dah cakap kat u, Fendi ni muka pembawa rezeki untuk kita"...

Haaa?? ok...terasa bangga sampai ke hari ini..

hahhahahhaha


Kataku :
Cuba kawal diri & ingat ALLAH


3 comments:

  1. kita bukan nak bos naikkan pangkat pun, tp cukup la kalao ada sedikit penghargaan seperti pujian!!

    ReplyDelete
  2. nasib boss js dulu blh jadi mcm mak ngan ank...best plak bila teringat mantan boss tu..sukar dicari rasanya..

    ReplyDelete