Monday, April 30, 2012

KOIR PUNYA PASAL

Koir punya pasal, habis tak senang duduk aku dibuatnya.

Adoilah, manusia mana lah yang "baik" betol hati dia letak nama aku dalam senarai penyumbang suara untuk kumpulan koir.

Buat performance kat Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama YAB Perdana Menteri tu, 07 Mei 2012 nanti.. hahhahaha

Dengan tiada persediaan yang rapi, dengan tenaga pengajar yang aku rasa dia sendiri pun tak tau apa itu koir, apa itu harmoni dalam koir dan bla..bla..bla..

Gigih jugak nak menghafal bait-bait lirik lagu patriotik nih.

Faktor usia pun jadi salah satu penyebab agaknya, aku cuma menghafal ayat-ayat suci Al-Quran je sekarang nih.. ( amiiinnnn..walau hakikatnya tidak )..

Ambik ko, hafal la lagu Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera ( aku cuma hafal baris perkataan ni je ), lagu Warisan ( yess...dah hafal sepenuhnya ), lagu Gemuruh ( gemuruh kaki aku nyanyi lagu ni..sakit tekak woooo ), lagu 1 Malaysia ( kita satu bangsa, kita satu negara..lalallalalal .. yg part tu je la bole aku ingat ) dan lagu Negaraku ( sila keluar dari Malaysia kalau rasa tak hafal lagu kebangsaan kita ).

Macam mana lah artis-artis boleh hafal banyak-banyak lirik lagu?

Tiap hari wajib aku bukak lagu-lagu ni kat PC aku. Lantak la orang nak komplen ke apa ke..

jom-lah kita hafal sama-sama..pelisssss...otak dah tepu lah ni..

Kataku :
Tetiba nak bernyanyi karaoke..sape nak ikut..

Saturday, April 28, 2012

COKELAT HANYA UNTUK WANITA?


Sape suka cokelat? Kalau suka, sila angkat kaki kiri..

Ha..mampu ke kau nak angkat kaki kiri? Akak-akak tu sila jaga tatatertib ye, terbukak kain nanti.

Tau tak yang cokelat ni boleh menenangkan?

Tak tau ea? Kalau makan dengan penuh feel, confirm akan menenangkan pemakannya.

Hahahah…

Tapi betul ke cokelat tu untuk pompuan je?

Pelik betul dengan statement sorang kawan ni, bila nampak lelaki makan cokelat dia akan kata “ pompuan je yang suka makan cokelat”

Ha? Kau ingat cokelat tu macam mekap ke? Khas untuk wanita je ke?

Tak masuk akal betul statement macam tu.

Apsal dalam iklan kat TV tu dia tunjuk lelaki makan cokelat?

Dah nama pun makanan kan..tak ada nya nak beza-bezakan lelaki dengan wanita kecuali lah Kacip Fatimah dengan Tongkat Ali. Tapi aku rasa, wanita pun bedal gak Tongkat Ali.

aku bukan penggila cokelat, tapi kalau orang bagi memang aku tak tolak..hahaha

Kataku :
Kotex memang untuk wanita sahaja..hehhehe

Thursday, April 26, 2012

DIA JE NAK MENANG


Letih la nak melayan manusia yang asyik nak menang je kalau bercakap.

Nak buat apa ea dengan manusia macam ni? Sumbat mulut dia dengan stoking bole?

Terus sesak nafas, masuk ICU.

Alasan dia senang je, “ saya kalau cakap memang nak menang je sebab kita ada hak untuk bersuara”..

Motip kan?

Kau fikir hak bersuara kau je, kau tak fikir hak bersuara orang lain?

Setiap orang kan boleh mengutarakan pendapat masing-masing, kalau rasa tak setuju, tak payah le nak marah-marah or nak beriya tegakkan hujah kau?

Hormat pendapat orang dan beri-lah pendapat sendiri..betul tak?

Tak perlu nak hentam habis-habis pendapat orang lain.

Belum tentu pendapat kau tu 100% masuk akal..

Dan yang paling penting, usia bukan ukuran yang menunjukkan kau tahu segalanya atau berusia tak semestinya penuh dengan pengalaman.

nak menang sangat kan? nah ambik piala ni..puas ati?

Kataku :
Ada orang main kasar dengan aku

Wednesday, April 25, 2012

SUARA HALUS


Petang semalam masa mandi, baru perasan yang ubat gigi dah habis. Lepas Maghrib, tetiba macam dengar suara halus bisik suruh beli ubat gigi. Kalau tak, esok pagi nak gosok gigi pakai apa? Tak kan nak pakai arang pulak..

Suara halus tu suruh pergi beli jauh-jauh sikit walaupun sebenarnya kedai runcit ada je kat bawah apartment ni. Katanya suruh pergi Aeon Cheras Selatan. Dengan pantas aku start kereta dan terus memecut ke Cheras Selatan.

Sampai kat Aeon Cheras Selatan, kaki ni terus tuju kat area kasut walaupun hakikatnya nak beli ubat gigi. Belek-belek Valentino’s Rudy, suara halus kata tak ada yang menarik. Pergi kat Bonia, suara halus bisik tak ada yang cantik. Melangkah ke Hush Puppies, suara tu kata tak ada yang berselera. Arghhh kenapa suara halus ni macam mengawal diri aku ni?

Suara tu suruh pergi pulak kat area baju-baju. Disuruhnya pergi kat SEED, disuruhnya try baju kemeja warna hitam. Aku pulak ikut je, dan akhirnya berkenan. Sambar lah satu.

Bergerak pulak ke bahagian baju-baju sukan, suara halus kata “ belilah satu, buat koleksi baju untuk  jogging”..Yelah, aku ambik lah satu .. Huh, menggangu je.

Lepas bayar..rasa lega sebab dah menghabiskan saki baki duit gaji sebelum gaji baru masuk.
Aikkk? Boleh macam tu ea?

Tapi hati ni masih tak puas lagi.. Ada sesuatu yang tak dibeli.

Eh..tujuan aku pergi sini nak cari apa eak?

Nampak Watson, baru lah teringat yang aku kena beli ubat gigi.

Ish..ni semua salah suara halus tu.. Jangan salahkan aku, salahkan dia..

Akhirnya, tertunai jugak tujuan aku ke Aeon ni.

Suara halus ni memang suka mengganggu. Waktu-waktu tengah ada duit ni memang dia suka ganggu. Kalau tak kuat, memang kalah lah..macam aku jugak..Aku dah kalah..

Suara halus tu adalah nafsu yang sengaja nak suruh aku berboros-borosan.

Tu perkara yang paling aku tak suka.

Dari tujuan asal nak beli ubat gigi yang sepatutnya aku boleh beli kat kedai runcit, ia berlarutan pulak beli baju..Hah..semputtttt..

Balik rumah, baru aku perasan yang ubat gigi ada spare dalam laci kat dapur..

Terbang duit disebabkan sekotak ubat gigi…

beli sekali Garnier Wash..Perasan nak muka ala-ala Fahrin..muntah hijau terus

Kataku :
Malam tadi ujan ke?

Friday, April 20, 2012

KASUT DAH SAMPAI

Mungkin ini yang pertama dah terakhir untuk aku order kasut secara online.

Bukan apa, lama sangat nak tunggu sebab proses berperingkat-peringkat, nak tunggu transfer duit, kemudian custome kasut tu then nak pos semula kepada pembeli.

Kalau beli kasut kat outlet, pilih je kasut then bayar dan dah boleh pakai.

Itulah perbezaan antara beli secara online dan juga beli secara terus.

Harga pun lebih kurang sama. Kalau beli kat outlet, siap boleh try & buat catwalk dalam kedai dan boleh tengok material yang digunakan.

Oooohh banyak komplen lak aku ni. Tapi terima kasih Distro KL sebab dah berjaya hantar kasut yang ditempah.

Kasut yang aku beli sangat selesa, lapik dalam yang lembut dan tak sakitkan kaki.

Cuma, fabrik yang digunakan nampak biasa-biasa je dan menampakkan kasut tu biasa-biasa je.


tunjuk beg je la ye..kasut biar rahsia..hehehe


Kataku :
Tetiba beriya nak tambah koleksi kasut 


Wednesday, April 11, 2012

AKTIVITI HARI CUTI


Selamat Bercuti Warga Malaysia !!!

Selamat Menaiki Takhta Kepada Yang DiPertuan Agong Ke-14 !!

Pagi ni bangun tidur, terasa semangat untuk keluar jogging.

Jam 7.30 pagi dah siap-siap berseluar track, bert-shirt hitam dan berkasut sukan. Punya semangat tapi malangnya masa nak masuk lif, dah dengar sesuatu yang menderu-deru.

Jenguk kat luar jap, laaaa…hujan la pulak. Baru start hujan.

Cancel nak mengeluarkan peluh pagi ni, masuk rumah semula dan plan nak buat sarapan.

Hahahha..

Dengan bangganya hari ni dapat buat lempeng dengan sambal sardin.

Hujan-hujan macam pagi ni memang best wooo layan lempeng buatan sendiri.

Sambil-sambil tu tengok siaran langsung pertabalan Yang DiPertuan Agong Ke-14 kat TV.

DAULAT TUANKU !!!!!!!

* hangus kat tengah-tengah..tu yang best tu..

* confirm org bawah rumah maki hamun sebab memekak pagi-pagi buta

* akhirnya..lempeng dan sardin 

Kataku :
Waktu cuti adalah waktu untuk bermalas-malasan

Tuesday, April 10, 2012

KAWAN INGAT KAWAN

Berchatting-chatting dengan kawan-kawan lama memang seronok. Bukak cerita lama dan bertanyakan cerita baru. Tindakan sama bila berhubung dengan kawan-kawan lama kan?

Satu malam tu, berchatting dengan kawan perempuan yang sama-sama study kat Poli. Dia dah jadi cikgu sekarang ni. Habis diploma, dia sambung degree kat UPSI dan keluar menjadi seorang yang bergelar cikgu.

Masa dia posting awal-awal tu, kena  mengajar kat sekolah di Kluang, tapi sekarang ni kena tukar ke Pasir Gudang pulak. Barulah aku tahu masa chatting aritu. 

Dia cerita yang dia ada pergi wedding kenalan kat Kampung Pasir Putih, kampung aku tuh. Tapi sekarang aku dah pindah. Rumah tu jadi kenangan je.

Seronok pulak berchatting dengan dia bila dia kata masa sampai kat kampung tu, dia terus teringatkan aku. Siap dia hafal alamat tu, " 89 Jalan Muhibbah, Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang"..

Haishhh kuat benor memori dia, sampai alamat umah aku pun dia hafal.

Paling best tu bila dia kata dia lalu kat sekolah rendah, then dia terfikir yang sekolah tu mesti sekolah rendah tempat aku belajar dulu.

Haaaa...ingat senang ke orang nak ingat-ingat kat kita kan?

Paling terharu bila dia kata " saya rasa tempat yang saya lalu tu semua tempat yang Fendi selalu pergi.."

Aku apa lagi, terus berkongsi cerita zaman sekolah dan zaman membesar kat Kampung Pasir Putih tu.

Bila kita selalu baik kat orang,orang mesti ingat kat kita kan? Dan serius, aku tak sangka yang member tu akan ingat aku sampai macam tu sekali kan?

Tau alamat rumah, ingat nama kampung aku duduk..

Aku? Hurmm, itulah kelemahan aku. Susah nak mengingat. Aku cuma tau yang dia asal dari Segamat. Nama kampung dia pun aku tak tau, apatah lagi alamat rumah dia. Sepatutnya aku pun kena jadi macam dia.

Susah nak cari kawan yang sangat mengingati kawan macam tu dan aku rasa aku sendiri pun tak mampu nak jadi macam tu.


* gambar semester akhir masa kat Poli PD..


Kataku :
Nak mencari kawan yang sejati memang SUSAH

POSING POSING

Galak berposing kitorang ni dengan baju baru.

Baju korporat baru. Sebelum ni warna biru muda, yang baru ni biru terang.

Warna baju masih cantik, so berposing sakan lah.




Sebenarnya tak adalah sakan sangat. 

3 keping gambar je kut..hahahhaha

Kataku :
Teater Dr. Siti Hasmah bakal dipentaskan

Friday, April 6, 2012

KERJA KERANA TANGGUNGJAWAB

Aku sangat tertarik saat berbual dengan seorang kawan bilamana dia berusaha untuk mencari kerja yang lebih baik untuk menjamin masa depan keluarga dia.

Dia sebelum ni kerja jawatan kontrak, kemudian kontrak tamat dan masih dalam proses untuk penyambungan. Lepas tu, dia bekerja sementara di syarikat landskap sebagai juruteknik kerana dia ada kelulusan / kelayakan.

Katanya dia dah dapat tawaran dari KLCC untuk bekerja di bahagian penyelenggaraan di sana.  Alhamdulillah..aku tanya dia kalau dapat tawaran untuk sambung kontrak jawatan sebelum ni, dia minat ke tak?

Katanya, sampai bila nak bekerja dengan jawatan kontrak? Walaupun seronok dengan suasana kerja, tapi gaji menjadi masalah dan dia fikirkan soal masa depan dia dan juga keluarga terutamanya anak.

" Umur aku makin tua, sampai bila nak bekerja dengan gaji macam ni? Ni dah dapat tawaran dengan gaji yang lebih baik, aku terima je lah "

Hurmmm bagusnya dia meletakkan keluarga sebagai yang utama. 

Tapi yang aku peliknya, kenapa ada manusia yang punya kerja dan suasana kerja yang baik masih lagi tak bersyukur dengan apa yang dia ada. Tak ada rasa tanggungjawab pada kerja dan tak rasa bersalah untuk buat kesalahan yang akhirnya terpalit jugak pada rakan sekerja yang lain.

Nak cakap lebih, memang tak lah kan sebab itu hal mereka.

Cuma kena lah bersyukur dan jalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

Cuba bayangkan kalau tiba-tiba rezeki ditarik, nak cari kerja susah dan tak ada orang nak menggajikan kita. Boleh teruskan hidup ke agak-agaknya?

Kataku :
Masing-masing dah besar

Thursday, April 5, 2012

PAMERAN NESTLE 100 TAHUN DISISIMU


Macam menarik dan macam berminat nak pergi..

Kataku :
Minum Milo Anda Jadi Sihat Dan Kuat

Wednesday, April 4, 2012

LARI DARI RUMAH

time tengah bosan macam ni, layan pulak lagu :

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti

bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali



beg da siap..jom lari dari realiti..


Kataku :
Pening dan memeningkan

Tuesday, April 3, 2012

KAMI SEMAKIN JAUH

*Entry ni agak mengada-ngada

Antara kami sudah semakin jauh dan hakikatnya memang kami jauh..
Dia di sana dan aku di sini..
Kami terpisah oleh lautan..

Hanya Airasia je yang mampu mendekatkan kami, nak naik MAS tak mampu..
mahal bebenor..

Sekian, terima kasih..

Kataku :
Saya anti wanita gedik ( bak kata Ain )

Monday, April 2, 2012

KEK APA NI?


Tak tahu langsung apa nama kek ni..
Kawan bagi sebab dah tolong dia minggu lepas.
Terima kasih banyak-banyak...
Sedap woooo..
Makan pandai tapi tak tau apa nama kek ni..

Kataku :
Tau makan je..

ITU NAMANYA NAFSU

First sekali nak buat pengakuan yang cartoon dan kata-kata kat atas tu sangat merepek, hodoh dan tahap amatur. Dah tua-tua baru nak belajar main komputer, tu jadi entah apa-apa je tu.

Tapi harapnya faham situasi "manusia jadian" kat atas tu.

Nak diringkaskan, mula-mula A niat nak beli baju sahaja. So, dia bawak lah duit pergi mana-mana shopping mall. Bila dia belek-belek baju, dia rasa tak berkenan. Kan jadi lumrah kan, kalau niat nak window shopping, memang akan banyak baju yang rasa nak beli. Tapi bila duit dah ada dalam poket dan niat dah pasang dari rumah, baju-baju semua dah tak ada. Yang tinggal baju yang untuk adik-adik remaja je kan?

A pulak jenis yang akan belanjakan duit yang dia dah peruntukkan. Tak kira lah untuk apa sekalipun. Jadi, jangan penyelesaiannya, A masuk kedai kasut. Belek-belek dan try-try kasut. Buat catwalk dua tiga round, so sambar lah kasut sepasang. Keluar dari kedai kasut, senyum meleret sebab duit yang dia dah peruntukan tu dah digunakan untuk yang sepatutnya.

Paham cerita tu?

Kalau ikut napesu, macam tu lah jadinya. Padahal kalau tak jadi beli baju, duit tu boleh je singgah Carrefour beli barang makan ke apa ke kan? ni..tak mau kalah, baju tak dapat, dibelinya kasut.

Kalau tak nak beli bahan makan pun, duit tu boleh simpan kut. Simpan untuk bulan depan ke, so bulan depan boleh beli banyak 2 kali ganda. Boleh beli dua helai..kan3?

Tapi kalau dah namanya manusia, nafsu memang tak boleh nak dikalahkan. Nak tak nak terbuai jugak dengan hasutan nafsu. Membazir tak tentu pasal.

Kataku :
Manusia memang macam tu

BATALKAN HATYAI

Tengok berita pasal kes pengeboman kat selatan Thailand. Sayup-sayup dengar perkataan Hatyai. Terus buat reaksi muka..haaaaaaaaaaaaaaa???

Hatyai? Hotel Le Garden kena bom? McD depan tu pun terkena serpihan pengeboman jugak?

Holiday yang aku impikan selama ini serta merta terbatal.

Dan nampaknya, aku akan ke Borneo.. yaaa.. tu yang bestnye kalau ada plan A dan plan B.

Rentetan cerita bom kat Hatyai tu amat menyedihkan. Sedih pertama sebab aku tak dapat nak pergi Hatyai. Alah tu tak la sedih pun. Biasa-biasa je. Cuma nak berkongsi sedih dan prihatin sikit dengan keadaan dan keamanan kat negara jiran tu.

Sampai bila-lah pergolakan dorang nak berakhir kan? Bom sana sini, sampai meragut nyawa penduduk dan juga pelancong-pelancong asing. Orang luar nak datang pun terbantut. Sedikit sebanyak boleh merosakkan ekonomi negara mereka sendiri. Dari segi pelancongan dan juga urus niaga sesama mereka.

Kita kat Malaysia kena-lah sentiasa berdoa dan menjaga keamanan negara kita supaya tak berlaku benda-benda yang tak diingini.

ni konon-konon macam nak luahkan rasa kecewa la

Kataku :
Kerajaan dah larang, so jangan buat