Friday, July 27, 2012

CHECK PERMOHONAN SPA


Menantikan buah yang tak gugur. Itulah keadaan aku sekarang ni bila aku check status pendaftaran permohonan jawatan kat laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ).

Dah masuk tahun ke enam kerja gomen ni tapi masih tak diberi peluang untuk dipanggil temuduga bagi jawatan yang aku mohon mengikut kelulusan.

Tapi untuk tahun ni, bila aku check semula, haaa macam kat atas tu la jawapannya.

" tidak melepasi syarat-syarat semasa yang ditetapkan oleh Suruhanjaya "

Entah apa syarat semasa yang tak lepas tu tak tahulah kan..

Kawan lain dah nak habis bayar PTPTN dah sebab dapat jawatan yang selayaknya, aku ni gigit jari je lah..

Tunggu dan banyak-banyakkan berdoa..

Rezeki dari Allah..

Kataku :
Durian tak gugur lagi ni

Thursday, July 26, 2012

BONUS PENJAWAT AWAM

Terima kasih kepada PM sebab mengumumkan pemberian Bonus kepada semua penjawat awam dan pesara kerajaan sempena nak berhari raya ni..

Ada lah sikit rezeki untuk berhari raya nanti..Azab woo raya tahun ni sebab banyak nak pakai duit..

Bukan pakai duit untuk beraya sangat pun, tapi untuk persiapan rumah baru lepas raya nanti..

Separuh gaji? Banyak jugak tu...

Kataku :
Raya dalam kesederhanaan

AKAK, LIF DAN SEORANG AKU

kejadian ni jadi minggu lepas..kenapa aku boleh ingat? sebab kejadian tu jadi hari Khamis dan hari ini jugak hari Khamis..so secara tak langsung, peristiwa tu kembali semula kat otak aku..

Ceritanya macam ni...

Aku baru sampai opis, masuk dalam basement and letak motor..terus masuk lif dan tekan butang M untuk ke Mezzanine..

Sedang aku dah dalam lif dan pintu masih terbukak, aku nampak ada sorang akak tu dah berlari-lari nak masuk lif..entah apa yang dikejarnya aku pun tak tau..

Aku yang ada dalam lif ni pun senyum ... tanda mesreeeee pelanggan...


macam ni la rupe aku senyum agaknya...

aku dah tekan button open sementara nak tunggu akak tu sampai ke lif..

sesampainya je akak tu betul-betul kat depan pintu lif...

PINTU TERTUTUP DENGAN SENDIRINYA...

aku dah tekan-tekan button open banyak kali, tapi pintu tu tetap jugak tertutup..

sempat aku tengok muka akak tu...muka terkejut..


kesian woo tengok akak tu sebab dia dah beriya berlari...

mintak maap kak, bukan salah saya..pintu lif yang tertutup sendirinya..

Kataku :
Opis tengah sibuk buat KIK

Tuesday, July 24, 2012

JOGGING DI BULAN RAMADHAN?

Apa pandangan orang kalau seseorang tu berjogging petang-petang pada bulan Ramadhan sementara nak tunggu masuknya waktu berbuka puasa?

Pelik ke? Ke rasa menyampah? Chehhhh jangan lah sampai menyampah pulak kan?

Tak bersalah kut orang tu, asalkan dia tak membatalkan puasa dia dengan minum air kat tempat awam..

Sebenarnya tahun ni aku dah berazam nak jogging-jogging manja setiap petang sementara nak menunggu masuk waktu berbuka puasa antara jam 6.00 petang hingga 7.00 malam tu.

Mesti ada yang kata " eiii baiklah isi masa dengan baca Quran..dapat jugak pahala"..

Iye, sepatutnya macam tu lah..bulan Ramadhan ni kena penuhkan masa dengan aktiviti-aktiviti yang boleh mendatangkan pahala yang berlipat kali ganda tapi berjogging tu jugak kan satu riadah yang sihat untuk diri sendiri..InsyaAllah dapat juga pahalanya..hehehhe


Semalam dah berjogging untuk pertama kali bulan puasa ni. Tak la jogging yang beriya sangat, lari-lari anak je..then jalan-jalan kaki..tu je..untuk kuarkan peluh...Tak adalah nanti nampak tak bermaya je kan..


Penat?


Eh...sebenarnya TIDAK...tak penat langsung ok, cuma rasa tekak kering..tapi adatlah kan, kalau duduk umah tengok tv pun tekak kering jugak. So? apa kata kuar berjogging..


Semalam masa jogging tu tak ramai orang..Memang boleh kira dengan jari.


Ada sefamily Chinese dengan sorang lelaki chinese dan sorang perempuan melayu yang jogging..


Orang tak akan cakap apa pun, tapi cuma tetiba macam malu sendiri lak, takut-takut lak tetiba ada orang tanya " AWAK NI TAK PUASA KE?"...


Bulan puasa ni masa untuk bergiat aktif, bukan masa untuk bermalas-malasan, zaman Rasullullah SAW dorang berperang time bulan puasa kan?...


Tapi..waktu berjogging tu...





Pastikan mata jangan meliar....mata kena pandang depan...


Jangan tengok aweks seksi...




Aweks-aweks pulak jangan pakai baju jogging macam kat atas tu...terbeliak mata aku nanti, kurang pahala puasa..


Dannnnnnnnnnnn yang paling penting...


Jangan bawak AIR MINERAL waktu jogging time bulan puasa...



Sah-sah kena tangkap dengan Jabatan Agama Islam nanti..

Keh..Keh..Keh..

Kataku :
Hari ni nak masak apa?

Monday, July 23, 2012

BUFFET RAMADHAN DI PICC, PUTRAJAYA


Lupa nak promote Buffet Ramadhan kat PICC, Putrajaya
PICC cuma menyediakan tempat je, yang uruskan Eden Catering

So, sesiapa yang berada di kawasan Putrajaya yang nak cari kelainan berbuka puasa, boleh buat tempahan sekarang jugak..

Juga dibuka kepada mana-mana syarikat korporat dan jugak badan-badan kerajaan untuk membuat tempahan secara berkumpulan..

Datang beramai-ramai ye sebab di ruang legar PICC ada juga jualan baju raya sebagai persediaan awal berhari raya..

Tak rugi kalau datang..

Kataku :
Jimat cermat je lah tahun ni

MATLAMAT HIDUP

Bila tiba je bulan Ramadhan, pasti entry semua nak cite yang baik-baik je kan? Status kat FB pun banyak pasal kelebihan bulan Ramadhan je.

Dah tentu la, sebab bulan Ramadhan ni kan bulan keberkatan, semua amalan baik kita akan digandakan pahalanya..InsyaAllah.

Sebelum sambut Ramadhan, aku ada pergi kursus anjuran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Kursus ni berkaitan dengan Solat & Sains tapi aku taknak ulas berkaitan solat dan sains tu. Aku cuma terkesan dengan penyampaian yang disampaikan oleh Ustaz yang bagi ceramah tu.

Ayat yang memberi kesan ialah " INGATLAH..KITA INI ADALAH HAMBA ALLAH, BUKAN HAMBA NAFSU.."


Time tu jugak kepala otak aku macam kena sentap..kenapa eak?


Hurmmm mungkin gak aku ni terlalu mengikut nafsu dalam buat apa-apa perkara, tu yang tetiba jadi tersentap tu..


nafsu hanya akan merosakkan manusia

Kataku :
Bila sebut nafsu, otomatik teringatkan Ahmad Nisfu

Wednesday, July 18, 2012

KO CUTI SEBAB APA?

Sebenarnya aku tak paham kenapa aku ambik cuti kelmarin ( 16 Julai )..

Bila orang tanya aku, aku sendiri pun tak dapat nak bagi jawapan yang tepat sebab aku tak tau sebab apa aku cuti.

Aku cuma rasa yang aku dah lama tak cuti ( kononnya..baru sebulan je kut )

Pastu aku ambik cuti sebab nak puaskan ati sendiri. Pastu bila dah cuti, aku plan nak ke Pavilion or Curve ( ahh tempat xmo kalah )..

Nak cari apa kat tempat macam tu? Apa lagi..cari mak ikan la..opsss jangan salah paham..

Memang tak la kan nak cari benda-benda merepek macam tu. Saje nak berjalan, redakan otak yang tengah berserabut nih..Lari dari hiruk pikuk ofis yang menyemakkan kepala hotak aku nih..


Tapi malangnya, sepanjang hari aku tidur dek terlayankan drama-drama kat TV..


Sia-sia cuti aku..


Buku TPM ni xde kaitan dengan entry ni


Kataku :
Memang selalu jadi macam tu

Tuesday, July 10, 2012

JANGAN SEDIH

Hidup merantau ni ( bole ke gune istilah merantau? ) banyak cabaran tau..

6 tahun hidup membujang jauh dari family memberi banyak pengajaran dan pelajaran kepada diri aku sebagai seorang manusia yang sudah menjengah dewasa..

6 tahun lepas bila masuk tempat baru, perlu cari kawan baru. kehidupan baru..kerja pun baru, semuanya serba serbi baru..

Kawan kat sini memang tak ramai ok.. Kawan yang baik kat depan sangat-lah RAMAI, nak cari yang betul-betul boleh gelak ketawa, menangis sama-sama memang SUSAH..

Alhamdulillah..nasib baik kat sini aku ada kakak yang sedikit sebanyak boleh menghilangkan rindu pada mak kat kampung walau hakikatnya kitorang selalu bertekak tapi di saat-saat aku tengah susah, dia lah yang sudi hulurkan bantuan.. Bak kata dia " apa guna ada adik beradik kalau tak saling tolong "

Kelas akak aku kan? Pandai berfalsafah..

Tapi itulah hakikat seorang akak, menjadi pelindung dan penolong kepada adik..

Itu cerita pasal akak, ni nak cite pasal kawan plak. Salah sorang member baik aku INSYAALLAH akan berpindah ke KL dari tempat keje dia kat utara tanah air. Katanya masih belum confirm tapi 90% memang akan ditukarkan.

Katanya semuanya dalam keadaan serba salah sebab dia masih sayangkan tempat kerja lama, tapi dah namanya prosedur syarikat kan..Naik pangkat, kena tukar tempat kerja..

Kalau betul dia jadi bertukar, akulah yang paling happy.. Ada kawan yang INSYAALLAH akan dekat dengan aku. Yang boleh berkongsi cerita dan jadi kawan gaduh sebab tak sependapat ( ada kalanya )..

Semoga semuanya berjalan lancar...aminnn

Kataku :
Orang tengah sedih, aku pulak happy

Friday, July 6, 2012

TAKDE SAPE SUKA DITIPU

Korang pernah kena tipu?


Tak kisah la tipu apa pun..tapi mesti penah kan?


Kalau kena tipu dalam hal percintaan, lagi sakit kan?


Kalau kawan-kawan yang tipu? Sakit sikit je la kan?


Tapi tetap sakit jugak kan? Tau tak perasaan orang yang menipu?


Dia cuma nak lindung kesalahan yang dia buat..Tak kisah lah untuk kebaikan atau keburukan tapi tipu tetap tipu..


Tipu tak akan jadi makna yang lain selain dari tipu..


Tau jugak apa perasaan orang yang kena tipu?


Kalau dah pernah kena tipu, of course lah tau kan? So rasa macam nak bagi penumbok je kan?


Hahhahaha...


So, jangan lah menipu dan jangan tertipu dan jangan bersubahat untuk menipu.


Terima kasih..


Kataku :

McD Kota Warisan...tettttttttttttttttttttttttttt