Wednesday, February 20, 2013

JADI STUDENT DAH SEKARANG

16 Februari - dengan penuh kemalasan bangun tido, siap-siap dan terus drive ke Shah Alam.
Tak pernah-pernah aku sampai kat UiTM tu ha, tiba2 hari ni dengan kuasa Tuhan, aku sampai dengan selamat tanpa sesat barat.

Terror tak aku? hahhaha

Sampai2 je orang dah beratur panjang, dah macam beli tiket nak tengok bola..Gigih jugak la aku beratur sambil mencarut dalam hati sebab marahkan diri sendiri yang bangun lambat dan gerak lambat.

Aku sampai dalam pukul 9.00 pagi dan urusan semua selesai dalam pukul 2.00 petang.

Pukul 3.00 petang ada sesi ramah mesra..owhh mesra lah sangat kan??

Aku dengan dua orang member ( kenal masa daftar..terus declare member kan? ) buat dajal.. Tidor dalam surau waktu taklimat mula..keh2..sempat jugak la dengar taklimat dalam waktu2 terakhir tu.

Semua settle tanpa ada masalah.. Risau jugak sebab ada orang lain yang katanya ada masalah dari segi pendaftaran.

Dengan rasminya aku dah jadi pelajar kembali selepas 7 tahun membujang..eh motip??

Doa aku semoga Allah sentiasa bersama aku untuk berjuang hadap buku dan nota2 yang boleh pecahkan kepala otak.

Gambar masa proses pendaftaran aku tak ambik.. Gile ko, orang tengah kelam kelibut pegang dokumen bagai, mana sempat nak snap kehingarbingaran pendaftaran.

 vaucer buku 1 Malaysia..terasa diri macam muda remaja bila dapat vaucer buku ni

paper bag dan juga id card. bole dpt diskaun kalau gi karoks nih..

bangganye ada id card..4 tahun nak pakai ni

Kataku :
Boleh ke aku??

5 comments:

  1. wah tahniah2...tiba2 rindu bila tengok id card tu...hehe..

    full time ke?..

    ReplyDelete
  2. tahniah u..da jd student balik da ha.. elokla mase single2 ni u study..kalo da de family payah kit mcm i neh..

    ReplyDelete
  3. Wahhhh, tahniah abg fendi! :) Hahaha, muka di kad pelajar trsgt nerdy. haha! :P

    ReplyDelete
  4. JS - sya ambik prttime..tp mcm trpkir nk ambk full time lak

    Nieja - hehhe..kan..doakan i sukses..

    Tasya -mmg sangat nerd..mcm pesalah juvana pn ado..keh3..

    Faisal - jom study balik..ko expert IT kan, sng je tuh..

    ReplyDelete