Jumaat – 22 Mac 2013 – Dah masuk hari ketiga
kat Phuket ni.. untuk hari ketiga, memang aktiviti penuh dari pagi sampai
malam..
Dah
book trip untuk gi tengok2 island sehari sebelum.. aku ambik yang pakej
1000bath.. pakej James Bond Island, Phang Nga Bay, Monkey Cave, Panyee Island
dan jugak Sarasin Bridge.. mula2 aku salah paham jugak..ingatkan sama je pakej2
tu semua..rupanya lain2..
Ada
pakej Phi Phi Island, Maya Island dan Khai Island ( 3 in 1 ).. kiranya ni untuk
pantai2 je semua.. aku nak ambik yang ni tapi member tak nak.. sedih *sambil
kaki kuis2 kat pasir..
Pakej
lagi satu plak pegi Panak Island, Hong Island, James Bond Island dan jugak
Mangrove Lagoon. Yang ni naik feri pastu akan naik longtail boat untuk pergi ke
James Bond Island.. yang ni pun best jugak kut sebab boleh lunch kat atas
feri..fefeeling Titanic gituh..
Oleh
sebab kitorang dah pilih pakej yang pertama tu kan, so takyah la nak bawak
towel ke, swimming trunk ke, baju basahan or apa2 benda yang lain..pakej
kitorang ni lebih santai, makanya jam 10.00 pagi dah kena terpacak depan hotel.
Satu van sampai dan ambik kitorang. Masuk2 je dalam van, dah penuh dengan mat
saleh..kitorang je yang lidah belacan ok, yang lain2 tu lidah cheese katanya.
Dari Patong Beach menuju ke Monkey Cave dulu untuk melawat kawan2 lama yang dah
terpisah lama.. masa yang diambik memang lama..sempat aku tidor sambil mimpi..
Nasib baik van dalam good condition dan econ pun baeeekkk punya, so takde
masalah..
Kat
sini ada gua dan dalam gua tu ada patung Buddha..see, aku ni asyik melawat
patung Buddha je la kan? Cuma teruja dengan keindahan cave tu je..lekak lekuk
cave tu memang cantik..kejadian Allah memang cantik..monyet2 kat luar cave tu
pulak jenis tak garang tapi aku tak bawak makanan, so lain kali je la aku bg
makanan ye wahai monyet2 sekalian..
Pastu
teruskan perjalanan untuk naik longtail boat menuju ke Panyee Island..Panyee
Island ni sebuah pulau yang menempatkan perkampungan Muslim dan kitorang akan
berhenti untuk lunch..berderet restoran atas laut dan travel agent ni dah book
awal2 restoran mana yang nak berhenti.. tempat makan dah tersedia dan kitorang
dihidangkan dengan makanan Thailand.. best sangat bila makan atas laut, dengan
angin kuat..pemandangan cantik..
Belakang restoran tu, ada kedai2 jual cenderahati oleh penduduk..macam2 jenis ada..makanan, pakaian, fridge magnet, key chain dan jugak hasil laut..best..rasa macam kat kampung2..
Dah
puas makan, teruskan perjalanan semula menuju ke destinasi yang lain.. tempat
seterusnya ialah Phang Nga Bay. Kat sini ada aktiviti kayak..kitorang tak ambik
pakej kayak ni.. so, duduk la atas jeti sambil tengok orang berkayak sambil2
lagi bergambar..sakan la aku bergambar..dah masa diperuntukkan sejam, apa lagi
aku nak buat kat atas jeti ni kan? Atas jeti tu boleh minum2..FOC je
minum..memang dah disediakan..ala sebenarnya dah sekali caj dalam pakej tu..
James
Bond Island…tempat terakhir bagi sesi penjelajahan atas air yang kitorang
singgah..ni yang paling glemer..kenapa tempat ni dipanggil James Bond Island?
Sebab ada salah satu siri James Bond tu buat penggambaran kat sini..sebagai
kenangan, lekat nama James Bond sampai bila2..seriously tempat ni cantik ok..
memang kejadian Allah tu semua cantik..teruja sangat2 sampai tak mampu nak
type nih..hahhaha kalo nak tengok cantik tak cantik, kena pergi sendiri..tengok
dan alami sendiri.. bak kata aku pada member aku “ kecantikan tempat ni tak
terakam dalam kamera..semua masuk mata, simpan dalam otak..” gituhh terrer tak
aku berfalsafah?
Aku
dah excausted time nih..dari pagi sampai petang..duduk dalam boat, panjat boat
naik tebing..kena panas terik..layan minah saleh berbual…arghhh penat
sangat..habis aktiviti bergambar kat James Bond Island, kitorang balik ke
daratan.. eh tak lupe daratan ok, kembali jugak ke pangkal jalan.. aktiviti tak
habis kat situ..dah le malam nak kena tengok show FantaSea, aktiviti petang
masih ada satu..tempat last ni takde lah best sangat.. Menuju ke Sarasin Bridge iaitu jambatan yang menghubungkan antara
Phuket dan Phang Nga ( kalau tak silap ).. asalnya jambatan ni adalah jambatan
utama yang jadi penghubung, tapi kerajaan Thailand dah siapkan jalanraya baru
sebagai penghubung..kalau kat Msia ni macam Penang lah..ada jambatan yang
menghubung antara pulau dan juga tanah besar.. so, Sarasin Bridge ni dibuka untuk
pejalan kaki bersiar-siar ambik angin
petang.
Akhirnya tamat jugak sesi jelajah siang..masa untuk balik ke hotel dan bersiap2 untuk aktiviti malam pulak..
Kataku :
Suka naik bot dan sukakan laut..
No comments:
Post a Comment