Khamis – 21 Mac 2013 – Bangun pagi, sebenarnya
masih blur dan tak bincang nak bergerak ke mana.. senarai tempat yang aku dah
listkan, aku tertinggal kat Malaysia.. bagus sangat aku ni kan? Sebulan
prepare, last2 tertinggal dan aku lupa tempat2 tu semua.
Akhirnya
kitorang rancang pegi ronda-ronda Phuket.. tahan teksi dan tanya harga.. Driver
teksi buat pakej.. 5 jam berjalan keliling Phuket dengan harga 800bath. Dia
bawak mana-mana tempat yang kita nak..siap ada catalog lagi tuh, so pilih je la
mana yang rasa best.. yang kurangnya bila driver teksi tak boleh berbahasa
Inggeris.. cuma sikit2 je yang dia paham.
Tempat
pertama kitorang singgah – Big Buddha Temple.. patung Buddha color putih yang
besar.. gi tengok tempat ni sebab nak tau apa istimewanya tempat ni, bukan niat
lain pun.. tempat ni takde apa yang menarik pun.. just taking picture, ronda2
pastu gerak tempat lain.
On
the way tu, driver singgah kat satu kedai cenderahati.. berhenti sekejap je kat
sini sebab tempat tu macam tak menarik sangat.. tak banyak barang souveniors
yang ada..yang ada pun banyak patung2 agama dorang.. memang tak la kalau aku
nak beli pulak kan? So kitorang tinggalkan tempat tu dengan tangan
kosong..padan muka tuan kedai, sape suruh jual benda tak best..
Seterusnya
gerak ke Chalong Wat.. kuil Buddha jugak.. senibina cantik..aku suka tengok
senibina yang ada..galak betul aku ambik gambar.. kat sini, dorang akan bakar
mercun dalam tempayan besar (suka ati je tulis tempayan..tengok gambar kat
bawah)..mungkin ada sebab2 dia bakar mercun dalam tu, tapi aku malas nak ambik
tau..kalau aku tanya pun bukan dorang paham aku cakap apa. Kat bahagian
belakang kawasan ni ada gerai jual souveniors tapi aku tak tengok pulak harga
mahal ke murah..aku cuma jalan2 tengok dari jauh.
Waktu
ni dah panas sangat.. tengah hari dah pun waktu tu.. kitorang mintak driver
hantar ke tempat jual gajus..ada banyak tempat or kilang gajus ni tapi dia
bawak yang kat sini.. layankan je lah..aku nak request lebih2 pun bukan aku
tau..dah sah2 list tertinggal kan..memang macam nak tampar muka sendiri selaju
mungkin. Kat kedai gajus ni, kita boleh rasa.. dia jual gajus berperisa..macam2
ada, ada rasa salty, butter, chocolate, sambal..sume ada lah..so, ambik
kesempatan rasa semua la, dah sah2 orang bagi free untuk rasa kan? Last2 aku
beli dua je..merasa bukan main, beli cuma dua..ala mahal la gajus ni.. kat
Malaysia pun ada, so takyah la aku beriya sangat nak berat2 bawak balik benda
alah ni kan? Sebagai syarat sudah..
Settle
kat kedai gajus ni, member aku mintak hantar kat mana2 kedai yang ada jual
seluar dengan baju.. driver hantar kat satu outlet.. murah2 je baju dengan
seluar kat sini.. outlet ni sebelah dengan Phuket Square..aku tak tau apa nama
tempat tu..haahaha… member sambar sehelai seluar dengan beg..ambik masa sejam
jugak kitorang pusing2 dalam ni..aku dapat capai sehelai jersi bola negara
Thailand..tu pun beli sebab ada orang mintak carikan..
Puas
berjalan dan masa pun dah suntuk.. tempoh 5 jam tu dah nak habis dah.. so last
destination kitorang adalah shopping mall..mintak driver hantar kat
Jungceylon..macam2 ada jual kat dalam ni, kitorang pegi terjah money changer
dulu..nak kena tukar duit lagi..tak cukup duit woooo..ntah ke mana ntah
habisnya duit tu..
Cari
makan tengah hari kat sini jugak..kat food court bawah.. ada kedai muslim..akak
yang masak tu pakai tudung, dan dia masak secara open..nampak lah dia masak
apa..so, jangan risau pulak nak cari kedai makan halal kat sini..cari je akak
ni, mesti jumpa..huhuhu.. makan nasi goreng sepinggan 120bath seorang. Kira mahal
la jugak tapi mencari yang halal itu wajib..wehehhehe.. Lepas dah topup energy,
sambung jalan2 dalam mall pulak..dalam ni tak beli apa sebab sama macam
Malaysia je..
Petangnya,
kitorang balik hotel untuk berehat. Penat sangat, dah tua dah kan? So sedar2lah
diri sikit. Mandi-mandi dulu sebab malam nak ke FantaSea tengok show.. Pukul
5.30 petang dah nak kena kumpul sebelum van ambik tapi malangnya……hari Khamis
FantaSea tutup lah… sia-sia sangat petang tu..beriya sangat balik nak bersiap,
tengok2 show takde malam tu.. meroyan jap..
Oleh
sebab aktiviti dah cancel, malam tu kitorang berjalan lagi untuk isi masa malam
yang tersisa..gituh kan..ye lah, dah kecewa, tu yang ayat macam kecewa sikit. Tak
tau nak buat apa, last2 pergi massage.. harga lebih kurang sama je tiap2 tempat
massage tu, so takyah nak survey sangat la kan.. wat membazir tenaga &
peluh je..baik simpan peluh tu esok2.. kitorang ambik full body massage, saje
nak relaks kan diri..kalau kat Msia memang tak ado lah nak massage2 bagai kan..
Lepas
massage, masa untuk berjimba2..malam masih muda kan…
Memang layak Phuket tu kena Tsunami..aktiviti malam sgt2 tak bermoral
No comments:
Post a Comment