Wednesday, March 27, 2013

PHUKET TRIP - 5 (LAST)


Sabtu – 23 Mac 2013 – Hari terakhir berada di Pulau Phuket.. Bangun pagi dengan keadaan sangat malas sebab penat dengan aktiviti hari sebelum2 nya.. member dah desak2 suruh bangun..tak nak bazirkan masa percutian yang ada katanya.

Memang hairan bin ajaib..selalunya kalau pegi holiday, aku yang bangun awal dan semangat setinggi tinggi yang boleh, tapi untuk holiday kali ni, aku jadi pemalas semalas malasnya..hahahha

Aktiviti pagi cumalah jalan2 kat pantai..tak sah kalau pegi pulau tapi tak pegi pantai..ofcoz gi Patong Beach..aku datang memang sebab nak tengok pantai..
Pantai macam biasa la kan..pasir putih, air laut cantik..kaler biru..ada mat saleh dengan minah saleh berjemur..ada yang wat aktiviti laut cam jet ski sume..yang berjogging pun ada..dan..aktiviti sama macam aku..jalan kaki..

Sambil2 ambik gambar, sambil bakarkan kulit..memang aku nak kan sunburn..biar makin hitam kulit aku yang sedia hitam nih..huhu..hambik ko, balik Msia memang hitam terbakar terus muka aku..padan muka berkuasa kuda untuk aku.

Dah berjalan perut lak lapar, so singgah breakfast kat satu gerai tepi pantai..kitorang ambik set western breakfast..haa sambil makan tu sambil la bercerita sambil mengata sambil bergossip..macam2 hal kitorang gosipkan..dari hal diri sendiri sampai la hal orang lain sampai hal sukan sampai hal negara..hebat tak hebat kitorang??huhuhu..

Ada satu tahap tu, member aku nak mengata pasal member dia kat Msia..yang bestnya siap bisik2 kat aku..dengan selamber je aku sound dia “ko nak ckp bisik2 apsal lak?..kita kat Phuket la..tengok keliling sume orang putih..”...

Time tu macam lawak gile..time tu la, bila skarang aku cerita rasa macam dah tak lawak dah pun kan?huhuhu..

Takde aktiviti sangat la siang ni sebab nak kena balik hotel siap2 kemas barang..






Kataku :
Aktiviti banyak yang lama so masa macam habis banyak..ada lagi tempat best yang kitorang tak pergi

2 comments: