Monday, April 29, 2013

RUSHAI LEATHER


Last week singgah Pertama Complex, KL sebab nak jumpa tailor, nak tempah baju. Sementara nak tunggu kedai jahit tu bukak, jenjalan dulu sambil meninjau apa yang menarik.

Singgah plak kat satu kedai barangan kulit dan terminat kat satu kasut dan akhirnya kasut tu dah jadi hak milik aku.

Kalau sesapa yang minat barangan kulit, boleh singgah kedai ni. Nama dia Rushai Leather, bukan setakat jual kasut kulit, tapi ada belt, beg dan jugak wallet dari kulit.

Selain dari berkenan kat kasut-kasut, aku berkenan kat wallet dia dan harga barangan dalam lingkungan RM 150 ke atas. Berbaloi sebab kualiti dan hasil buatan memuaskan.

Aku dah aim satu wallet berzip. Mungkin lah next month akan sambar wallet tu pulak.






Kataku :
Rak kasut perlu ditambah

3 comments: