Friday, May 10, 2013

JOM BERBASIKAL FOR FUN


Alahai..aktiviti ni dah berminggu-minggu habis tapi baru nak masukkan cerita dalam blog nih.

PICC ada anjurkan aktiviti berbasikal untuk warga PICC dan aktiviti ni bukan paksaan, tapi amat-amat digalakkan. Aktiviti berjalan dengan lancar dan sangat-sangat menyeronokkan.

Basikal disewa dari Perbadanan Putrajaya dengan kadar RM 4.00 sejam. So, kitorang sewa 2 jam untuk aktiviti yang dirancang.

Ramai jugak yang join, lebih kurang 60 orang kut dan laluan dari PICC menuju ke Masjid Besi..

Laluan adalah sepanjang laluan pejalan kaki, tidak dibenarkan lalu di jalan raya bagi menjamin keselamatan kitorang nih.. Yelah, berbasikal 10 tahun sekali kut, jangan nak memandai perasan macam pro plak ye.

Enjoy la bila berbasikal ni sebab benda yang jarang-jarang sekali buat. Selalunya jogging, dah biasa. Yang pastinya sakit pungkuk la.. 2,3 hari kut nak hilang rasa sakit tuh..







Kataku :
Berkayuh untuk kesihatan


No comments:

Post a Comment