Thursday, May 16, 2013

REVIEW BUKU : KONTROL HISTERIA


Alahai..tajuk buku dan gambar cover depan macam best je tapi bila dah start baca, macam ada sesuatu je pada buku nih.

Buku ni adalah cerpen, so ada 45 cerita yang dimuatkan kat dalam ni. Cerita mengambil suasana di luar negara dan juga dalam negara.

Buku ni menceritakan tentang pembunuhan. Perlu diingatkan, bukan cerita tentang jenayah dan siasatan oleh pihak berkuasa, tapi kisah orang membunuh orang.

Dan paling tak bestnya ada cerita pasal seks dan lucah walaupun tak terlampau tapi dalam ayat menerangkan situasi dan penggunaan perkataan yang jelas maksud mengenai hubungan seks. Terlalu terbuka. Tambahan lagi, ada cerita berkaitan seks songsang dan ayat-ayat sangat jelas menerangkan perlakuan seks tersebut..

Cerita berkaitan pembunuhan yang negatif, bagaimana si A bunuh si B sebab dendam, si C bunuh si D sebab perasaan sayang yang teramat, si E bunuh si F sebab cemburu. Hurmmm..aku tak menggalakkan buku ini dibaca namun aku terpaksa baca juga buku ni sebab dah beli.

Kataku :
Tersalah beli buku la ni kiranya





2 comments:

encik cool said...

keke..layan jealah

Jemarisuri said...

la gitu la plak...hihi