Sebelum ni kan aku
ada story pasal beli kasut kat outlet “ Rushai” kat Pertama Comlpex kan? So,
selepas sebulan aku pergi lagi sekali untuk beli wallet pulak.
Wallet yang jenis
besar-besar tu dipanggil clutch kan? Clutch bukan untuk wanita sahaja, tapi ada
untuk lelaki.
Dah biasa pakai
wallet yang kecik-kecik ni kan, so sekali sekala teringin jugak bergaya dengan
beg besaq2 sket, dari jauh orang nampak macam bawak ipad or tab kan? Mampooo??
Aku beli dengan
harga RM 200.00 dan member beli dengan harga RM 150++ (
i cannot remember the price ) dan dia belikan purse kulit jugak untuk wife dia
sempena Hari Ibu..
Aku akan pakai bila
jalan-jalan sebab senang nak sumbat semua benda dalam tu termasuklah handphone
cikai aku, pasport ( mention jugak tu..maklum la jenjalan luar negara je ) dan jugak apa-apa slip yang nak kena bawak.
Aku dah mula suka
beli barang-barang leather plak nih, mati le nak kena bajet duit setiap bulan.
Mungkin lama-lama aku akan cakap Good Bye ZARA..hahhah
ini yang aku punya..bila tutup, camni la size dia..
No comments:
Post a Comment