Wednesday, March 26, 2014

BERCUTI PULAU LANGKAWI : 13-15 FEBRUARI 2014


Assalamualaikum & Salam Sejahtera…


Tahun 2014 ni sebenarnya nak bercuti dalam Malaysia je, sebab nak save bajet. Kesian la jugak kat diri ni. Ingatkan boleh travel lagi jauh, tapi nampaknya kena pendekkan langkah pulak. Takpe, ada rezeki nanti boleh pergi jauh-jauh sikit.


Percutian pembukaan tahun ni, aku pergi Pulau Langkawi. Semua rancangan last minute je sebab saje nak menjenguk Alif yang tengah training kat PULAPOL Langkawi.


Aku pergi 13 Februari (Khamis), balik 15 Februari 2014 (Sabtu). Naik flight Air Asia. Harga tiket RM 150.00 seorang. Pergi berdua dengan Raja Pian. Takde hal kan, sebab Langkawi je. Takde jauh sangat. Oleh sebab aku dah duduk Salak Tinggi, takde sape nak dimintak tolong antar aku ke LCCT. So aku decided, letak motor kat Putrajaya Central dan naik ERL ke Salak Tinggi. Dari Salak Tinggi, naik bas ke LCCT. Mesti pelik kan, kenapa aku tak terus park kat Salak Tinggi je? Sebenarnya ticket bas tak dijual di ERL Salak Tinggi, so TERPAKSA naik di Putrajaya. Kira macam patah balik. Tiket untuk ERL dan bas dalam RM 5.00 ++.



Flight pukul 6.00 petang macam tu, sampai airport Langkawi dalam pukul 7 malam dan langit masih cerah. Kitorang sewa kereta sepanjang kat sana. Sewa kereta dengah kadar RM80.00 sehari. Tempat tinggal pulak kitorang ambik kat Alpha Motel, Pantai Tengah. Sengaja ambik motel murah sebab nak berjimat cermat. Lagipun bukan nak berhoneymoon kan? Cuma bila ditanya pada aku adakah motel ni ok? Jawapannya, so-so je. Kalau boleh takyah stay kat motel ni. Cuma yang bestnya motel ni ialah sangat dengan dengan pantai. Best!!!!!


Malam nya just cari tempat makan sebab penat. Balik motel untuk tido..


Sebenarnya takde aktiviti apa pun yang kitorang buat dalam percutian ni.

Hari Jumaatnya tu, lepas breakfast kitorang gerak ke pekan Kuah sebab nak cari coklat. Lepas tu jenjalan kat Dataran Lang dan Jetty Kuah. Bila da habis shopping coklat, kitorang gerak pulak ke kawasan kereta kabel tapi aku tak naik pun kereta kabel tu. Malas (padahal gayat)..hahaha. Jenjalan kat kawasan bawah tu sambil makan aiskrim dan tengok pemandangan sambil mengutuk orang yang lalu lalang.






Tengahari Jumaat kitorang ke PULAPOL untuk solat Jumaat dan berkesempatan jumpa dengan Alif dan jugak 2 orang member yang pernah sama-sama kerja kat PICC. 



Lepas solat, gerak makan cendol dan laksa kat tepi laut yang dekat dengan epot tu. Kalau nak turun landing tu sure nampak kan deretan lori-lori yang jual macam-macam makanan. Memang teringin nak makan kat sini sebab sebelum ni masa datang Langkawi tak sempat singgah. So dapatlah melepaskan gian.


Aktiviti petang cuma jenjalan kat Pantai Tengah sambil berjemur. Bila dah bosan baru gerak ke Tanjung Rhu sebab cari pasar malam. Best!!!!

 


Hari Sabtu dah balik, tapi flight pukul 10 malam. So pagi tu, lepas breakfast kitorang makan angin drive ke tempat-tempat tak tentu hala. Asalkan dapat mengisi masa lapang. Lepas check out dari motel, kitorang pergi mana-mana mall yang ada sampai lah pukul 8.00 malam baru bergerak ke epot. Sedih kan?? Hahahha..


 Selesai dah percutian pembukaan tahun 2014.


Kataku:
Pilihan untuk cuti santai-santai - Langkawi

No comments:

Post a Comment