Tuesday, April 1, 2014

BERCUTI KOTA KINABALU : 27-30 MAC 2014 - HARI PERTAMA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Akhirnya masa yang ditunggu dah tiba. Masa untuk terbang ke Kota Kinabalu. Mesti ada yang kata setakat KK pun nak kecoh. Ala, mana ada kecoh lah. Ni kali kedua aku jejakkan kaki ke KK, takde nak kecoh mana pun!!

Ambil flight jam 11.05 pagi (27 Mac 2014), hari Khamis. Eh haruslah aku ambik cuti dua hari (Khamis & Jumaat) demi nak selesaikan misi bercuti ni. Perjalanan ke KK dari LCCT 2 jam 30 minit. 

Aku stay Hotel 1 City di Segama Complex. 4 hari 3 malam harga RM300++. Hotel memang selesa dan bersih. Sebenarnya niat asal nak stay hotel bajet yang murah-murah je tapi oleh sebab cuti sekolah, banyak hotel yang dah fully booked dan aku pergi plak weekend, harga pun jadi mahal sikit. Kedudukan hotel ni memang dekat dengan Pasar Philipine dan jugak kawasan-kawasan di Segama Bay. Dekat jugak dengan kedai-kedai makan dan jugak kedai-kedai serbaneka. Kiranya kawasan ni memang strategik!! Bawah ni gambar bilik hotel:-

  
Sepanjang kat KK, aku sewa kereta Saga FLX. Sehari dicaj RM100.00. Orang kata agak mahal, tapi terimalah hakikat yang waktu aku pergi tu cuti sekolah, harga sewaan naik. Tambahan lagi aku book kereta last minute, sepatutnya sewa dengan orang lain tapi last minute jugak orang tu tak jadi sewakan kereta. Malang nasib aku. Kalau ada yang nak sewa kereta, ni nombor nya - 0165091373. Nama dia Boy. Ayah dia orang Sabah, mak dia orang Pahang dan dia takde loghat Sabah langsung. Orangnya baik. Ni gambar kereta yang aku sewa:-



Aku start pakai kereta pukul 5.00 petang dan kereta dihantar di hotel. Oleh sebab ingat-ingat lupa jalan kat KK ni, so aku naik teksi je dulu dari Airport KK ke hotel. Perjalanan tak jauh pun tapi oleh sebab hujan dan jammed, terasa macam jauh. Caj teksi RM30.00.

Lepas dapat kereta, aku terus gerak ke Suria Sabah Mall. Terpaksa cari tempat untuk larikan diri dari kesesakan. Nasib baik jugak aku tak pergi One Borneo tu, kalau lah aku pegi memang cari nahas. Gile ko, petang waktu orang balik keje kut. Jammed tu kalah macam kat KL tau. Aku melilau sorang-sorang kat Suria Sabah tu. Malamnya tu baru gerak ke One Borneo untuk cari makan. Isi perut yang dah kebulur. Kat sini aku jumpa dengan sepupu yang tengah study kat UMS. :-)

Kataku:
Berani-beranikan diri je

No comments:

Post a Comment