Petite France - Kitorang pergi Petite France ni masa odway nak ke Nami Island. Tempat ni menarik jugak untuk isi-isi masa senggang yang ada. Maklumat berkaitan Petite France seperti kat bawah. Aku google, copy and paste. Tak kuasa aku nak menaip panjang-panjang :-
The concept of Petite France encapsulates ‘flowers, stars, and the
Little Prince.’ The village contains a memorial hall dedicated to
Saint-Exupery, the author of the celebrated French novel, Le Petit
Prince (1943) and as such it is called the Little Prince theme park. It
also has a gallery displaying sculptures and paintings of le coq gaulois
(the Gallic rooster), the national symbol of France; Orgel House where a
200-year-old music box plays a sweet melody; a shop that sells herbal
and aromatic products; a souvenir shop; and many other locales where you
can experience French culture. The village can accommodate up to 200
visitors with 34 guest rooms that hold four to ten people each. Enjoy the marionette experience and hear percussion instruments from around the world, and also enjoy soap bubble experience.
Konsep ala-ala muzium la jugak. Ada macam rumah-rumah pastu kita masuk dan tengok koleksi barangan yang ada dalam tu. Layankan gambar je lah, tak pandai aku nak explain lebih-lebih :-
Nak naik tu kena menapak naik bukit sikit..sikit je lah bukit tu, jangan jadi malas sangat boleh tak? (cakap kat diri sendiri)
kau bagi information dalam bahasa & tulisan Korea?? Kau ingat kitorang paham?? yang belakang tu kaunter ticket. Kitorang dah beli tiket sekali dengan pakej driver. So semua travel agent dah uruskan.
aku takde gambar kat signboard ni sebab gelojoh sangat plus tak sabar nak masuk dalam
kat kawasan luar pemandangan biasa-biasa je, tapi angin kat sini sejuk jugak.
Jom masuk dalam..
Sebenarnya takde apa lah yang menarik kat Petite Franch ni, tapi bila kita sampai kat sini, kita boleh nampak gambaran kawasan perumah orang-orang Franch dan susun atur dalam rumah dorang. Boleh tengok-tengok barang-barang orang Franch macam barang hiasan dan sebagainya.
Cuma apa yang dapat aku peratikan, dalam rumah tu sarat dengan barang-barangan sampai tak tau nak tengok yang mana satu..
tertarik plak kat koleksi patung-patung yang macam-macam rupa. Yang penting patung tu ada yang mengerikan..
Nami Island - Yahooo..ni tempat yang paling nak pergi. Bukan sebab apa, sebab orang asyik bercakap pasal pulau ni selepas keluar cerita Winter Sonata. Terus jadi pulau pelancongan. Glemer sangat tu.
ni kitorang punya lunch sebelum ke Nami Island..risau pasal status kehalalan, sampaikan gi jengah ke dapur masak..
tempat beratur nak ke tempat menunggu feri..ramainya umat manusia
Nak ke pulau ni kena naik feri. Kalau nak lebih mencabar boleh naik Zip Wire. Sepuluh minit je dah sampai, tapi berani ke tidak??
Nami Island sebuah pulau di tengah sungai dan berbentuk separa bulan. Macam bentuk daun pun ada jugak tapi tempat ni tak besar mana lah. Masa kitorang datang tu kan musim panas-panas suam, so takde lah specialnya. Macam kat Melesia jugak lah rupanya. Kalau datang musim autumn atau winter mesti lagi menarik Nami Island ni. Baru lah terasa macam Winter Sonata atau Autumn In My Heart. Ni datang musim panas jadilah cerita Panasnya Hatiku..
wajib lah beratur dan bersesak-sesak sebelum naik feri..
akhirnya aku jumpa bendera Malaysia.. diri tegak nyanyi lagu Negaraku
Apa aktiviti yang boleh kita buat kat sini? Hurmmm..aku cuma pikir ambik gambar, bukti aku dah sampai kat sini. Lupa nak bagitau, kat sini ada galeri Winter Sonata tapi aku nak bagitahu yang aku tak sampai je area tu sebab malas nak jalan jauh-jauh. Rugi jugak, sebab tak lengkap perjalanan kat Nami Island kalau tak ke galeri tu. Eh, tapi aku bukan peminat cerita Korea lah.. Lupakan saje!!
inilah bentuk Nami Island..macam bulan separuh ada, macam daun pun ada..tapi manusia tu memang macam bulan, bulat je rupanya
Apa menariknya Nami Island ni? Kalau korang peminat tegar drama dan lagu Korea, boleh lah feeling-feeling jadi K-Pop kat sini. Sekadar mencuci mata dan menikmati keindahan semulajadi dan landskap buatan yang ada kat situ.
tugu apa pun aku tak tau, tetiba plak rajin bergambar kat situ. Pose tak boleh blah yang baju biru tu.
pelancong kalau datang sini mesti wajib ambik gambar kat lorong pokok ni. Sebab apa? sebab cantik kut? Kalau dedaun tu berkaler-kaler lagi meriah gambar ni kan??
Gambar-gambar yang kat bawah ni kat kawasan tasik.. Airnya hijau macam air kolam kat belakang rumah nenek aku. Pastu ada jambatan dan ada hiasan botol kaca yang dikemekkan. Nice jugak hiasan macam tu. Lain dari yang lain. Kat tasik tu penuh dengan pokok teratai.
Yang kat bawah ni pulak kat kawasan penggambaran cerita Winter Sonata, katanya waktu scene hero dengan heroin bercium. Aku tak tengok cerita tu, so agak tak tau.
Kat sungai ni jugak dorang main jetski. Best woooo...memerhatikan dari tebing aje tapi kalau nak lepak-lepak kat tepi ni pun memang idea yang bagus jugak.
Lepas jelajah kat luar ni, sebenarnya kitorang ada singgah Song Museum, tapi gambar ntah mana aku letak. Cari-cari tak jumpa pulak. Tapi dalam muzium tu, cuma ada pameran alat-alatan muzik dan jugak ahli muzik yang popular kat negara Korea. Eh!! banyak-banyak gambar, cuma tiga je yang aku jumpa dalam simpanan aku? Mana pergi yang lain????
Kataku:
Bosan lah cerita pasal Korea..Tamat kat sini je lah
No comments:
Post a Comment