Thursday, April 17, 2014

BERCUTI SEOUL, KOREA : 18 - 25 SEPTEMBER 2013 - CHANGDEOKGUNG PALACE & NANDAEMUN MARKET

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Masa untuk lunch. Dapat merasa makanan Korea. Masa nak order tu, waitress akan tanya sama ada nak vegetarian atau biasa. So, terpulang ikut keyakinan dan kesukaan kita. Makanan dorang lebih kepada sup dan nasi. Kimci tu wajib, kira macam orang Kelantan yang tak boleh lepas dari budu.



 bila tgk makanan tu, tak tau nak mulakan makan yang mana..darat sangat lah orang Mesia ni

 nak makan pun kena bergambar dulu
 belanje selfie dulu..buat pembuka selera..keh3



 macam makan dalam batu lesung kan?

Haaa...cerita macam mana boleh jumpa balik Pn.Kay dengan Umi - dorang kol office travel agent tu dan wakil dari syarikat tu datang dan bawak ke tempat makan ni. So selesai sudah aktiviti mencari orang yang hilang dari radar.

Makanan di Korea Restaurant ni best. Bila benda tu boleh aku telan, maknanya best la tu kan? Lepas makan, kitorang bergerak ke satu lagi lokasi istana. Namanya Changdeokgung Palace. Ya ampun, ke istana lagi ke? Sedih aku bila kena belajar sejarah balik ni.

Changdeokgung Palace - Istana kedua yang kitorang singgah. Apa lagi yang aku nak ceritakan pasal istana ni? Sebab aku sendiri pun tak tau apa cerita pasal istana ni. Kita layankan gambar boleh??



 gigih tak kami? memanjat tangga semata-mata nak tengok apa ada dalam istana



 semua orang nak berteduh. panas yang azab kat sana





Senibina temple dan istana-istana sama sahaja. Tengok pada corak bumbung tu. Diperbuat daripada kayu dan susunan rapat-rapat. Bila ditanya kenapa diperbuat daripada kayu?? Katanya untuk memberikan suhu yang sejuk dan susunan rapat-rapat bagi mengelakkan burung daripada masuk dalam bangunan.






Gambar kat atas tu adalah balairong istana. Tempat maharaja buat perjumpaan dengan pembesar-pembesar negara. Kawasan ni No Entry. Main jengah-jengah dari tingkap je lah kalau nak ambik gambar.

Nandaemun Market - Dari kesemakan otak, akhirnya pergi kat tempat yang menenangkan dan tempat mencuci mata. Kitorang singgah ke Nandaemun Market untuk melihat-lihat tempat dan bagi peluang kepada sape-sape yang nak membeli belah. 

Kat sini banyak barang-barang cenderahati dan waktu kitorang sampai ni, tak banyak kedai yang bukak sebab orang masih bercuti lagi. Tapi sekadar nak tengok-tengok tempat je kan, so takde hal lah.




ini adalah kon aiskrim






Oleh sebab untuk jalan-jalan cuci mata je kan, so takde apalah yang nak dibeli. 



korang wajib singgah kat tempat jual manisan ni tau. tak taulah apa nama dia (nampak sangat aku tak ambik tau kan?).. masa buat ni, dorang akan nyanyi-nyanyi (nyanyi ke bercakap?). Nanti tengah duk khayal tengok dorang sediakan manisan tu, tetiba je dah siap. Daripada doh, akan jadi macam mee yang sangat halus. Rasa nya?? Hurmmm biasa-biasa aje tapi harga nya ya ampun mahal..


Kedai-kedai barangan kecantikan memang sangat banyak. Bagi wanita-wanita tu memang excited nak singgah kan? Bagi aku, aku sekadar masuk dan jengah-jengah je apa yang ada dalam kedai. Malu lah nak beli, kulit kita tak cantik.
 

Jangan cari pasal nak mencuba makanan-makanan ni ya. Entah halal ke tidak sebab makanannya meragukan. Nampak macam telur dadar, tapi entah apa kandungan sebenarnya kan?


Kataku:
Selepas ini cerita Nami Island


No comments:

Post a Comment