Assalamualaikum & Salam Sejahtera…
Ni adalah
sambungan kepada cerita Sakit Gigi Part 1
Rupa-rupanya
pain killer yang doktor bekalkan tu tak beri kesan sangat pun. Aku alami sakit
gigi yang sangat melampau. Tak tahulah apa punca kesakitan yang aku alami. Aku
bukan dentist.. So nak pandai-pandai buat kesimpulan tentang punca sakit gigi
ni, memang tak pandai lah.
Mestilah korang
pernah alami jugak kan kesakitan yang maha sakit ni?
Sumpah memang
tak nak lagi rasa sakit gigi ni. Waktu-waktu sakit ni lah pikir macam-macam
pasal penjagaan gigi. Pikir nak lebihkan minum susu lah, pikir nak sentiasa
buat rawatan gigi lah, pikir nak sentiasa berus gigi lah. Aish macam-macam woo
yang terlintas kat pikiran.
Oleh sebab
kesakitan ni dah tak boleh ditanggung dan sakit tu tak perlu nak
disimpan-simpan. Makanya, aku pergi ke Klinik Gigi Ria kat Dengkil. Gigih gi
cabut gigi habaq hang!!!
Alhamdulillah
aku pilih klinik gigi swasta yang betul. Dengan layanan yang baik oleh doktor
dan staff, serta bayaran berbaloi. RM90.00 untuk sebatang gigi. Eh berbaloi
ke?? Tak kisah lah, yang penting gigi dah cabut dan sakit dah tak ada. Syukur
pada Allah sebab berikan keberanian untuk menyerah diri pada sang dentist
supaya gigi aku dicabut. Hehehhe…
Kalau sape-sape
nak dapatkan khidmat dentist kat Klinik Gigi Ria ni, alamatnya adalah : No. 3A
Tingkat 1, Jalan Deluxe, Pusat Perdagangan Deluxe, 43800 Dengkil, Sepang
Selangor. Boleh telefon dulu untuk buat sebarang pertanyaan atau temujanji.
Nombor nya : 03-8768 0091. Bagi yang tak tahu, klinik ni dekat dengan Bank BSN.
Satu building.
Kat sini aku
share apa yang perlu kita lakukan selepas cabut gigi :-
1.
Sentiasalah menukar kapas yang
dibekalkan oleh dentist untuk menahan darah yang keluar dari luka cabut gigi
tu. Pada permulaan, darah memang akan banyak keluar.
2.
Jangan gatal-gatal lidah or
tangan nak kuit-kuit or cuit-cuit kat tempat luka cabut gigi tu. Mungkin sebab
taknak ganggu proses penyembuhan luka dan tak nak sebarkan bakteria kut.
3.
Minum air sejuk untuk
mempercepatkan pembekuan darah. Better minum ais dan aiskrim. Hehhe yang ni
memang aku suka.
4.
Lepas bius tu dah kurang, kita
akan alami denyut-denyut kesan dari luka cabut gigi tu, so rajin-rajin lah
makan pil tahan sakit yang doktor bekalkan tu. Mahal tau pil tu,so
cepat-cepatlah habiskan. Nak cepat baik ke tak nak??
5.
Jangan makan atau minum bahan
makanan yang panas-panas. Ishhh jangan jangan jangan. Luka tu tak baik lagi, so
nanti ia boleh membuatkan bekas luka tu kembali terluka dan mencairkan semula
bekas luka tu. Berdarah semula nanti, sape nak jawab?
6.
Kumur-kumur mulut dengan air
garam. Tak sakit pun. Aku cuci lepas 4 jam cabut gigi dan darah dah stop.
7.
Sentiasa berwaspada dan
pastikan luka cabut gigi tu dah betul-betul ok sebelum kita nak makan or
mengunyah. Aku masih tak berani nak kunyah kat tempat yang cabut tu. Trauma
lagi lah!!!
Tu je sedikit perkara yang boleh aku kongsikan. Tu pun hasil
penjelasan dentist. Eh dentist tu cakap macam keretapi. Laju sangat, tapi boleh
lah tangkap sikit-sikit.
ruang menunggu kat klinik.. ada kawasan untuk kanak-kanak
itulah gigi yang dah dicabut..takde rosak apa2 pun tapi nak buat macam mana, tamatlah riwayat gigiku..
Kataku:
Dah hilang kesakitan
No comments:
Post a Comment