Nak share sikit pasal jam tangan aku yang retak cerminnya sebab kecuaian aku sendiri. Kisahnya dah setahun yang lalu tapi baru hari ni terniat nak bercerita. Bila balik kerja, bergegas sangat nak salin baju, so masa buka jam tu terjatuh ke lantai. Cerminnya retak dan jarum jam tak bergerak. So, aku rasa sangat geram pada diri sendiri dan aku rasa mungkin dalaman jam tu rosak.
Warranty untuk jam tu pun dah tak valid, so kena repair sendiri dan kuarkan duit poket sendiri.
Aku dah pergi satu kedai kat The Mines untuk survey caj untuk repair. Kata orang kedai tu, jam kena tinggalkan sebab dorang akan hantar ke service centre dan caj bayaran akan dimaklumkan berdasarkan kerosakan. Aku dah pikir mesti lah mahal kalau dah hantar ke service centre tu kan. Risik-risik jugak harga, mungkin dalam seratus lebih. Hurmm... So, aku cakap nanti aku hantar dan bawak balik jam tu dengan perasaan hampa.
One day tu, aku terniat nak hantar jam ni kat kedai biasa-biasa. So, aku pergi lah Pertama Complex dan tunjukkan jam kat tokey kedai tu. Dia kata caj untuk tukar cermin cuma RM60.00 dan tukar bateri sekali sebab bateri dah rosak sebab jatuh.
Lega rasa nya. Maknanya takde lah mahal mana kan nak repair cermin tu.
Aku memang sayang sangat kat jam ni sebab aku dapat masa lucky draw masa family day jabatan lama. Sayang kut sebab tu satu kenangan untuk diri aku. Kebetulan pula, aku dah pasang niat nak beli jam baru. Tak sangka masa family day tu aku dapat jam. Sangat berbaloi-baloi ..
Moral of the story is kalau nak repair jam dan dalam bajet, cuba-cuba lah pergi ke kedai jam yang biasa-biasa tu. Pasti dorang boleh buat punya. Jangan ragu-ragu..
Kataku :
Tak nak tambah koleksi jam dah
Bro apa nama kedai tu ? Lama tak dia tukar cermin ?
ReplyDeleteGoldblitz nama kedai
Deletenama kdai tak igat..tp kalau naik eskalator ke aras 1 tu nmpak kdai jam & kdai cermin mata sebelah2.arini antar esok dah boleh ambik..
ReplyDeletedekat kl tu ka kedai dia?
Deletebetul..kat pertama complex
Deletegoldblitz la tu kot
ReplyDeletebetol tuan.
Deleteada number call x kedai repair jam ni?
ReplyDeleteGoldblitz - 03-2692 7971 tuan.
ReplyDeletekelmarin sy g tny kedai goldblitz untuk tuka cermin jam ice watch kwn sy.. diorg charge rm 95 n kne tggl 1 hingga 3 minggu....
ReplyDeleteMungkin brgantung pada jenis jam dan juga selepas GST.
DeleteKau pakai jam apa?
ReplyDeletecasio
Delete