Assalamualaikum...
30 September 2014 - hari terakhir untuk bulan September bagi tahun 2014. Ayat yang sama akan aku gunakan "cepatnya masa berjalan". Ada tak ayat lain yang boleh kita gunakan selain dari ayat tu?
Sebenarnya bulan September ni tersimpan cerita dalam hidup aku dan orang yang rapat dengan aku iaitu adik beradik dan sedara mara.
17 September 2014 - Birthday akak aku yang ke 36 tahun. Angah, semoga Allah panjangkan umur kau dan bahagia dengan keluarga kau.
Angah dengan anak buah aku Safiyya Imani..bila kau nak tambah anak?
21 September 2014 - 8 tahun dah berkhidmat dalam sektor awam dan bergelar Pembantu Tadbir. Rezeki masih belum ada untuk ke skim yang lain. Allah sebaik-baik perancang. Kalau tahun lepas, aku ke Korea sempena anniversary ni. Untuk tahun ni cuma duduk rumah je.
24 September 2014 - 21 tahun arwah abah meninggal dunia. Al-Fatihah untuk abah. Saat arwah abah menghembuskan nafas terakhir adalah hari Jumaat di waktu umat Islam bersiap-siap untuk menunaikan solat Jumaat.
26 September 2014 - Birthday abang sulung yang ke 37 tahun. Bila lah kau nak berdua kan? Semoga Allah SWT temukan kau dengan wanita yang baik-baik untuk dijadikan isteri.
ini abang sulung aku..jangan lah dia tau aku curik gambor dia dari facebook
26 September 2014 - Hari lahir pakcik aku yang ke 50++. Pak Hassan.. Ok, tak ingat umur dia yang ke berapa.
27 September 2014 - Hari lahir pakcik aku jugak yang ke 50++. Birthday Pak Amat.
30 September 2014 - Birthday sepupu aku. Anak kepada Pak Amat aku. Semoga panjang umur Shafiq. Semoga jadi anak yang baik dan menyenangkan parents kau.
dulu masa dia kecik aku rapat gile dengan dia..dah besar panjang ni lama tak jumpa
Kataku:
Setiap manusia ada ceritanya yang sendiri..itulah namanya kehidupan
Tuan rumah bila nak berdua?
ReplyDelete02 Oktober.. Birthday aku. Jangan buat-buat lupa. Masuk dalam list sekali.. hahahahaha
ReplyDelete