Assalamualaikum...
Aku baru berjinak-jinak nak gunakan perkhidmatan mendobi Clean Pro. Baru bukak kat Taman Seroja, BBST. Oleh sebab nak cepat basuh dan malas nak menjemur-jemur, makanya aku basuh lah gune dobi layan diri ni.
Konsepnya memang sama je kat mana-mana. Boleh pilih mesin yang bape kilo dan masukkan duit dan mesin tu pun berputaq dengan sendirinya.
Sambil-sambil menunggu tu boleh lah lepak-lepak makan cekelat. Tapi kena bawak sendiri dari rumah.
price list..ikot la berapa banyak baju yang kau bawak..
Ni kan first time aku nak guna benda alah ni, so terkial-kial la jugak.. Siap baca cara guna semua kan. Then ada sorang akak ni explain cara guna nya. Baik sungguh hati akak dan cara akak explain tu memang nampak sangat akak tu tiap-tiap hari mendobi kat sini..
Nota kaki:
Baju yang tebal-tebal je lah basuh kat Clean Pro.
No comments:
Post a Comment