Thursday, September 18, 2014

KESAH KE KALAU RUMAH PENJAWAT AWAM DICONTENG AH LONG?

Assalamualaikum...




Kebanyakan orang dah tau kan pasal kes rumah penjawat awam di Putrajaya yang diconteng macam gambar kat atas tu. 

Kes jadi kat kuarters Presint 5. Ni lah kuarters yang aku duduk sebelum ni. Maksud aku bukan rumah yang ni lah, tapi fasa ni lah yang aku duduk.

Kalau betul lah penjawat awam ni berhutang dengan Ah Long, memang cari nahas je kan dia?
Tapi tak pasti lah pulak kalau dia ni ada kaitan dengan peminjam, bila peminjam dah lari, Ah Long kejar waris-waris dia pulak. Maapkan aku kalau aku silap.

Memang aku akui, kalau kita berada dalam kedudukan kumpulan sokongan gred 17 ke bawah, pendapatan tu agak cukup-cukup makan je. Mungkin ada yang tak bersetuju dengan pendapat aku, tapi itulah hakikatnya. Bagi yang pandai berjimat dan membeli ala kadar disamping takde tanggungan yang banyak, mungkin pendapatan mencukupi. Kalau kes sebaliknya, macam ni lah jadinya.

Lagi satu kan, kebanyakan penjawat awam ni terlalu berani buat loan dengan bank. Yang peliknya gaji bersih tinggal RM400.00 je sebulan. Adoiii!! nak makan apa tu nanti?

Kalau ada kerja sampingan dikira ok lah tu. Kalau yang takde side income, tak kan nak kerah duit bini jugak?

Kena beringat-ingat jugak lah. Jangan sampai bankrup hidup tu dek dikelilingi hutang.

Nota kaki:
Sentiasa beringat sebab dah pernah tersilap pilih langkah

2 comments:

  1. ada baca jugak kes nie kat FB tapi x tahu kebenaran cerita

    ReplyDelete
  2. kasihan sangat
    saya harap ada yang tampil membantu

    ReplyDelete