Assalamualaikum...
Selesai sudah short vacation aku ke Miri, Sarawak pada 25 hingga 27 Oktober 2014 dan percutian kali ini sangat-sangat lari dari apa yang telah aku rancangkan. Kita sebagai manusia, mana boleh lawan kuasa Allah SWT. Maybe gak tarikh yang aku pilih ni sangat-sangat tidak sesuai dengan keadaan cuaca.
Plan asal - aku akan ke negara Brunei melalui Miri dan habiskan masa satu hari di sana.
Masalah timbul - berkaitan dengan pasport dan keadaan kereta yang tak mengizinkan.
Plan B - oleh sebab tak jadi ke Brunei, plan nak explore Gua Niah.
Masalah yang timbul - cuaca tidak mengizinkan.
Aku listkan perbelanjaan sepanjang 2Malam 2Hari di sana.
Perbelanjaan Wajib :-
Plan asal - aku akan ke negara Brunei melalui Miri dan habiskan masa satu hari di sana.
Masalah timbul - berkaitan dengan pasport dan keadaan kereta yang tak mengizinkan.
Plan B - oleh sebab tak jadi ke Brunei, plan nak explore Gua Niah.
Masalah yang timbul - cuaca tidak mengizinkan.
Aku listkan perbelanjaan sepanjang 2Malam 2Hari di sana.
Perbelanjaan Wajib :-
PERBELANJAAN
|
|
Tambang
ERL Salak Tinggi – KLIA2
|
RM 3.20
|
Tambang
Kapal Terbang Air Asia
|
RM
220.00
|
Hotel
2M 2H
|
RM
200.00
|
Minyak
Kereta
|
RM 40.00
|
Teksi
Dari Bandar Miri Ke Airport
|
RM 30.00
|
Tambang
ERL KLIA2 – Salak Tinggi
|
RM 3.20
|
JUMLAH
|
RM 496.40
|
Tiket Air Asia aku beli dari bulan Julai 2014, waktu tu takde promosi sangat, sebab tu harga dia masih tinggi (bagi diri aku). Hotel pulak aku stay kat Miri Hotel. Alamatnya seperti di bawah :-
Miri Hotel Sarawak
No. 47, Brooke Road, P.O Box 138
98007 Miri, Sarawak Malaysia
Tel : 085421212
Faks : 085412002
Emel : mirihotel@gmail.com
Miri Hotel Sarawak ni boleh dikategorikan hotel bajet dan hotel ni hotel lama. Keadaan dalamannya biasa-biasa dan bilik selesa. Cuma tv masih lagi tv yang gemok tu. Dari segi tekanan air, memang sangat ok. Boleh mandi manda dengan happy!!! Tapi wifi kat hotel ni sangat teruk.
Hotel ni pun strategik. Kat opposite hotel ada food court melayu. Nama food court tu Taman Seroja Food Court. So senang kalau nak mencari makanan. Nak ke shopping mall pun senang. Dekat dengan Imperial Mall dan Bintang Mall. Hotel ni jugak berdekatan dengan Miri Handicraft. Kalau nak mencari cenderahati memang sangat mudah.
Keadaan bilik hotel macam kat bawah ni :-
Queen size bed..boleh golek-golek, meniarap, terlentang, kuak kupu-kupu
bilik dah bersepah sebab masuk-masuk bilik, terus campak barang-barang
ini toilet..toilet agak besar..selesa nak bermandi manda sejam ke 2 jam ke
arah kiblat pun ada ditunjukkan.. Alhamdulillah
kau takyah tanya motip aku letak gambar lantai ni. aku suka dengan corak kayu kayan yang macam ni.kalau buat kat umah pun cara gak kan?
Aku memang cari hotel yang murah-murah je kalau gi bercuti sebab aku bukan habiskan masa kat bilik. Kalau duduk dorm pun masih kita ok lagi.
Nota kaki:
Cerita yang lebih tragis akan menyusul
No comments:
Post a Comment