Assalamualaikum...
Flight ke Miri jam 4.05 petang, so aku gerak dari rumah jam 1.00 petang. Aku park motor kat ERL Salak Tinggi dan oleh sebab parking yang sebenar tengah renovate, so kena park kat area kelapa sawit tu. Caj dikenakan RM1.00 untuk sekali masuk.
Sangat senang sekarang ni bila semua penerbangan low cost dah beroperasi kat KLIA2, public transport pun senang nak akses.
Oleh sebab masih ada masa lagi yang nak diisi, maka aku melantak isi perot yang kelaparan kat Food Court Quizinn. Aras 2 kalau tak silap.
menu lunch aku hanyalah bihun soup dengan mineral water..harga keseluruhannya? RM13.70
Jom lah jenguk-jenguk jap kawasan check in KLIA2. Kalau nak ke kaunter check in kena naik aras 3. Jangan lalai sangat kat shopping mall bawah tu. Nanti terlepas flight pulak.
Sampai kat Airport Miri on time. Pukul 6.20 petang sampai sana dan dah magrib.
Kat airport dah ada orang tunggu, so first tempat yang kitorang pergi adalah Pasar Malam Saberkas sebab nak mencari kek lapis yang orang mintak belikan.
kat pasar ni ada jual majalah terpakai, masih elok lagi.
Oleh sebab dah malam, takde aktiviti yang nak dilakukan. Jadi, aktiviti terakhir aku adalah mencari laksa sarawak sebelum balik hotel dan tido.
kalau dah dapat makan laksa sarawak, rasa macam dalam heaven..member siap tanya "cukup ke 1 mangkuk?".
Nota kaki:
Hari ke2 yang sangat mendukacitakan
No comments:
Post a Comment