Tuesday, November 25, 2014

IOI CITY MALL, PUTRAJAYA

Assalamualaikum..

Oleh sebab hari Sabtu lepas tak ada apa nak buat kat rumah, akak aku dengan baik hati nya ajak aku pegi IOI City Mall, Putrajaya. Mall yang bakal jadi pesaing pada Alamanda yang tak berapa nak happening tu.

Pegi sana saje nak tengok tempat baru dan tengok apa yang menariknya kat situ. 

Senarai kedai yang ada di IOI City Mall, boleh rujuk SINI .


Ada juga kedai-kedai yang masih belum bukak dan masih dalam proses penyusunan barang-barang.


ini aku ambik dari google. tak sempat nak ambik gambor aritu

Antara kedai-kedai yang ada - H&M, Cotton On (belum buka), Uniqlo (akan dibuka pada 28 Nov ni jam 10.00 am), Parkson, Brand Oulet, PADINI Concept Store dan banyak lagi. Boleh tengok sendiri kat link yang dah dibagi. Tempat makan pun banyak pilihan. Macam-macam ada. Tesco pun ada. So, kalau nak shopping barang dapur boleh ke sini.




kalau sape2 yang minat nak ber"ice-scating", boleh cuba di sini.

Kat sini ada HOME PRO. Kalau kau jenis yang suka mencari barang-barang kelengkapan rumah macam cermin ke, lemari ke, sofa ke, boleh datang sini. Tak payah jauh-jauh nak ke IKEA tu. Sini pun barangan dia cantik-cantik. Aku dah aim barang-barang yang aku nak. 

Kat bawah ni sebahagian gambar-gambar yang sempat snap. Teruja....


 beli bakul banyak2, boleh sumbat anak buah aku kat dalam tu

 design macam ni bukan pilihan untuk rumah aku




balik kerja kalau berendam dalam tub macam ni, alangkah nikmatnya dunia.. memang aku tak beli lah.. harga pun belas ribu..

Tak puas meronda mall tu sebab orang ramai. Nak lunch pun banyak tempat makan yang full.

Mall ni besar kut, kaki aku pun dah lenguh. Lain kali boleh pergi lagi.

Nota kaki:
Mall baru kat Cyberjaya masih belum aku jejak

1 comment:

  1. Besar kan mall dia..tak ckup 2 3 jam kat sana..hehe

    ReplyDelete