Tuesday, November 25, 2014

KO HYANG KOREAN COUNTRY DELIGHTS

Assalamualaikum...

Banyak sangat melayan cerita Korea, mengidam terus nak makan makanan korea. Tapi bukan aku lah. Akak aku yang teringin nak merasa sangat. Aku cuma temankan aje. Adik yang soleh memang gini perangai nya.

Restoran ni terletak di Shaftsbury Square, Cyberjaya. Kau boleh je klik kat SINI untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan lokasi dan juga menu yang ada. Maklumlah, makanan Korea, nak menyebutnya kena lembutkan lidah dulu.





Menu yang kami order Bi Bim Bab, Goon Man Du dan jugak Kimci Rice. Gambar kat bawah ni pun dah start makan baru nak snap. 


Nak explain lebih pasal makanan tu, aku takde kepakaran. Tapi rasa nya masih sama dengan apa yang pernah aku makan masa ke Korea tahun lepas.




Nota kaki:
Makanan Korea bukan kegemaran aku..okbai


1 comment: