Post yang aku mulakan dengan gambar. Tu gambar headlamp. Untuk 2 unit aku beli berserta dengan bateri, harga dia RM16.15. Nampak tak excited nak masuk Gua Niah? Sanggup beli tuh.
Bangun pagi hari kedua pukul 5.00 pagi. Siap-siap gerak ke Batu Niah untuk masuk ke gua.
Masa keluar hotel, gerimis mengundang kat town Miri. Hati dah tak sedap dah ni. Alahai..jangan lah hujan lebat kat Batu Niah tu. Oleh sebab dah siap sedia dengan kasut sukan bagai, perjalanan diteruskan.
bawak kasut sukan tu dari semenanjung..semangat sangat aku ni
Nak cari kedai untuk breakfast susah plak, so singgah lah McD. Ala..aku boikoit McD, tapi dalam keadaan macam ni terpaksa pejamkan mata je.
sebungkus McD untuk sarapan di pagi yang hujan. Harga untuk sarapan RM15.80 untuk 2 orang.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setengah - 2 jam. Kurang lebih pun macam tu lah. Dengan keadaan hujan, drive dengan berhati-hati.
Sepanjang jalan hujan dan malang sungguh bila sampai je, hujan masih lebat dan tak ada rezeki nak masuk Gua Niah. Seterusnya, aku terus meronda-ronda kat Pekan Batu Niah tu. Jadilah dari takde apa kan. At least dapat tengok rumah panjang yang dah dimodenkan.
hanya mampu berenti kat sini dan snap gambor dari dalam kereta sambil berhiaskan rintik ujan..
Hati dah kecewa..member ajak pergi Taman Negara Lambir sebab dah sekali jalan nak ke town Miri ikut jalan lama.
Sampai-sampai je, kuar dari kereta hujan pulak turun. Rezeki takde untuk kali kedua. Ya Allah!!!! Dugaan dariMu...
Termenung la jugak jap bila kenangkan nasib. Hahahha..nak buat macam mana kan.
hujan berenti jap, pastu lebat semula..sempat lah snap kat parking Taman Negara Lambir. Boleh la dari takde kan?
Kesudahannya, aku balik semula ke town dan singgah ke Taman Awam Miri. Kat Taman Awam ni, boleh buat aktiviti riadah. Boleh BBQ sebab ada tempat khas untuk BBQ, ada kawasan permainan kanak-kanak, ada kolam mandi dan yang paling penting ada jambatan gantung!!!!
Kat Taman Awam Miri ni aku cuma melawat kawasan je sebab tengah jalan-jalan tu, hujan dah renyai-renyai turun. See..hujan ni memang ikot aku ke mana je aku pergi.
Last-last aku balik bilik hotel dan berehat. Petang nanti lah baru kuar balik.
Nota kaki:
Takde gambor menarik pun yang aku snap..kecewa..kecewa..
waaahh tak adalah nak masuk gua niah ni hahaha
ReplyDeletemcm extreme saja.. amek gmbr kat entrace sajalah..
hahaha makan je mekdi kalau terdesak.
boikot bukan jatuh hukum haram kan..