Tuesday, December 2, 2014

INTERVIEW PULAK

Assalamualaikum...



Aku dah selesai interview untuk gred KP27 yang kekosongannya 25 orang tapi calon temuduga 2000 lebih orang. Interview pada 28 November 2014.


Interbiu kat Pusat Temuduga SPA, Parcel C Putrajaya. Sebelah Parcel B je ni.

Dalam surat pukul 9.00 am, so aku sampai SPA pukul 8.30 am. 

Terus terjah ke toilet, touch up mekap sket..eh silap2..duk setting2 rambut sket, pakai tie yang aku pinjam, pastu lap2 muka yang berminyak ni.

Datang ke kaunter pendaftaran, urusetia yang bertugas buat semakan dokumen, kemudian aku terus ke ruang menunggu.

Aku tak sempat nak tarik nafas, nombor giliran aku dah dipanggil.

Gelabah nak mampos waktu tu. Kelam kabut. Tak sempat nak belek-belek nota waktu tu.

Macam prosedur biasa, sebelum masuk sila ketuk pintu, kemudian bagi salam dan serahkan dokumen kepada panel temuduga.

Kau boleh bayangkan dalam keadaan tak ready, sesi temuduga bermula.

Berminggu aku hafal pasal NKRA, Integriti, Wawasan 2020, Akta Keselamatan, dan juga konsep merakyatkan perkhidmatan awam, panel penemuduga langsung tak sentuh benda-benda tu.

Dia duk tanya pasal kenapa aku tak kahwin lagi, dia bagi cadangan umur yang sesuai untuk aku tamatkan zaman bujang, pastu sembang sikit-sikit pasal idea yang aku bagi.

Soklan ditanya oleh panel 1 :-

* apa penambahbaikan yang boleh aku kemukakan   untuk JPN?
* apa kelemahan diri aku?

Soklan dari panel 2 :

*  apa visi dan misi JPN?

* sekiranya ibu ayah bukan warganegara,       kemudian melahirkan anak.Adakah anak itu layak menerima surat beranak? Aku jawab layak       sebab setiap bayi yang dilahirkan perlu ada dokumen kelahiran.Kemudian dia tanya apa status kerakyatan bayi? Jawapannya mengikut kerakyatan ibu atau ayah. 

* Salah satu fungsi JPN ialah pendaftaran perkahwinan, perkahwinan siapa yang didaftarkan? Aku jawab perkahwinan mereka yang bukan beragama Islam. 

Simple gila jawapan aku, sah2 memang tak masuk calon berjaya aku ni. Lantak lah, yang penting dah lepas interview ni.

Panel ni kena pahamlah jugak, kita ni berurusan dengan JPN seribu tahun sekali. Bukan tahu sangat pasal skop kerja diorang. 

Info kat internet pun bukan banyak, so nak expect aku bagi jawapan apa?? 

Redha je lah.. Rezeki Allah ada di mana-mana.


Perasaan lepas interview?


Macam mimpi je aku rasa. Terasa macam baru bangun dari tidur pastu bermimpi dan bangun dari tidur.


Result keluar 28 Disember 2014. Result interview aku mesti macam ni :



"Dukacita anda tidak berjaya dalam temuduga ini"

selpie jap kat toilet.. hilangkan nerves..

Nota kaki:
Nak buat bisnes apa ye??

4 comments:

  1. kenapa tak kahwin lagi? saya pun nak tanya soalan yang sama. hehehehe

    ReplyDelete
  2. banyakkan doa...semoga berjaya!!!

    ReplyDelete
  3. hahhaa. CC mona x habis2 tanya soalan tu.. soalan Iza pulak, nape Iza tak lepas syarat SPA tuk interview ni? hehehe. Ini tidak adil, tidak adil bagi ku..T_T

    ReplyDelete
  4. hahah soalan cc Mona. sbr jela. soalan iza pulak, nape iza tak melepasi syarat SPA ye utk jawatan ni? ini tidak adilm tidak adil bagiku. T_T

    ReplyDelete