Monday, January 5, 2015

PERCUTIAN 2015

Assalamualaikum...

Bila jumpa kawan-kawan, perkara pertama yang ditanyakan untuk tahun baharu ni adalah "dah plan bercuti ke mana tahun 2015?"


Soklan azam-azam dah takde dah dalam diari hidup aku. Gituh kan..


Kalau ada rezeki, dapatkan berjalan untuk tahun 2015 dan seterus-seterusnya. Sebenarnya macam dah malas nak bercuti luar Malaysia. Untuk akan datang ni macam nak fokus on Cuti-Cuti Malaysia saje. Kenapa ye? Sebab "ekonomoney" sangat. Habang dah tak mewah macam tahun 2013 dan sebelum-sebelumnya. Keh3..


Tahun 2013 aku bercuti ke luar Malaysia sampai 4x.. Phuket, Singapore, Korea dan Yogjakarta. Walaupun hakikatnya belanja ke tempat-tempat ni takdelah mahal mana (kecuali Singapore & Korea).


Tahun 2014 pulak aku ke Langkawai, KK, Perak dan Miri aje.


Nampak tak dia dah downgrade sikit demi sikit??


So, untuk tahun ni, aku dah listkan tempat-tempat yang nak pergi tapi ni cuma list aje lah. Pergi atau tak tu bergantung pada kestabilan wang, kesihatan dan jugak cuaca. Haaa sekarang ni cuaca pun mainkan peranan. Bencana alam datang secara tiba-tiba, selagi boleh elak, kita cubalah elakkan..InsyaAllah..


Nak tau tak tahun ni aku berharap dapat cuti ke mana?


1. Bali, Indonesia


Yang ni InsyaAllah confirm sebab ticket dah beli.. Bilik hotel pun dah booking kat Booking.com yang tawarkan harga bilik mampu sewa. Aku ni bercuti ala-ala backpacker je, so takde nya nak cari hotel yang mewah. Bukan jenis honeymoon pun kan tapi tak tau lah kalau tetiba kat sana terjadi honeymoon plak..eh!!! 

*apa maksud kau ni setan??

InsyaAllah kalau jadi nanti aku akan story2 lah kat belog ni. Aku ke sana on March nanti. Ada masa lagi nak merancang2 apa2 yang patut. Pergi bercuti bujang ni tak payah nak belanja duit banyak sangat. Ala kadar sudah le, yang penting dapat jejak tempat orang dan kutip pengalaman.


Pergi dengan siapa??


Style aku kalau aku book ticket, aku akan book sensorang. Then barulah pikir nak ajak sape or ada sape2 nak follow trip aku. Takde paksaan langsung tapi akan aku kabarkan pada kawan2. So, kebiasaannya kalau dorang berminat, dorang kena lah book ticket sendiri dan bergantung pada nasib. Kalau ada ticket murah, kira untunglah. Dan kebiasaan kalau ticket masih mahal, takde sape yang akan ikut pun.


Aku dapat rasakan besar kemungkinan aku akan travel secara solo ke Bali.


Tak takut??


Soklan yang biasa jugak kengkawan tanya. Sebelum2 ni aku pernah ke Jakarta dengan akak aku dan sorang kawan kitorang. Dari Jakarta kitorang ke Bandung dengan menaiki train. Kengkawan sibuk tanya kenapa berani sangat travel ke negara orang, naik train etc. Please lah, selagi tak buat jahat, kenapa nak takut?? Keselamatan kat negara luar pun terjamin jugak. Yang paling penting adalah kena dapatkan info yang lengkap supaya kita tak tertipu.


2. Pulau Perhentian


Teringin sangat nak ke Perhentian. Kalau kita nak ke pulau2, banyak travel agent sediakan pakej bercuti. Kita tinggal pilih je sama ada nak ada makan atau tak, nak snorkeling ke tak, nak bilik ekon or kipas. Bergantung kepada bajet kita.


Sebenarnya, plan ke Perhentian ni dah rancang sejak 2014 dan sepatutnya pergi tahun tu jugak. Oleh sebab partner bercuti tu cuti dia tak diapprove, makanya percutian cancel. Konon-kononnya nak sambung impian tu tahun ni lah.


3. Kelantan


Satu-satunya negeri dalam Malaysia yang belum aku jejak adalah negeri Kelantan. Apa ada kat Kelantan?? Banyak sebenarnya tempat menarik, cuma kena rajin explore aje. At least, nak melengkapkan penjejakan kaki kat semua negeri dalam Malaysia. Maybe kalau jadi, percutian ke Kelantan by train je. Lagi mudah sebab aku tak pernah jalan jauh naik train.


4. Hatyai @ Bangkok


Hatyai dah pernah pergi tapi waktu tu kempunan nak makan Pulut Mangga & Pulut Durian yang sedap kat tepi jalan. So, aku target nak ke Hatyai atau Bangkok sebab kos dan belanja ke sana takde lah mahal sangat. Lagipun, kan Thailand dah menang Piala AFF Suzuki *takde kaitan langsung siot alasan kau


Tu saje lah 4 tempat yang aku nak pergi kalau diberi kesempatan. Kalau dapat, nak jugak pergi Melbourne sebab dah teringin lama. Mana tau tetiba dapat duit terpijak RM1 juta kan?? Maunya aku melancong setiap bulan. Kau mampu berangan macam tu sekali??


Nota kaki:

Kita nak buat umrah jugak tapi tak tau bila.

3 comments:

  1. arghh bestnya Bali.. tapi tak tau nak pi bile la

    ReplyDelete
  2. bali n perhentian tu simpan untuk honeymoon je.baru syok.. hihihihi

    ReplyDelete