Tuesday, March 3, 2015

CERITA CNY : JALAN-JALAN KUALA LUMPUR (KL) & KLIA 2

Assalamualaikum...

Hari ni baru ada mood nak mengarang cerita pasal cuti CNY. Famili dari kampung datang rumah masa cuti tu. Meriah rumah bila dorang datang. Bila famili dah datang ke sini, pening juga kepala pikirkan kat mana nak bawak dorang berjalan. Aku ni bukan tahu sangat tempat-tempat kat KL ni. Setakat tahu nama je, jalan nak ke tempat-tempat tu agak keliru. Kalau aku drive sendiri, aku tak kisah. Lagi sesat, lagi aku suka sebab boleh tahu jalan.

Jadi, pagi Khamis tu bila bangun pagi masing-masing pandang memandang muka dan berkali-kali jugak aku tanya dorang nak pergi mana. Tapi masing-masing buntu dan tak tahu nak ke mana. At last, kitorang sepakat pergi KL je sebab KL confirm lengang bila hari cuti perayaan ni.

Di kepala otak aku, aku dah set nak bawak ke Tugu Negara (bagi semangat patriotik sikit), Jalan TAR (shopping), SOGO(shopping), Kenanga Wholesale City (KWC) Dataran Merdeka, Tasik Titiwangsa. Bukan tak nak bawak ke shopping mall, tapi dorang dah bosan nak berjalan ke tempat-tempat macam tu. Lagipun dengan anak buah aku yang tak reti nak duduk diam, mahu nya dia menjerit terpekik terlolong nanti kat dalam mall. Buat malu pak sedara dia je nanti.

TUGU NEGARA

Bila aku cakap nak bawak ke Tugu Negara, masing-masing muka macam tak puas hati je. Hahha..Ye lah, kau ingat rombongan kanak-kanak sekolah ke nak ke Tugu Negara bagai? Tapi dorang layankan je cadangan aku. Aku suka pergi Tugu Negara ni sebab boleh kembalikan kenangan zaman sekolah dulu. Aku pernah ke sini masa darjah 6. Ini adalah kali ke 3 aku ke Tugu Negara. Sedikit info berkaitan dengan Tugu Negara yang aku copy paste dari Wikipedia.

Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpurberhampiran dengan bangunan Parlimen.
Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.
Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir AustriaFelix de Weldon yang bertanggungjawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di VirginiaAmerika Syarikat. Tugu ini juga adalah arca berkumpulan yang tertinggi di dunia.

Masa sampai sini dah tengahari. Matahari dah terik. Ramai juga pengunjung luar dan juga orang Malaysia yang datang sini. Anak buah aku dah tido, so memang tugas aku lah dukung dia. Aku kan gigih, dalam mendukung anak buah, sanggup lagi aku berjalan-jalan snap gambor.


Abang-abang askar tengah membontotkan kita. Tak sabar nak jumpa abang askar nih




 Memula mak kata panas, malas nak berjalan. Pastu tetiba dia kata nak tengok2 apa yang ada kat sini.
Hahha takde apa pun mak kat sini. Ada batung batu tu je. Nampak tu anak buah aku dah terlentok-lentok tidur.

 Ok, dia dah terjaga.. Boleh pulak dia takut tengok patung tu. Tapi bila nampak air, bukan main dia nak terjun. Alahai budak...aktif sangat kau ye.

Ahli rombongan yang terdiri dari 8 orang (termasuk aku).. Apa yang korang dapat dari kunjungan ni? Jawapannya adalah dapat kepanasan. Rileks la, kalau bukan sekarang, bila lagi kita nak ke sini kan?

Marah betul kalau orang ambik payung frozen dia tu. Awak tu ganas, tak sesuai dengan frozen yang feminin tu ok!!


Wajib tepek sekeping muka aku. Aku kan ketua rombongan.

Dah selesai di Tugu Negara, aku bawak dorang ke Kenanga Wholesale City (KWC) kat Jalan Gelugor. Yang bestnya, sampai je kat situ, jalan masuk ke parking ditutup dan bangunan tu nampak sunyi. Bila tanya kat guard, rupanya CNY mall tu tutup. Aiyakkk cilakak..kecewa betul. Niat bawak ke situ sebab nak jalan kat tempat yang sejuk. Kan dah tengahari, taknak lah berpanas-panasan. Last-last aku bawak dorang ke Jalan TAR dan masuk SOGO sekejap. Bila pompuan2 dah ke Jalan TAR, kau paham2 sendiri je lah. Aku dengan abang ipar aku layankan aje. Mak aku semangat shopping ok. Mak aku ni kalau bab2 shopping, dia tak rasa sakit kaki. Keh3..maapkan saya mak, terkutuk mak pulak.

Masing-masing dah penat dan decide nak balik je. Jadi, kitorang cancel nak ke Dataran Merdeka dan Tasik Titiwangsa. Next rombongan je lah kita pergi ye. 

KLIA 2

Petangnya aku bawak dorang tengok kapal berlepas & mendarat kat KLIA2. Time ni anak buah aku tidur jugak. Tidur je budak ni. Macam mak dia jugak. Kuat tidur.

Lega plak hati bila masing-masing sangat teruja tengok kapal. Sebelum ni aku bawak member aku, masing-masing muka takde perasaan. Bosan betul orang macam tu.

Kali ni, kakak-kakak aku macam apa ntah. Kalau boleh dorang nak berkampung kat situ tengok kapal naik turun *tipu je. Aku suka tengok kapal landing, dorang pulak suka tengok kapal berlepas.

Kakak aku paksa anak buah aku bangun dari tidur. Hahha jahat gila mak macam tu kan? Anak buah aku penakut. Nampak kapal siap dia tutup muka. Macam mana nak ajak bercuti naik flight tu kalau takut??








Oleh sebab tak puas tengok kapal, dorang siap request nak datang lagi hari Jumaat. Hahaha..

Nota kaki:
Nak bawak masuk KLIA2 tapi bila pikir bayar parking mahal, cancel terus.

1 comment:

  1. ha...bawa jugak ke klia2 tu.hihihi. tapi dlm tv hari tu kan ada org guna dron kamera yg terbang tu ambik gbr kapal terbang dr udara. polis tgh siasat tu. takut tak boleh masuk pulak kat jalan tu nanti...seronoknya family datang. tapi bila family datang kita tak tau nak bawa bawa mereka ke mana. kalau mrk dha ada tempat nak pergi, senang.

    ReplyDelete