Thursday, March 5, 2015

CERITA CNY : MELAKA

Assalamualaikum...

Dah agak Melaka akan jammed musim cuti, tapi masih berdegil nak ke Melaka. Kalau hari Khamis, kitorang cuma berjalan ke KL, hari Jumaatnya pulak gerak ke Melaka. Penuhi permintaan kakak aku. Lama dah dia ajak ke Melaka, tapi tak berkesempatan nak tunaikan. Bila dah capai kata sepakat, jadi on.

Masuk Melaka dah jammed. Kononnya nak ikot jalan tak sesak, memandai lah aku masuk jalan alternatif ke Banda Hilir. Aduh!!! Jauh plak jalannya dan makan masa lama. Dah alang-alang sampai, kena teruskan jugak.

Nak mencari parking pun satu hal jugak. Tapi Alhamdulillah, bawak kereta kecik senang lah nak parking. Sayangnya kereta akak aku pulak tercalar kat bumper sebab dia park kat tempat laluan. Kesian..

Kebetulan masa sampai, kat Hard Rock Cafe ada buat pertunjukan tarian singa, jadi singgah sekejap kat situ tengok apa yang menariknya.






Ramai sangat orang tengok pertunjukan tarian singa ni. Macam biasa, anak buah aku tak nak tengok sebab dia takut. Asyik cakap "akut..akut..".. Semua benda dia takut, main panjat2 tak takut pulak kau kan.



Kemudian, aku bawak dorang jalan kt Jonker Walk.. Saje nak tunjuk kat dorang bangunan lama yang cantik-cantik ni. Kemudian, ada dengar suara tanya, "kenapa bawak jalan kat sini?nak tunjuk apa sebenarnya?" *krik..krik..krik..krik..terus aku jalan laju tanpa menjawab soalan tu.




Aku saje nak tunjukkan rekabentuk rumah kedai tu. Mula-mulanya masing-masing sibuk bergambar, lama-lama semua dah mula bosan dan ajak keluar dari tempat tu. Orang ramai, tambahan lagi hari dah petang. Jadi kat kawasan tu peniaga-peniaga dah bukak meja untuk jualan malam.

Gambar tak banyak ambik sebab penat. Tambah lagi kena dukung anak buah aku yang tak reti diam.

Lepas keluar dari Jonker Walk, kitorang gerak ke bahagian bangunan kaler merah tu. Apa ntah nama bangunan tu. Stadhuy kut.. Walaupun dah berkali-kali datang, tapi tetap tak ingat nama bangunan.

Bila belek-belek semula gambar, tak banyak rupanya yang ada. Jadi, tempek mana yang ada je lah.


kakak, mak, anak buah, kakak, sepupu, kakak


 si kecik ni sibuk jugak nak bergambar. Siap suruh aku ambikkan gambar dia

dikelilingi bodyguard siut..bukan apa, pantang lepa, confirm dia mencelah ntah ke mana-mana.. alahai anak,hyper sangat

Kitorang gerak balik waktu nak Maghrib sebab Melaka dah sesak. Jadi, tiadalah repeat tengok kapal kat KLIA2 untuk hari ini..

Nota kaki:
Seronok dapat jenjalan beramai-ramai dengan famili

No comments:

Post a Comment