Thursday, March 5, 2015

CERITA HARI INI : 05 MAC 2015

Assalamualaikum...

Lemau sangat nak pergi kerja. Bangun agak lewat, pukul 6.30 pagi baru berjaga. Entah kenapa, untuk kesekian kalinya, aku bangun dan ingatkan hari ini adalah hari Sabtu. Melampau sangat daya fikiran aku. Atau mungkin aku dah rasa bosan untuk bekerja. Ishhh sekali lagi melampau. Mana nak cari duit kalau tak kerja tu Fendi??

Oleh sebab lambat bangkit, aku skip untuk masak breakfast dan terpaksa beli di kafe untuk hari ini. Tak apa lah, sekali sekala ubah selera dan ubah menu diet. Hehheh.. Semalam petang tak berjogging, hanya buat simple exercise je untuk keluarkan peluh. Kerja di tempat ekon, sah-sah tak keluar peluh. Macam ni lah keadaan aku, kalau tak keluar peluh rasanya macam lemau semacam. Tambahan lagi minggu ni hujan setiap petang. Balik kerja pun kena pakai rain jacket untuk coverkan beg. Aku tak kisah kalau diri aku yang berhujan. Cerita pasal hujan, rasa macam lama tak "main hujan". Bila cerita bab "main hujan" pulak, teringat zaman budak-budak. Zaman sekolah rendah. Paling suka kalau waktu balik tu hujan lebat. Time tu, sebelum sempat mak datang ambik, aku dah balik dulu sebab nak "mandi hujan". Tanggalkan kasut dan masukkan dalam beg sekolah * hambik la bau kasut meresap dengan buku, berlari-lari balik rumah di dalam hujan. Seronok dan nostalgianya zaman kanak-kanak dulu.

Zaman yang tiada masalah untuk diri aku. Masalah paling besar waktu tu adalah bila tak siapkan kerja sekolah dan tak boleh selesaikan soalan matematik. Terasa tak pandainya bila tak dapat jawab kerja rumah matematik.

Tadi dah siap isi form kebenaran keluar pejabat untuk esok. Nak ke Jab. Imigresen. Tak nak bertangguh dah untuk renew pasport ni. Nak settlekan semua nya cepat-cepat. Tak sabarnya nak fly. Lama tak keluar dari Malaysia. Last year bercuti dalam Malaysia saje.

Eh lupa nak bagitau jugak pasal Hari Nyepi yang akan berlangsung di Bali. Rugi.... Perkataan dan perasaan yang aku alami. Tak tahu pun pasal Hari Nyepi ni. Bila google-google pengalaman orang bercuti di sana, baru lah tahu akan kewujudan Hari Nyepi ni. Tahun lepas, Hari Nyepi jatuh pada 30 or 31 Mac * tak ingat yang mana satu tarikhnya. Dan tahun ini pulak, Hari Nyepi jatuh pada 21 Mac 2015. Aku rugi sehari kat sana sebab pada Hari Nyepi, setiap orang tidak dibenarkan berjalan-jalan atau melancong, tidak boleh bekerja dan tidak boleh menyalakan api. Ia sebagai lambang penghormatan kepada dewa-dewa. Itu mengikut kepercayaan kaum yang beragama Hindu di sana. Sebagai tourist nanti, aku perlu hormati kepercayaan mereka. Nasib baik lah aku ke sana 5Hari 4Malam, jadi taklah rasa ralat sangat.

Malam tadi pulak beriya membelek almari pakaian. Tengok-tengok baju yang ada dan nak bagi baju-baju yang sudah tak diperlukan pada mereka yang menjalankan aktiviti mengumpulkan barang-barang yang ingin didermakan. Masa kes banjir di Pantai Timur tahun lepas, aku tak berkesempatan nak packing baju-baju tu semua. Takpe lah, mungkin pakaian aku ni boleh disalurkan kepada mereka yang lain. InsyaAllah.


Nota kaki:
Saje nak menulis walaupun rasa takde idea untuk ditulis


No comments:

Post a Comment