Tuesday, March 31, 2015

KESIMPULAN BERCUTI DI PULAU DEWATA, BALI

Assalamualaikum...

Selepas bercuti di Bali, apa yang boleh aku kongsikan adalah :-


1. Kebanyakan orang akan menginap di Kuta atau Legian. Seperti yang telah aku ceritakan yang Legian lebih kepada bar dan pub dan banyak hotel-hotel bajet. Manakala Kuta banyak hotel mewah. Di sekitar Kuta banyak restoran.


2. Kalau nak explore Kuta dan Legian, dicadangkan jalan kaki sahaja sebab dua tempat ini adalah bersebelahan. Kalau nak sewa motor pun boleh juga tapi nanti tak nampak sangat apa yang ada di sepanjang jalan sebab fokus pada pemanduan.


3. Seminyak adalah tempat yang best. Sepanjang jalan banyak butik dan pub. Orang kata tengok sunset kat Seminyak best tapi bagi aku tak ada yang menarik. Pantainya kotor dan banyak anjing berkeliaran.


4. Pantai Kuta dan Legian punyai ombak besar. Sebab tu omputih suka datang dan surfing. Cuma, pantainya kotor dengan sampah.


5. Hari minggu Pantai Kuta sangat meriah macam PD. Terdapat jualan dan penduduk ambik kesempatan beriadah bersama keluarga.


6. Sewa motor di sana sehari RP60.000. Kira murah dan mungkin boleh dapat lagi murah. Pastikan dapat motor yang cantik dan masih dalam keadaan baik. Untuk langkah berjaga-jaga, dapatkan dahulu International Licence dari JPJ. Kalau tak silap, bayaran adalah RM150.00.


7. Kalau nak explore Bali, kita ada banyak pilihan. Kalau berani nak drive atau bawak motor, boleh sewa dan bawa sendiri. Tapi jalan di Bali sempit dan kena lalu kawasan kampung. Perjalanan ke satu-satu tempat pun agak mengelirukan. Keduanya kalau nak sewa Pak Supir lagi mudah. Cuma sediakan duitnya sahaja dan kita boleh pergi ke mana-mana. Ketiganya, di tepi-tepi jalan disediakan perkhidmatan pakej-pakej pelancongan. Kalau nak, boleh book terus dari mereka.


8. Harga teksi di airport ke tempat penginapan agak mahal walaupun sebenarnya airport ke Kuta dan Legian tu dekat saja. Kalau berani, boleh keluar dari airport dan tahan teksi Blue Bird Group. Jangan keliru, sebab teksi-teksi di Indonesia ni warnanya kebanyakan biru. Blue Bird warnanya biru cair dan di cermin hadapan ada tulis Blue Bird Group. Caj menggunakan meter.


9. Kalau kau bercuti secara backpacker, kalau dari tempat penginapan nak ke airport pula, tahan saja ojek. Caj dikenakan lagi murah. RP20.000 sahaja. Kalau baik hati, bagi lah tips sikit kat tukang ojek tu.


10. Harga barang di Kuta dan Legian agak mahal. Kalau nak beli cenderahati, better cari di Krishna atau lain-lain pasar di kawasan perkampungan seperti Ubud dan Kampung Bali.


11. Hotel bajet memang banyak, tapi pastikan pilih hotel yang betul-betul bagus dan selesa. Nampak di web, macam cantik tapi hakikat sebenar, hurmmmm....Untuk dapatkan harga yang lebih murah, booking lah dari Booking.com atau Agoda atau yang sejenis dengannya.


12. Majoriti penduduk di Bali beragama Hindu. Jadi, di sana memang bersepah Pura. Kalau lalu di kaki lima kedai pun bau bahan-bahan sembahyang dorang.

13. Jangan ingat Pulau Bali tu kecil. Bali agak besar dan tempat-tempat pelancongan yang popular jaraknya adalah jauh dari satu tempat ke satu tempat. Jangan berangan nak explore dalam sehari. Penat untuk perjalanan sahaja.

14. Di mana-mana pun parkir kenderaan kena bayar. Murah sahaja cuma RP2000.

15. Kalau rasa tak confident nak makan makanan yang halal, boleh pergi makan di restoran makanan Padang yang memang banyak di sekitar Kuta dan Legian. InsyaAllah Halal.

16. Kalau kita memandu (bawa motor atau kereta), kena sentiasa berhati-hati dengan teksi yang berada di hadapan kita kerana mereka akan sentiasa brake emergency untuk mengambil penumpang.


17. Kenderaan di sana akan sentiasa membunyikan hon sebagai tanda peringatan kehadiran mereka.


18. Omputih kat sana lebih selesa menaiki motorsikal dan jalan kaki sahaja.


19. Kalau lalu di gerai-gerai cenderahati, jangan terkejut kalau nampak ukiran kemaluan lelaki. Bersepah-sepah ukiran bentuk macam itu dijual. Ada yang besar dan ada yang kecik.

20. Harga di airport Bali kebanyakannya menggunakan USD. Jangan terpedaya.

21. Pastikan survey dan dapatkan maklumat mengenai kedudukan tempat pelancongan yang hendak kau pergi. Survey awal-awal dari Malaysia lagi dan ambil tahu mengenai bayaran masuk dan sebagainya serta apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di satu-satu tempat itu.

22. Popularnya Jimbaran kerana ada restoran menghadap laut sambil disajikan dengan kumpulan busker. Aku tak singgah pun sebab orang kata harga seafood mencekik darah.


Nota kaki:
Silent

3 comments:

  1. Kami hadir menyediakan perkhidmatan Sewa Kereta Murah Di Bali pada kadar sewa yang bepatutan dan murah.
    Telefone/WhatsApp : +62 811 387 010
    Wechat ID : astawa-krishna
    RM 160 Sehari sudah termasuk petrol, bayaran letak kereta, pemandu, dan cukai.
    Sewa Kereta Murah Kat Bali
    Ingin melancong dengan pakej termurah? Kami berikan anda jawapanya. Pakej Pelancongan & Pakej Percutian Murah Kat Bali dijamin termurah dan memuaskan!
    We offer Halal Bali Tour & Travel Packages for Muslim travelers. Included of halal food(حلال), prayer facilities, and etc.

    ReplyDelete
  2. Bercuti ke Bali jangan lupa beli pakej percutian, pakej honeymoon, atau sewa kereta dari kami, murah :) WA: +62 877 88 555 153. BBM: 5646FC68. https://goo.gl/4YZYLy

    ReplyDelete
  3. Salam

    Dapatkan pakej transport tour kat bali termurah dan terbaik dari kami

    Sila contact kami :
    Email : balimastour@gmail.com
    Whatsappb: +62 8174709817

    ReplyDelete