Assalamualaikum...
28 April 2015
Pagi-pagi dah terima whatsapp dari Y.
"Jom teman aku gi Melaka. Boss minta antar barang"
Laju aku balas, "nak gerak pukul berapa?"
"Aku balik pukul 3.00 ptg, terus gerak rumah ko, then terus ke Melaka. Mtk tolong drive ye".
Ok, memang boleh apply jawatan driver dah ni, asik kena drive je aku ni.
Hidup betul cacing kerawit dalam perut bila orang mengajak berjalan. Tetiba dapat whatsapp lagi..
"Tolong book kan bilik terus lah. Kita stay sana.."
Gigih aku bukak booking.com cari bilik. Banyak je bilik kosong, tapi cuma kena dengan citarasa kitorang ataupun tidak. Aku cuma survey je hotel-hotel tu semua, nanti once Y dah sampai, kitorang discuss je dalam kereta nak pilih hotel yang mana.
Dalam 3.30 petang Y dah sampai kat bawah dan terus mulakan perjalanan. Macam jauh sangat je Melaka tu kan??Keh3..
Dalam kereta, kitorang decide nak hotel yang mana.
Nasib baik dia bukan jenis cerewet. Jadi, kitorang sebulat suara pilih Hotel Balik Pulau, Melaka. Harga untuk satu malam adalah RM141.00 termasuk breakfast.
Nak cari Hotel Balik Pulau ni senang je. Kau cari dulu Holiday Inn Melaka, drive depan sikit dan masuk kiri. Nanti kau nampaklah sebesar-besarnya hotel tu. Paling mudah, kau bukak je lah Waze. Memang tak payah kau nak sesat-sesat bagai.

Keadaan bilik seperti di bawah. Bilik tak besar, cuma muat katil queen, side table dan meja solek. TV flat screen lekat kat dinding. Muat untuk ruang solat tapi ngam-ngam je.
Katil queen size, aku dah la tidur pusing 360 darjah.
TV lekat kat dinding, tapi siaran tak berapa nak best.
Kitorang sampai time tu dah nak maghrib. Jenis aku pulak bila dah bercuti kadang-kadang lupa waktu maghrib ke apa. Kat otak asyik fikir nak berjalan je.
"Jomlah keluar.. Tak kan nak duduk bilik je." - Aku
"Gile ko. Maghrib la ni. Solat dulu. Lepaskan waktu Maghrib." - Y
Ok, malu sendiri..
Selesai Maghrib, dalam jam 8.00 malam kitorang cari makan. Niat asal nak pekena asam pedas tapi sayangnya food court depan Dataran Pahlawan tu penuh dengan orang.
Perut dah keroncong, terus cari kedai makan yang lain. Asal boleh je sebab nak hilangkan lapar.
Lepas kenyang, arah seterusnya adalah Jonker Walk.
Sepanjang jalan Y tutup hidung..
"Ko dah kenapa gila??" - Aku
"Tak tahan lah bau kat sini..Blah jom.." - Y
Stress aku. Kau nak bercuti macam mana?Nak yang duduk-duduk santai tepi swimming pool ke?
Acah-acah penat meronda. Props kepala paip dengan getah.
Sungai Melaka. Laluan River Cruise.
Hard Rock Cafe Melaka. Village people macam aku cuma mampu tengok dari tepi jalan je.
Supper sambil melayankan River Cruise yang lalu lalang atas air. Aku boleh plak melantak habis fries satu mangkuk besar. Ya ampun!!! perut tong sampah ke tu?
Melepak di Malaccafe, Riverside. Next time kalau datang Melaka, boleh melepak sini lagi.
Ikutkan kepala otak ni, memang tak nak balik hotel. Tapi badan dah tak selesa sebab dah berpeluh, jadi aku dan Y balik hotel.
OTW jalan balik tu, Y dapat kol dari member dia. Member dia nak jumpa. Ok, lah biarkan dia sambung lepak dengan member dia. Aku nak balik bilik, nak mandi manda dan tidur.
Dalam pukul 2.00 pagi baru Y balik. Aku dah nyenyak tidur waktu tu. Terpaksa bangun sebab nak kena bukak kan pintu. Ingatkan dah habis bukak pintu tu, boleh lah aku sambung tidur. Rupanya dia nak bercerita pulak kat aku.... Matilah, mata rabak esok pagi...
29 April 2015
Pukul 6.30 pagi aku dah bangkit dari tidur. Anak teruna kena lah bangun awal. Keh3..
Kitorang breakfast kat roof top sambil berlatarkan sea view. View dah cantik tapi sayangnya makanan pulak tak ada rasa. Makan juga lah, tak baik membazir. Nasib baik aku memang tak ambil makanan dalam portion yang banyak.
Nasi goreng cina tawar. Bihun goreng lebih rasa sos. Coco crunch plak susu dia rasa tawar, bukan yang fresh milk. Air orennya pun tawar.
Habis breakfast, aku ajak Y ke Pantai Klebang. Gigih sangat pagi-pagi pergi pantai.
Menikmati keindahan pantai dan laut pagi-pagi memang best. Rasa fresh...

Kau mampu pakai baju color pink masa jalan-jalan kat pantai?
Gergasi.
"Bro, jom mamak cari teh tarik." - Y
"Bukan dah sarapan ke tadi? - Aku
"Lapar & haus" - Y
Ok, fine.. badan kecik tapi selera naga Tasik Chini member aku sorang ni. Actually aku pun lapar gak. Tak puas makan breakfast kat hotel.
Sudahnya, kitorang singgah lepak kat mamak sebab nak habiskan masa sebelum check-out pukul 12.00 tengah hari.
Lepas je check-out, kitorang jalan-jalan kat Dataran Pahlawan dan singgah ke Kota A' Famosa dan naik tangga ke Bukit St. Paul.
Naik tangga ye.. Sampai atas terasa mengah lah jugak tapi aku maintain steady je. Cover!!!
Y dah merungut-rungut kata panas. Ish..sakit pulak hati kita dengar dia merungut.
Mahu aje aku lontar dia dari atas.

Selepas habiskan masa kat atas Bukit St.Paul, kitorang turun dan singgah kedai makan dan cari asam pedas.
Dalam pukul 2.00 petang, kitorang gerak balik ke Putrajaya dan yang penting, bukan aku yang kena jadi driver.
Nota kaki:
Seronok juga sekali sekala buat percutian pendek.
syok berjalan mcm ni
ReplyDelete