Thursday, March 26, 2015

CUTI CUTI | PULAU DEWATA, BALI : HARI NYEPI

Assalamualaikum...

21 Mac 2015

Telah tiba Hari Nyepi, satu hari perayaan untuk masyarakat di sana yang beragama Hindu. Pada Hari Nyepi, masyarakat di sana tidak dibenarkan keluar dari rumah, keluar dari hotel mahupun berkeliaran di mana-mana kawasan terbuka. Pada waktu malamnya pula, tidak boleh ada cahaya yang boleh dinyalakan.

Ini adalah sebagai menghormati dewa-dewa mereka yang akan turun ke bumi.

Tapi, yang bagusnya pihak hotel, kebanyakan mereka akan menutup pintu dan dinding kaca dengan menggunakan plastik hitam atau kertas-kertas berwarna hitam. Ini bagi mengelakkan sebarang cahaya kelihatan pada waktu malam.

Kalau di hotel-hotel besar, mereka akan mengadakan pakej untuk pengunjung supaya mereka tidak berasa bosan sepanjang berada di dalam hotel.

Larangan yang dikenakan pada Hari Nyepi adalah tidak boleh bekerja, tidak boleh berhiburan, tidak boleh menyalakan api dan tidak boleh melakukan aktiviti pelancongan.

Apa yang aku buat pada Hari Nyepi? 

Aku melayankan movie saje. Memang dah siap-siap bawa laptop dan letak movie banyak-banyak, so tak rasa bosan lah sepanjang Hari Nyepi. Tapi cuba bayangkan juga, selama 24 jam berkurung di dalam bilik. Bermula jam 6 pagi sehingga jam 6 pagi keesokan harinya.

Bila dah berguling-gulingan, tidur, bangun dan makan, badan rasa malas sangat nak keluar lepak-lepak di pool sampaikan orang hotel ketuk pintu bagitau boleh duduk-duduk di kawasan hotel. Actually memang aku tau, tapi rasa malas nak keluar.

Tiada gambar untuk hari ini sebab ini adalah Hari Nyepi.

Masa berjalan tik tok tik tok. Sedar-sedar dah malam dan masa untuk tidur...

Sekadar gambar hiasan. Salah satu tanda di Ngurah Rai Airport, Bali

Nota kaki:
Tourist tetap ramai walaupun pada musim perayaan

3 comments:

  1. adui...bosannya.g tpat org dok dlm bilik je. salah time dah jalan tu

    ReplyDelete
  2. memang sangat bosan..aktiviti dalam hotel sahaja.tp kbnyakan pndduk kt sna akan stay di hotel utk habiskan msa Hari Nyepi sebab kalau di rumah katanya lagi bosan

    ReplyDelete
  3. fendi, xtvt dalam bilik hotel elok kalau pergi dgn psgn hidup. hehehe. dah boleh dah tu. hahaha

    ReplyDelete