Assalamualaikum...
Cuaca di Bali sangat panas. Sebenarnya sama saje dengan cuaca sekarang di Malaysia. Mengada plak nak banding-bandingkan ye.
Di Legian, terdapat satu memorial yang dibina untuk memperingati mereka yang terkorban dalam insiden pengeboman pada tahun 2002 dan yang paling ramai adalah warga Australia. Bukan apa pun, just dinding yang ada senarai nama mangsa-mangsa pengeboman sahaja.
Di Legian, terdapat satu memorial yang dibina untuk memperingati mereka yang terkorban dalam insiden pengeboman pada tahun 2002 dan yang paling ramai adalah warga Australia. Bukan apa pun, just dinding yang ada senarai nama mangsa-mangsa pengeboman sahaja.
Inilah rupa memorialnya. Dua kali Pulau Bali diserang terrorist. Aiyakk...kenapa jahat sangat perangai tu?
Sebelum tu, aku nak bagitau yang 21 Mac adalah Hari Nyepi di kepulauan Bali. Hari Nyepi adalah satu perayaan penganut agama Hindu. Dua tiga hari sebelum perayaan Hari Nyepi akan diadakan upacara sembahyang dan ritual mereka. Sempat juga aku saksikan sedikit upacaranya.
Masa book tiket, aku tak tahu langsung pasal Hari Nyepi dan tarikhnya. Bila dah dekat-dekat nak fly baru tau yang aku akan merasai sendiri suasana Hari Nyepi. Apa yang perlu dilakukan pada Hari Nyepi? Nanti aku story di next entry.
Berbalik kepada cerita asal. Petang akan diadakan pertunjukan Ogoh-Ogoh dan difahamkan juga yang pertunjukan ini juga adalah satu pertandingan. Apa itu Ogoh-Ogoh?
Secara ringkasnya Ogoh-Ogoh adalah patung besar berupaya makhluk-makhluk pelik yang mana makhluk-makhluk ni adalah jelmaan-jelmaan berdasarkan kepercayaan mereka.
Sehari sebelum Hari Nyepi memang akan diadakan pertandingan Ogoh-Ogoh yang disertai oleh anak-anak remaja daerah.
Niat asal aku petang nak pergi pantai tapi oleh sebab ada pertunjukan macam ni, kenapa tidak aku tengok kan? Pengalaman di tempat orang.
Pertunjukan memang ada di mana-mana tempat. Oleh sebab aku duduk di Legian, jadi aku cuma pusing-pusing sekitar situ. Perut aku memang dah lapar waktu ni. Kat tepi-tepi jalan memang ada jual bakso dengan logo Halal tapi aku antara berani dengan tidak je nak makan. Last-last aku cuma singgah mini market dan beli biskut & coklat. Cost nya RP17,000(RM4.93). Kenyang lah juga makan ringan-ringan macam tu. Aku plan nak beli sim card Indo, tapi bila fikir-fikir balik macam tak berbaloi. Jadi, aku batalkan niat. Ada ke katanya Sim Card SimPATI harganya RP200,000. Tu tak termasuk topup. Ish menipu sangat.
Terdapat 13 kumpulan yang menyertai pertunjukan ini dan persembahan seterusnya akan berlangsung malam hari pulak.
Kalau tengok pada Ogoh-Ogoh tu, nampak scary dan ada unsur-unsur kelucahan sikit tapi sebenarnya makhluk-makhluk tu berdasarkan cerita dewa-dewa mereka.
Di satu lorong lagi ada juga pertunjukan Ogoh-Ogoh yang bersaiz sederhana. Mungkin yang ini bukan untuk dipertandingkan.
Berdekatan situ ada satu Pura (temple) yang sedang mengadakan sesi sembahyang. Yang wanita menjunjung Pura yang bersaiz kecil dan difahamkan Pura tersebut akan dikembalikan ke tempat asal. Kiranya, Pura tersebut telah dibuat pemujaan mungkin. Kalau silap pemahaman aku, mintak maaf ye.
di temple inilah pura disembahyangkan
Yang wanita usung Pura, lelaki pegang payung. Wanita-wanita Bali kuat-kuat. Memang macam tu caranya mungkin.
Gadis Bali. Mereka cantik eksotik
Aku tak bercadang nak tengok lama-lama. Aku gerak balik ke bilik walaupun aku rasa tindakan aku tu macam kerja bodoh. Balik bilik bukan boleh buat apa pun kan?
Lebih kurang pukul 6.00 petang, aku gerak ke Pantai Kuta. Memang dah agak lewat untuk aku ke sana tapi mungkin boleh mencuba nasib tengok-tengok apa yang ada dan ambik gambar sunset. Dari Legian aku berjalan kaki sahaja ke Kuta. Berdasarkan signboard sahaja aku ikut berjalan. Sampai satu masa aku rasa macam dah lost. Aku berhenti dan tanya pada Pak Polisi. Rupanya jalan di situ one way. Boleh aje ikut jalan cross. Bijak sangat aku ni kan?
Sampai ke Kuta hari dah hampir gelap dan sempat tengok matahari terbenam. Gambar guna hp, tak puas hati betul.
Sebenarnya 22 Mac nanti aku akan check in di hotel kat Kuta ni. Untuk hari ini, aku sekadar nak tengok tempat dan nak familiarkan jalan.
Oleh sebab dah terlanjur di Pantai Kuta, aku cari juga Hard Rock Cafe. Bagi yang mampu, boleh stay di Hard Rock Hotel. Aku memang tak mampu sebab tu duduk hotel bajet je.
Kau nampak tak gitar besar tu? Tunggu lah nanti, aku nak bergambar kat situ..wahahah
Lepas merayap di Kuta, aku balik semula ke Legian untuk tengok majlis perasmian Ogoh-Ogoh. Manusia sangat ramai dan kena berdiri. Entah macam mana aku boleh terlibat. Heheh. Ok2, sebenarnya ada orang yang mengajak tengok. Aku on aje.
Majlis ni di buat di kawasan terbuka di depan Pura.
Awal majlis dipersembahkan finalist ratu cantik Bali. Finalist dia memang cantik-cantik dan melentik.
Keputusan Ratu Cantik tidak diumumkan pada malam tu sebab dorang masih ada beberapa tugasan untuk diselesaikan
Orang kuat di daerah Kuta
Gambar di bawah pulak persembahan daripada kumpulan yang menyertai perarakan Ogoh-Ogoh. Kalau siangnya, Ogoh-Ogoh hanya diletak di jalan raya. Malam hari pula, Ogoh-Ogoh akan diarak dan setiap kumpulan membuat persembahan. Di dalam setiap persembahan akan menceritakan kisah yang berkaitan dengan Ogoh-Ogoh mereka dan akan ada lakonan serta muzik.
Sesak... Kat belakang aku tu pun Pura jugak. Orang ramai bertenggek kat situ nak tengok persembahan. Member aku dah menyerah kat sebelah aku. Panas katanya. Memang panas gila. Macam-macam bau ada. Muka aku dah berminyak, melekit. Ketiak pun dah berlecak.
Full house. Setahun sekali, penduduk ambik kesempatan keluar rumah berpoya-poya di malam hari sebab esok dah kena kuarantin menyambut Hari Nyepi.
Aku sempat tengok dua persembahan sahaja. Dah tak larat. Tak larat nak berdiri, tak larat nak menahan bau orang, tak larat nak berpanas dan tak larat nak tengok persembahan yang aku tak faham. Kesemuanya ada 13 persembahan. Kalau aku habiskan semua, memang aku rasa aku mati secara berdiri kat situ.
Member dah ajak cari tempat makan. Lapar dah rasanya ni. Kitorang pekena makanan asli Lombok. Malam tu belanja makan RP74.000(RM21.46) tapi memang berbaloi makanannya.
Oleh sebab esoknya kena bertapa seharian di bilik, jadi aku singgah mini mart untuk beli bekalan makanan. Jumlah belanja RP37.500(RM10.87). Aku beli air mineral 1.5L (2 botol), mee instant cup (2 cup) dan roti pandan.
adakah ini mencukupi untuk seharian di dalam bilik?
Dalam pukul 12.00 malam balik bilik dan berehat. Menunggu masa untuk menghadapi Hari Nyepi esok selama 24 jam.
Perbelanjaan yang dikeluarkan :
Belanja Biskut + Coklat : RM4.93
Belanja Makan Malam : RM21.46
Belanja Mineral + Roti + Instant Mee : RM10.87
Belanja Mineral + Roti + Instant Mee : RM10.87
Jumlah : RM37.26
Nota kaki:
Aku taknak alami Hari Nyepi lagi. Cukuplah pertama dan terakhir kali
eii..iza xleh tengok patung2 tu. rasa macam lemah semangat aje. sebab semuanya rupa yang nauzubillah. hari nyepi, hehe. kawan Iza pun ada pengalaman yang sama. hotel dah remind pasal hari nyepi ni xboleh nak buat pape xtvt tapi die kuar gak g jalan2 kt pantai. pasal ogo2 tu rasanya diorg akan bakar kan? konon spy benda2 jahat dpt dihapuskan. ntah iza pun igt2 lupa cte kwn tu. tp ngeri lah.
ReplyDeleteHehhe mla2 tgk ptg tu mmg nmpak pelik je. Sbnrnya mlm msa mjlis tu dah diberitahu jgn kluar dan jgn buat apa2 atvt sbg tnda mghrmati agama/kprcayaan Hindu. Ssiapa didpti keluar,pihak hotel yg dipggil utk mnjwb, bkn plncong2 yg kena.Heheh. Ptg2 tu akan dibakar,tp ada jga yg dibiarkan mcm tu je sampai koyak.
ReplyDelete