Assalamualaikum...
22 Mac 2015
Selepas ke Pantai Pandawa, Pak Supir bawa ke Pantai Padang-Padang. Di selatan Bali, tempat-tempat yang cantik adalah pantai dan lautnya. Rugi rasa kalau tak datang dan jengah pantai-pantainya.
Tiada bayaran yang dikenakan di sini, cuma kena bayar parkir sahaja.
Dari kawasan parkir, kita kena berjalan menuruni tangga di laluan yang sempit untuk ke pantai di bahagian bawah.
Kita akan nampak Pura di bahagian atas dahulu, kemudian turun tangga ke kanan dan lalu lah celah-celah batu.
Banyak monyet di sini dan dia tak kacau orang pun.
Dari tangga batu, kita akan nampak pemandangan begini.
Di sini, ombaknya tidak besar. Ombak jenis manja-manja sahaja dan terlalu ramai omputih berjemur. Kawasan pantai juga tidak berapa luas.
Agaknya inilah landmark yang utama di Pantai Padang-Padang.
Langkah-langkah menyelamatkan diri dari Tsunami. Kawasan Bali menghadap lautan luas iaitu Hindi Ocean, jadi risikonya adalah lebih tinggi.
Nampak tak sempitnya laluan tu. Kalau berselisih, kena bagi laluan. Kalau tak, memang tersangkut bahu celah batu
Pengunjung sentiasa ada. Mula-mula nak tunggu orang clear, pastu nak ambik gambar kat celah batu. Aku penat menunggu je, orangnya tak berkurangan pun
Bila naik ke atas lagi, laluan dah semakin sempit. Sempat lah sekeping gambar walaupun kabur.
Sebenarnya tangganya tidaklah tinggi mana. Yang peliknya dorang naik tangga dah termengah-mengah. Helloooo mana stamina???
Nampak tak couple belakang aku tu? Air mineral dia kena ambik dengan monyet. Hehhehe..
Nota kaki:
Pak Supir bayar duit parkir, murah je RP2000
No comments:
Post a Comment