Friday, March 27, 2015

CUTI CUTI | PULAU DEWATA, BALI : PANTAI PANDAWA

Assalamualaikum...

22 Mac 2015

Jam 12.00 tengahari aku check out dari D'Kubu Daje dan dah janji dengan supir untuk bawa aku jalan-jalan. Sepatutnya hari ini aku meronda dengan member nak ke Ubud, tapi aku dah kena tinggal. Dia boleh pulak menghilangkan diri dengan kawan dia. Mentang-mentanglah hotel lain-lain.

Perbelanjaan supir untuk sehari adalah RP500.000(RM145.00). Bertabahlah ye untuk membayar, tapi memang standard harga macam tu pun. Contact number supir :

I Gede Sukadana
081 856 9435
gwisnawa@yahoo.co.id

Pak supir ni sangat menyenangkan. Dia faham English dan cara dia explain berkaitan satu-satu tempat pun dia menggunakan perkataan English tapi telinga tu kena pasang betul-betul sebab sebutan orang Indonesia ni kedengaran lain sikit.


PANTAI PANDAWA

Pada asalnya dikenali sebagai Secret Beach kerana kedudukannya yang susah untuk dihubungkan dengan jalan utama. Kemudian, bukit-bukit dari batu kapur telah ditarah dan dipotong untuk dibuat jalan. Pantai Pandawa memang cantik. Baru setahun dibuka untuk public.

Macam ni lah rupa laluannya

 Dah nampak air laut. Teruja ke tidak??



Bukti yang aku dah sampai sini


Apa perasaan kau bila nampak view macam ni?




Parkir di bawah penuh. Tengok laut membiru tu aku rasa macam berada di Hawaii

Restoran



 Aktiviti yang disediakan di Pantai Pandawa. Nak sewa kayak pun boleh

 Nak duduk beramai-ramai tengok laut macam makcik-makcik ni pun boleh

 Gerai-gerai jualan yang disediakan di sepanjang pantai. Cenderahati ada, makanan dan minuman pun ada.

Next time aku nak spend time duduk-duduk feeling macam mat saleh kat tepi pantai.

Di sini aku peruntukan dalam setengah jam. Kalau kau jenis suka aktiviti pantai dan suka mandi manda di lautan, boleh duduk lama-lama mengisi masa dan bercengkerama di sini. Aku sangat cadangkan tempat ni untuk berehat-rehat.

Pantai Pandawa menjadi tumpuan orang. Yang aku perasan, ramai orang tempatan sahaja yang lepak di sini. Mungkin sebab kedudukannya yang berdekatan dengan kampung-kampung di situ.

Lupa nak bagitau, nak masuk ke sini dikenakan bayaran RP10.000(RM2.90). Di sini aku beli 2 botol air mineral dengan harga RP6000(RM1.74).

Perbelanjaan yang dikeluarkan :

Bayaran Supir : RM145.00
Bayaran Masuk : RM2.90
Air Mineral : RM1.74
Jumlah : RM149.64

Nota kaki:
Pak Supir banyak cadangkan aku aktiviti laut, tapi aku tak minat sebab tak pandai berenang. Lagipun aku sorang-sorang je. Macam loser je aku rasa.

1 comment:

  1. cantiknya view tu. memang betul2 biru lautnya...jeles ni...

    ReplyDelete