Assalamualaikum,
24 September 2015 - Salam Aidil Adha untuk seluruh umat Islam di dunia. Kita digemparkan lagi dengan berita rempuhan jemaah haji di Mina. Besar sungguh dugaan yang Allah berikan kepada para tetamu NYA. Sebelum ni berlaku kejadian runtuhan kren dan juga kebakaran hotel yang diinap oleh jemaah Indonesia.
Semalam juga 24 September 2015 merupakah tahun ke 22 arwah Abah meninggalkan kami sekeluarga. InsyaAllah Allah tempatkan arwah di kalangan orang beriman. Aminn & Al-Fatihah.
Raya Haji tahun ni aku tak balik kampung, jadi nak kata beraya tu, memang tidak lah kan..
Pagi semalam tunaikan solat sunat Aidil Adha di Masjid Besi. Memula nak solat di masjid Salak Tinggi je tapi bila dah kawan ajak solat kat situ, aku join je lah.
Selesai solat, waktu nak turun tangga keluar tu orang memang sangat ramai dan bersesak, kemudian terdengar satu perbualan dengan slang omputih sangat..
" Daddy..daddy.. it's so dark here "
Aku sengih je sebab suara tu suara budak-budak. Budak kecik dah dikelilingi dengan orang dewasa, sure lah persekitaran dia jadi gelap.
"Hahhaha Amran..Amran.. where are u?? Daddy cannot see u.." gurau si bapa.
"I am here Daddy.. why so dark? ".. jawab dan soal si anak.
"So many people here " kata si ayah.
Terdetik plak nak toleh, bila toleh je rupanya orang Melayu.
Kagum seminit jap sebab slang dorang tu memang omputih habis. Agaknya berapa lama dah tak duduk Malaysia tu?
* Mood jeles sebab kita cakap English slang Tempe.
KL FESTIVAL CITY MALL [KAISON]
KL FESTIVAL CITY MALL [KAISON]
Oleh sebab hari raya dah macam tak raya je bagi aku kan, so aku dengan member pun gerak ke KL. Memula pergi KL Festival City Mall. Saje nak pergi mall yang tak pernah nak pergi. Lokasinya di Danau Kota.
Tujuan asal nak pergi Kaison. Hahhaha..
Rambang mata tengok lukisan untuk hiasan dinding. Kalau nak compare masa aku pergi Kaison yang di Paradigm Mall tu, kat sini stok dia banyak.
Pergi mall pakai baju melayu.
Aku suka lukisan yang ringkas macam ni.
Macam biasa, kalau dah depan mata terus jadi tamak kemudian terus tak reti nak buat keputusan membeli.
Mula la tengok yang tu cantik, tengok yang ni cantik. Last-last aku tak beli sebab tak tahu nak beli yang mana satu.
Dah datang jauh-jauh tak kan tak beli something kan? Baru teringat nak beli frame gambar. Kata nak menghias rumah sikit-sikit, so kena la beli barang sikit-sikit kan? Ternampak pulak box untuk letak barang-barang. Beli lain kali je lah ye. Jimat cermat sikit. Gaji lambat lagi. Hhehehe..
Sempat beli 3 je sebab baje cukup untuk 3. Lain masa nak beli lagi 3. Harga yang frame hitam RM7.90 (kalau tak silap) dan yang putih RM6.90 (kalau tak silap).
Bagi aku KL Festival City Mall ni tak adalah menarik mana. Jalan-jalan sekejap beli cadar kemudian terus keluar.
LEVAIN BOULANGERIE PATISSERIE
LEVAIN BOULANGERIE PATISSERIE
On the way balik tu singgah Levain Boulangerie Patisserie, Jalan Delima Kuala Lumpur. Lama dah tak singgah lepak kat sini.
Kalau hari biasa, sangat ramai orang. Tempat dia nice. Penggemar pastry dan kek mesti suka tempat ni.
Parkir RM3.00, padahal park tepi jalan je. Ni lah KL, semuanya kena sediakan duit.
Makan berdua. Kitorang share je tapi aku lah yang makan paling banyak.
Terpaksa pakai songkok sebab tak bawak gel rambut. Kalau bukak songkok, rambut gerbang macam singa.
TERIMA KASIH ENCIK POLIS
Siap melantak, member ajak ke Times Square. Oleh sebab memang tak ada aktiviti lain, so aku on je lah. Nak dijadikan cerita, masa kat traffic light aku memang tak perasan lampu tengah merah. Dengan selamba je aku belok kiri dan terus kena tahan dengan polis. Ok demmmm... Boleh pulak polis trafik tunggu tepi jalan tu.
" Awak tau apa salah awak? " - polis
Aku senyum menahan debar..
" Apa ye salah saya? ".. menjawab pulak aku.
"Awak langgar lampur merah. Mintak lesen." - polis
Aku dah derau darah dan terbayangkan melayang duit nak bayar saman. RM300.00 tu saman.
"Saya bagi pilihan.. Nak saya saman awak ke tak? "... - polis
"Hurmmm terpulang pada encik. Tapi rasanya bagi peluang kat saya.. Tak perlu saman .."
"Tu lah..saya tanya ni..Nak saman ke tak??" - polis.
"Tak perlu saman.."
"Ok..saya lepaskan awak.. Lain kali jangan langgar lampu merah.." - polis..
Alhamdulillah... terima kasih Allah.. terima kasih polis.
Dalam kereta terus terdiam.. Rasa malu pun ada.. Rasa bodoh pun ada.. Lantak lah, lepas ni tak jumpa lagi dengan polis tu.
Salam Aidil Adha Encik Polis.
Taubat Nasuha.. Be alert dengan traffic light.. Tak nak langgar lampu merah lagi..
Tobat Tobat Tobat.. Sayang duit..
Memang kenangan raya haji yang paling berMAKNA untuk aku.
Nota kaki:
Salah kecik je, saman mahal nak mampus.
Dah dibagi pilihan memang tak nak samanlah jawabnya. Sekali dah buat lepas ni memang akan alert dengan trafik light. Tapi saya kat putrajaya ni kalau belok kiri selalunya main masuk je.
ReplyDeleteklo kt sni boleh belok kiri jika tiada kenderaan..tp kalo ada knderaan pun selamba je masuk jugak..keh3..
Deletehahaha. betul kadang kite tak perasan. atau dah terbiasa dgn jalan di Putrajaya. hahaha
ReplyDeletelepas ni kna lebih brhati2 jgak.lgpn ble tgk video eksiden disbbkn lggar lmpu merah, rse ngeri pulak, sayangi nyawa dan duit..hehehhe
Delete