Tuesday, October 6, 2015

BALING BELAKANG | SEOUL KOREA

Assalamualaikum,

Oleh sebab tiada idea nak dimasukkan dalam blog, maka hari ini aku nak buat segmen "Baling Belakang".

Aku nak imbas semula kenangan semasa bercuti ke Seoul, Korea masa bulan September 2013.

Ada je entry pasal percutian ini yang aku masukkan dalam blog tapi tak habis pun aku cerita disebabkan ketandusan idea. Tambahan lagi, aku tak buat banyak research berkaitan negara Korea sebelum bercuti ke sana.

SOKCHO

Salah satu tempat yang kami singgah adalah Sokcho.

Sokcho merupakan satu kawasan nelayan yang menjual hasil tangkapan laut pelbagai jenis. Kedudukannya yang menghadap laut memang sangat-sangat mendamaikan dan best..

Kat sini lah aku kena marah dengan seorang makcik Korea penjual ikan sebab aku pegang tapak sulaiman yang dia jual. Hehehhe.. Padan muka aku.. Ala makcik, orang nak pinjam sat buat bergambar je lah..

 Macam-macam jenis tangkapan yang dia jual. Tinggal pilih dan bayar sahaja.

 Kawasannya sudah lah bersih, pemandangan cantik dan bot-bot nelayan pun tersusun elok sahaja. Rasa macam nak duduk lama pandang laut je.

Kanan : Batu-batu pemecah ombak. Kagum, sangat kagum dengan suasananya.




Astaka hujung tu tempat orang memancing dan tengok view sunrise.


 Rindu weh nak ke sini lagi. Masa mula-mula sampai tu rasa macam "what the hell bawak aku ke sini", tapi bila dah tengok sekeliling rasa wow!!!!


Pasar Borong Selayang * tipu je. Keh3.. Ni pasar ikan yang berbumbung.


 Makanan bergoreng yang dijual pun murah. Macam kat sini juga. Ada keledek goreng, ada udang goreng tepung dan sotong goreng tepung. Sama rasa macam yang Malaysia punya tapi harga murah kalau ikut matawang sana. Jangan convert ke RM please. Siap beli untuk second round buat bekalan. Minyak yang digunakan untuk menggoreng adalah minyak bijan. InsyaAllah halal.

Yang ni sotong sumbat. Cuma tak sure apa benda yang disumbat dalam sotong tu. Kitorang tak beli sebab ni mahal. Lagipun tak confident je aku tengok sotong tu.


UNKNOWN PLACE

Tempat seterusnya aku tak tahu apa nama dia, jadi aku letak je unknown place. Kita boleh tengok view laut lepas dari aras tinggi dan tempat dia sangat cantik. Pokok-pokok dia pun unik. Kat sini kitorang tak stay lama. Sekadar nak melawat dan ambil gambar saja. Hari dah lewat petang dan nak balik semula ke hotel. Masa perjalanan 3 jam. Tidur saje dalam kereta.




Macam muzium kut ni sebab dalam ni ada pameran barang bersejarah.


MOUNT SEORAK

Seol maknanya snow / salji dan Ak maksudnya big mountain / gunung besar. Oleh sebab kalau musim winter, snow tu lambat nak mencair di atas mountain yang besar, maka diberi nama Seorak. Hhahah kut la betul explaination aku tu. Hopefully betul lah ye.

Kami ke sini sebab nak tengok keindahan gunung dan pemandangan dari atas gunung. Kalau dah namanya gunung, kena mendaki sikit.

Apa yang aku perhatikan, di sini ramai warga emas yang melibatkan diri dengan aktiviti pendakian. Gila kuat stamina dorang, kalah orang muda. Sebenarnya ada track yang disediakan untuk mendaki. Suhu di atas gunung agak sejuk.

 Kenapa letak patung bear? Ada bear ke atas tu? Ini masih di bahagian bawah. Tempat park kenderaan.


Kenderaan perlu park di bahagian bawah. Kemudian kita kena beli tiket dan naik kereta kabel / gondola untuk ke kawasan mendaki.


Itu laluan berkayu yang telah disediakan. Di belum sampai ke kawasan gunung.

Sepanjang berjalanan kita disajikan dengan kehijauan pokok-pokok.




Pemandangan dari atas gunung.


Orang naik gunung siap bersantai-santai.

 Jangan lengahkan masa. Snap guy snap.

 Permukaan gunung adalah berbatu.

 Finally aku sampai atas tapi belum ke puncak dan aku memang tak sampai puncak pun.

Baju hitam tu member aku. Gigih mendaki sampai atas. Ada seorang Korea ni approach aku suruh daki naik atas, terus je aku jawab "my shoes slippery". Padahal alasan semata-mata saje tu.

Next time pacak Jalur Gemilang pulak lah.


Papan information. Katanya kat sini dulu ada satu istana kecil yang dibina.

Nota kaki:
Plan daki Gunung Kinabalu. Mampu tak rasanya?




1 comment: