Monday, October 5, 2015

DAPUR BUJANG | BROWNIES KEDUT

Assalamualaikum,

Dek suka sangat tengok channel memasak, akak aku tetiba request brownies. Perghh dia ingat aku ni chef? Main order macam tu je?

Oleh sebab petang semalam free, jadi buat juga brownies kedut-kedut.

Puas hati bila makan sebab kaya dengan rasa coklat dan teksturnya yang chewy dan fudge.

Berhasil jugak akhirnya!!!!

Dari apa yang aku google, dikatakan brownies ni ada dua jenis. Satu jenis yang macam kek coklat dan satu lagi yang jenis liat-liat. Yang membezakannya adalah dari segi pembuatan. Satu tu perlu lebihkan tepung dan satu lagi perlu lebihkan coklat. Itu yang apa aku faham. Maaflah kalau silap.

Brownies ni rasa dia agak manis sebab ada gula. Bagi mereka yang tak berapa suka manis dan rasa coklat yang melebih-lebih, diharapkan boleh sediakan air masak banyak-banyak semasa menikmati brownies.

Brownies juga sedap kalau dimakan bersama dengan aiskrim vanilla. Marbeles rasa dia. Macam berada di pantai Bali!!! *dah mula merepek...




Nota kaki:
Next is Victoria Sandwich

2 comments: