Monday, October 26, 2015

KERETA DAN DUGAAN

Assalamualaikum,

Hujung minggu lepas aku memerap dalam rumah saje. Dengan jerebu yang tak berpenghujung, rasa malas nak keluar walaupun dah bergaji.

Lagipun sekarang ni nak lebih berjimat. Kalau rasa tak ada apa yang nak dicari kat luar, lebih baik aku melepak kat rumah. 

Hari Sabtu malam dapat berita tergempar dari kakak kat kampung. Kereta dia kena hempap pokok kelapa.

Bulan November ni kira baru setahun kereta dia.

Bila dia bagi gambar kat whatsapp, rasa terkejut jugak. Habis cermin depan dan bonet pun kena sikit.

Dah suruh dia tanya pada pihak insurans sama ada boleh claim atau tidak. Tapi rasanya macam tak boleh claim.

Bila tanya pada pihak Perodua, berapa kos untuk baik pulih, dianggarkan dalam RM3500.00.

Pengsan bila dengar. 

Dugaan betul..



Pagi ni pulak, dapat whatsapp dari kakak yang duduk serumah dengan aku tu.

Dia bagi gambar macam kat bawah ni :-


Dah kenapa pulak dengan kereta dia ni??

Rupanya hari Jumaat lepas dia OT dan balik malam. Di opis dia memang parkir di kawasan lapang. Jadi hari Jumaat tu dia terus je lah drive balik tanpa check kereta. Pagi ni, masa dia datang kerja, dia nampak plate kereta ada di parkir. Bila dia tengok baru perasan keadaan hadapan kereta dia dah jadi macam kat gambar.

Maknanya, kereta dia dah kena langgar sejak hari Jumaat lagi dan baru hari ini dia perasan.

Ya Allah.. apa nak jadilah.

Kesimpulannya, kena selalu check kereta sebelum masuk ke dalam kereta.

Yang tak bestnya, orang yang dah langgar tu tak ada rasa tanggungjawab langsung. Dah langgar terus buat tak tahu.

Aku yang dapat tahu berita ni rasa sakit hati pulak.

Nota kaki:
Dugaan mematangkan manusia





4 comments:

  1. kesiannya...moga bertabah lah..ada hikmah yg Allah nak beri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..ujian Allah. Allah nak bagi peringatan mungkin..

      Delete
  2. sedihnya tgk kereta yg kat atas tu.. abis pech sume..

    ReplyDelete