Assalamualaikum...
Tertunai sudah impian nak tengok konsert DCT. Lama dah pasang impian walaupun sebenarnya masa kerja kat PICC, kerap juga tengok show dia waktu event dinner dll.
Yang tengok curi-curi tu kira lain lah kan sebab free. Yang ni keluarkan duit sendiri semata-mata nak tengok dia selama 2 jam.
Konsert Satu Suara Vol. 2 DCT ni menampilkan juga dua penghibur lagenda dari Singapura dan Indonesia. Dato' Ramli Sarip dan Ibu Hetty Koes Endang. Konsert ini menggantikan teater muzikal DCT yang sepatutnya berlangsung di Istana Budaya selama seminggu. Difahamkan, oleh sebab sukar mendapat tajaan, jadi teater muzikal itu ditukar dengan konsert ini. Teater muzikal tu tetap juga akan diadakan pada tahun akan datang. Insya Allah..
DCT pernah buat Konsert Satu Suara bersama Aizat dan Faizal Tahir sebelum ini. Ini dikatakan sebagai kesinambungan daripada konsert yang pertama.
Konsert berjalan selama dua malam berturut-turut, pada 07 dan 08 November 2015 di Panggung Sari Istana Budaya.
LEWAT KELUAR RUMAH
LEWAT KELUAR RUMAH
Risau betul aku kalau tak sempat sampai ke IB. Jam 7.00 malam masih stuck kat Sungai Besi sebab ada eksiden. Aku dari Salak Tinggi, singgah ke Putrajaya sebab nak ambik member. Konon nak terus keluar lalu Hi-Way MEX, tapi jammed pulak jalan menghala ke Presint 9 tu sebab ada Formula E. Jadi, terpaksa lah lalu Sungai Besi.
Dari Sungai Besi terus masuk ke Cheras sebab ambik sorang lagi member kat Cheras. Time tu dah pukul 7.20 malam dah. Aku dah debar-debar takut lewat sampai sebab aku belum ambil tiket lagi. Penyelesaiannya, on kan Waze dan Alhamdulillah dapat sampai ke IB sebelum 8.30 malam,
Cari parkir pun Alhamdulillah senang walaupun kena park di luar.
Settlekan urusan tiket di kaunter. Nasib baik sekali lagi sebab kat kaunter clear. Orang tak ramai.
3 tiket untuk 3 orang
Pandangan dari Upper Circle. Hujung sana tu kelompok Siti Zoners. Waktu ni masih belum penuh. Gigih aku jalan laju-laju sebab ingatkan dah terlambat. Basah ketiak.
Kalau ikut jadual, konsert start pukul 8.30 malam tapi persembahan sebenar mula lewat sedikit. Lewat pun lewat lah, janji dapat berhibur malam hari.
PUAS HATI
Persembahan selama 2 jam dengan 22 lagu secara keseluruhan. Bak kata DCT, bulan April lepas dia baru saja buat konsert unplugged di tempat yang sama. Jadi, untuk konsert kali ini dia kena pilih lagu yang dia tak bawa masa konsert unplugged tu. Antara lagu yang dia nyanyikan solo adalah Sendiri, Bicara Manis Menghiris Kalbu dan Kesilapanku Keegoanmu. Nampak tak aku hafal tajuk lagu dia? Hhaha sebenarnya aku google je nama lagu yang dia bawak tu.
Sebenarnya aku rasa kebanyakan penonton tertunggu-tunggu kemunculan Ibu Hetty Koes Endang.
Bila dia keluar je, bergema hall orang bersorak. Tu baru dia keluar. Time dia start buka mulut nyanyi, lagi lah bergema-gema dengan suara penonton.
Bak kata Ibu Hetty, beliau sudah seusia dengan Malaysia. Usia tak menghalang seseorang penyanyi itu bergelar penghibur. Hebat gila kut suara dia. Masih lantang dan bertenaga.
Tu belum masuk lagi cara dia entertain penonton. Dengan gaya bersahaja, lawak jenaka dia memang mencuit hati. Ibu Hetty ada sampaikan lagu dia secara solo. Salah satunya adalah lagu Kasih yang dibawa dengan rentak bassanova.
Kemudian, DCT dan Ibu Hetty ada berduet bersama. DCT kata kalau Ibu Hetty lontarkan vokal, memang dia akan terpelanting ke dinding, bangun balik dan terpelanting balik. Hahha yang tu memang lawak.
Terpegun.. memang terpegun. Itulah namanya penghibur.
Masa part Dato' Ramli Sarip pun tidak kurang powernya. Dato' Ramli kata dia golongan purba, tak sangka pula dijemput oleh DCT untuk bekerjasama dalam satu konsert.
Waktu Dato' Ramli menyanyi, peminat-peminat dia memang dah tak senang duduk. Papa Rock menyanyi penuh dengan penjiwaan. Tak disangkal lagi.
DCT dan Dato' Ramli berduet lagu "sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa...bla bla bla". Apa eak tajuk dia??? DCT kata lagu ni dia kerap nyanyikan masa kat kampung dulu masa majlis-majlis kenduri kawin. Ada lagi dua lagu yang dorang berduet. Salah satunya lagu Teratai. Satu lagi, lagu rock n roll omputih. Apa ntah tajuk dia tapi syiok betul melayan performance dorang.
Banyak lagi lagu yang dorang bertiga persembahkan. Memang puas hati dengan Konsert Satu Suara Vol. 2. Gandingan mantopppp tiga suara.
Senjata mereka malam itu hanyalah vokal yang mantap, kerjasama yang padu, telatah menghiburkan, jenaka mencuit hati. Perisai mereka adalah KAMI iaitu penonton dan penyokong-penyokong tiga orang lagenda dari tiga buah negara.
Konsert berakhir dalam jam 11.00 lebih. Rata-rata penonton keluar dengan senyuman tanda puas hati termasuk aku.
Selesai konsert. Lepak-lepak kat lobi jap.
Dengan Yus dan Oii. Oii tengok konsert macam tengok wayang. Muka takde perasaan. Yus pulak on off. Kejap teruja, kejap lagi dia senyap. Aku pulak syok sendiri.
Abadikan kenangan dengan backdrop. Nak jumpa dengan orang yang sebenar memang takde peluang.
PEKENA SUP DI JALAN DORAISAMY
Dari dalam IB lagi perut dah berkeroncong. Tekak pun dah kering je sebab galak sangat menyanyi, bersorak jerit-jerit bagai. Hambik kau..Padan muka..
Kitorang singgah Jalan Doraisamy sebab nak makan sup. Paling tak menahan tu nak cari parkir susah, bila dapat pulak parkir, kena bayar RM20.00. Terkedu la sekejap. Nak buat macam mana, nama pun KL.
Bagi yang tak tau, kat Jalan Doraisamy ni dulunya banyak deretan kelab dan pub. Sekarang ni cuma ada beberapa ketul kelab je yang dibuka. Aku tengok kat Jalan Doraisamy ni macam tak happening sangat kelab dia kalau nak compared dengan Jalan Changkat.
Abaikan pasal kelab dan pub tu semua. Masa kitorang sampai, orang tak ramai kat gerai sup ni. Meja pun banyak kosong.
Macam biasa, aku order sup daging. Sup dia tak adalah meletop sangat. Rasa biasa-biasa je tapi ok jugak lah kalau sesekali lepak malam minggu.
Sup daging..otak-otak..
Nasi lemak. Sambal sedap. Oii kata kurang sikit rasa dia, tapi aku rasa sedap je.
Otak-otak satu bakul = RM4.00
Kenyang tak??? Mesti lah kenyang kan.
"kita memberi bukan kerana kita kaya, tapi kerana kita tahu betapa peritnya waktu tidak punya apa-apa"
Terima kasih semua.
salam perkenalan..
ReplyDeletesmartiesmoo.blogspot.kr
sup doraisamy tu suami pun ckp sedappp. saya rasa biasa2 je. best betul tengok konsert kat Istana Budaya ni.time bujang ni pergilah konsert mana nak pergi. dah kahwin, ada anak dok rumah jelah.
ReplyDeletehaha btol cc.. sup dia biasa je. tp ada msanya orang sgt rmai.maybe sbb gerai dia sempoi je kan kat tengah2 KL tu.
Delete