Tuesday, November 17, 2015

ISI MASA | SUDUT PANDANG MUHYIDDIN YASSIN

Assalamualaikum...

Sudut Pandang Muhyiddin Yassin dicetak pada tahun 2012 yang mana pada ketika itu beliau masih lagi memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran.

Buku ini merupakan cenderahati yang aku terima semasa Majlis Amanat Tahun Baharu Kementerian Pelajaran Malaysia. Masa dapat, aku tak rasa berminat untuk mendalami apa yang ditulis di dalam naskhah ini.

Cuma kebelakangan ini, aku perhatikan banyak buku yang belum aku sentuh dan masih elok tersusun di atas rak buku.

Aku ambil masa seminggu untuk habiskan bacaan. Tidak sia-sia menghabiskan tempoh seminggu menghadap buku ini.

Buku ini adalah wawancara bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan dengan dasar-dasar baharu yang beliau laksanakan sejak memegang jawatan Menteri Pelajaran.

PPSMI, had pengambilan subjek SPM kepada 10 matapelajaran, kontroversi novel Interlok, Sejarah dijadikan subjek wajib lulus, sejauh mana memartabatkan profesion perguruan, pendidikan vokasional dan teknik serta beberapa isu lain beliau kupas dan berikan penerangan.

Terdapat beberapa dasar baharu yang dilaksanakan yang kurang berjaya seperti PPSMI dan digantikan dengan Memartabatkan Bahasa Melayu Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan oleh pelajar-pelajar.

Aku galakkan cikgu-cikgu untuk baca buku wawancara ni sebab isu-isu yang dikupas sangat dekat dengan mereka.




"Leader becomes great, not because of their power but because of their ability to empower others"
 - John Maxwell

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment