Tuesday, November 17, 2015

AKTIVITI HUJUNG MINGGU | TENGOK KAPAL DI KLIA 2

Assalamualaikum...

Sabtu lepas member ajak lepak tengok kapal kat KLIA 2. Entah apa mimpi dia, tetiba ajak, padahal sebelum ni dia tak tunjukkan minat sebab takut tengok kapal nak mendarat.

Alhamdulillah, cuaca petang sangat cerah. Dalam pukul 6.00 petang jugak kitorang gerak ke KLIA 2. Sedang elok lah matahari tak berapa nak terik.



 Dari jauh nampak lampu




Melajukan degupan jantung bilamana kapal berada atas kepala.

 Terbanglah setinggi mana, ke landasan juga kau kembali.
Gambar acah-acah pose tetap terselit sementara tunggu kapal menghampiri landasan.

Bila aku post gambar kapal kat FB, ada kawan-kawan pernah tanya kenapa aku suka lepak tengok kapal terbang?

Jawapan aku?

Aku rasa tenang bila tengok kapal berlepas dan mendarat. 

Buatkan aku teruja nak pergi bercuti dan bila aku tengok kapal, terimbas balik pengalaman aku pertama kali naik flight. 

Sudah lah kali pertama naik flight, pergi sorang-sorang pulak tu. Destinasi aku waktu itu adalah ke Kuching, Sarawak.

Kenangan semuanya tu.

Puas tengok kapal naik turun, dekat Maghrib juga kitorang gerak balik. Kebetulan waktu lalu Masjid KLIA, sedang elok azan Maghrib berkumandang.

Singgah sebentar tunaikan kewajiban sebagai hambaNYA.

My first experience solat di Masjid KLIA. Subhanallah..cantik seni reka dalaman masjid ni. Mari menuju kepada Yang Satu.

"Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat apa yang anda mampu"
- Randy Paunch

3 comments:

  1. bestkan bila tengok kapal terbang berlepas n landing. last pergi sebulan lepas...

    ReplyDelete
  2. Salam...boleh share x cara nk sampai sini..sitiha75@gmail.com

    ReplyDelete
  3. sama. nak sangat prgi tempat tengok kapal ni, tapi tak tahu jalan. Boleh buatkan post camne nak pergi ke area tu?

    ReplyDelete