Monday, December 21, 2015

AKTIVITI HUJUNG MINGGU | LAMAN SENI 7, SHAH ALAM SELANGOR

Assalamualaikum...

Ini adalah cerita pada 12 Disember 2015 (Sabtu)

Lama sudah tak menjejakkan kaki ke Shah Alam. Kalau sebelum ni, ulang alik setiap hari Ahad dari Sepang-Shah Alam masa sambung degree secara PJJ. Tapi malangnya, pengajian tergantung sebab tak boleh nak bawak. Rugi sangat-sangat. Benda dah lepas, tak payah nak disesalkan.


Bila sorang kawan lama ajak jumpa di Shah Alam, aku on kan je walaupun pada asalnya malas nak keluar. Member lama ni kerja kat Balai Polis di Perak, dia datang Shah Alam sebab follow husband yang ada meeting. Husband dia pun dah kenal aku dengan Oii lama dah, so dia bagi green light kat kitorang untuk lepak-lepak.
 
Aku pun tak tahu apa yang bestnya di Shah Alam, kebetulan memang nak ke Seksyen 7 sebab nak cari makan, singgah terus ke Laman Seni 7, Seksyen 7, Shah Alam. Nak cari tempat ni senang je, berdekatan dengan pintu UiTM. Di kawasan Jakel, Sugarcraft, Pearl Haya, Fareeda dll tu. Memang kawasan butik muslimah semua.

Lokasi yang paling tepat untuk set GPS ialah di Jalan Plumbum Q 7\Q,Seksyen 7, Shah Alam.

Laman Seni ni terletak di lorong belakang deretan kedai-kedai. Kalau sebelum ni kita beranggapan lorong belakang kedai adalah satu kawasan yang kotor dan dipandang sepi, tapi kali ni Majlis Perbandaran mengambil satu inisiatif untuk menarik taraf lorong-lorong belakang sebagai satu kawasan yang berseni dan tidak menakutkan untuk kita lalu.

Apa yang ada di Laman Seni ni?

Di sini terdapatnya street art di dinding-dinding belakang kedai. Kalau datang sini, boleh abadikan gambar dengan macam-macam gaya sebab di sebalik lukisan, ada cerita yang ingin disampaikan.

Street art di mana-mana pun dah ada. Yang paling popular semestinya di Penang dan Ipoh.
  
Nak bergambar kat Street Art Penang tu, tak tahulah bila berkesempatan nak pergi. Jadi, kita layan yang dekat-dekat ni je lah dulu. Kalau ada kesempatan, boleh pergi yang kat Penang dan Ipoh. InsyaAllah.

Time datang ni, hp aku bateri dah nazak. Jadinya, tumpang bergambar kat hp Oii. Pakai i-phone tapi kualiti gambar macam bukan i-phone je. * matila nak kena maki berbakul-bakul dengan pengguna i-phone tegar.

Kalau rajin, korang boleh bergambar pada satu-satu lukisan yang ada. Macam kes aku ni, aku tak berapa nak rajin. Jadi, ambik gambar kat mana-mana lukisan yang aku berkenan sahaja. Next time, kalau datang ke sini lagi aku nak snap kat semua gambar. Bukan selalu datang sini kan?


Ni kes mengumpat kut.. ke tengah syok mengata..  dah jadi habit manusia, suka mengata, mengumpat, mengutuk orang.. tak semena-mena, aku pun jadi kepochi nak tau apa yang dorang tengah umpatkan.

Al-Fatihah untuk tiga orang seniman tanah air yang sangat menghiburkan. Tak pernah jemu untuk tonton filem-filem lakonan mereka. Filem-filem dulu penuh dengan jiwa.

Penjara Pudu dah kena roboh, tu yang kena pindah ke penjara baharu. Kita gelakkan dia.. Sape suruh buat jahat, kan dah kena tangkap.




Campak-campak eskrem ke dinding. Melting katanya.


Lama Seni.. Tulisan disebalik tulisan.

Hehehhe tak tahan nak  membuang ke??


Gigih kakak tudung Fareeda tahan kaki adik tu.

Terima kasih.

2 comments:

  1. Boleh berlakon ni fendi. gaya dah ada tu. selalu ajak suami ke sini. jawapannya susah nak parking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhehhe..dpn kengkawan bole le buat aksi sket2..parking area sni penuh.kbtulan msa pegi tu, ada jugak kosong..

      Delete