Tuesday, March 31, 2015

KESIMPULAN BERCUTI DI PULAU DEWATA, BALI

Assalamualaikum...

Selepas bercuti di Bali, apa yang boleh aku kongsikan adalah :-


1. Kebanyakan orang akan menginap di Kuta atau Legian. Seperti yang telah aku ceritakan yang Legian lebih kepada bar dan pub dan banyak hotel-hotel bajet. Manakala Kuta banyak hotel mewah. Di sekitar Kuta banyak restoran.


2. Kalau nak explore Kuta dan Legian, dicadangkan jalan kaki sahaja sebab dua tempat ini adalah bersebelahan. Kalau nak sewa motor pun boleh juga tapi nanti tak nampak sangat apa yang ada di sepanjang jalan sebab fokus pada pemanduan.


3. Seminyak adalah tempat yang best. Sepanjang jalan banyak butik dan pub. Orang kata tengok sunset kat Seminyak best tapi bagi aku tak ada yang menarik. Pantainya kotor dan banyak anjing berkeliaran.


4. Pantai Kuta dan Legian punyai ombak besar. Sebab tu omputih suka datang dan surfing. Cuma, pantainya kotor dengan sampah.


5. Hari minggu Pantai Kuta sangat meriah macam PD. Terdapat jualan dan penduduk ambik kesempatan beriadah bersama keluarga.


6. Sewa motor di sana sehari RP60.000. Kira murah dan mungkin boleh dapat lagi murah. Pastikan dapat motor yang cantik dan masih dalam keadaan baik. Untuk langkah berjaga-jaga, dapatkan dahulu International Licence dari JPJ. Kalau tak silap, bayaran adalah RM150.00.


7. Kalau nak explore Bali, kita ada banyak pilihan. Kalau berani nak drive atau bawak motor, boleh sewa dan bawa sendiri. Tapi jalan di Bali sempit dan kena lalu kawasan kampung. Perjalanan ke satu-satu tempat pun agak mengelirukan. Keduanya kalau nak sewa Pak Supir lagi mudah. Cuma sediakan duitnya sahaja dan kita boleh pergi ke mana-mana. Ketiganya, di tepi-tepi jalan disediakan perkhidmatan pakej-pakej pelancongan. Kalau nak, boleh book terus dari mereka.


8. Harga teksi di airport ke tempat penginapan agak mahal walaupun sebenarnya airport ke Kuta dan Legian tu dekat saja. Kalau berani, boleh keluar dari airport dan tahan teksi Blue Bird Group. Jangan keliru, sebab teksi-teksi di Indonesia ni warnanya kebanyakan biru. Blue Bird warnanya biru cair dan di cermin hadapan ada tulis Blue Bird Group. Caj menggunakan meter.


9. Kalau kau bercuti secara backpacker, kalau dari tempat penginapan nak ke airport pula, tahan saja ojek. Caj dikenakan lagi murah. RP20.000 sahaja. Kalau baik hati, bagi lah tips sikit kat tukang ojek tu.


10. Harga barang di Kuta dan Legian agak mahal. Kalau nak beli cenderahati, better cari di Krishna atau lain-lain pasar di kawasan perkampungan seperti Ubud dan Kampung Bali.


11. Hotel bajet memang banyak, tapi pastikan pilih hotel yang betul-betul bagus dan selesa. Nampak di web, macam cantik tapi hakikat sebenar, hurmmmm....Untuk dapatkan harga yang lebih murah, booking lah dari Booking.com atau Agoda atau yang sejenis dengannya.


12. Majoriti penduduk di Bali beragama Hindu. Jadi, di sana memang bersepah Pura. Kalau lalu di kaki lima kedai pun bau bahan-bahan sembahyang dorang.

13. Jangan ingat Pulau Bali tu kecil. Bali agak besar dan tempat-tempat pelancongan yang popular jaraknya adalah jauh dari satu tempat ke satu tempat. Jangan berangan nak explore dalam sehari. Penat untuk perjalanan sahaja.

14. Di mana-mana pun parkir kenderaan kena bayar. Murah sahaja cuma RP2000.

15. Kalau rasa tak confident nak makan makanan yang halal, boleh pergi makan di restoran makanan Padang yang memang banyak di sekitar Kuta dan Legian. InsyaAllah Halal.

16. Kalau kita memandu (bawa motor atau kereta), kena sentiasa berhati-hati dengan teksi yang berada di hadapan kita kerana mereka akan sentiasa brake emergency untuk mengambil penumpang.


17. Kenderaan di sana akan sentiasa membunyikan hon sebagai tanda peringatan kehadiran mereka.


18. Omputih kat sana lebih selesa menaiki motorsikal dan jalan kaki sahaja.


19. Kalau lalu di gerai-gerai cenderahati, jangan terkejut kalau nampak ukiran kemaluan lelaki. Bersepah-sepah ukiran bentuk macam itu dijual. Ada yang besar dan ada yang kecik.

20. Harga di airport Bali kebanyakannya menggunakan USD. Jangan terpedaya.

21. Pastikan survey dan dapatkan maklumat mengenai kedudukan tempat pelancongan yang hendak kau pergi. Survey awal-awal dari Malaysia lagi dan ambil tahu mengenai bayaran masuk dan sebagainya serta apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di satu-satu tempat itu.

22. Popularnya Jimbaran kerana ada restoran menghadap laut sambil disajikan dengan kumpulan busker. Aku tak singgah pun sebab orang kata harga seafood mencekik darah.


Nota kaki:
Silent

CUTI CUTI | PULAU DEWATA, BALI : KEMBALI KE MALAYSIA

Assalamualaikum...

24 Mac 2015

Pagi terakhir di Pulau Dewata - Bali. Badan dah rasa tak sedap. Tapi kena gagahkan diri jugak untuk kemas barang-barang. Flight balik ke Malaysia pukul 1.05 petang. Untuk pagi ni, memang aku tak ada plan nak ke mana-mana pun sebab aku dah plan tahun depan nak ke Bali lagi untuk cover balik tempat yang aku tak jejak.

Pukul 10.00 pagi aku dah check out dan pulangkan speda motor kepada owner nya. Mula-mula ingat nak tahan teksi untuk ke airport tapi tiba-tiba ada sorang mamat ni offer naik ojek. Katanya RP20.000(RM5.80) sahaja. Kalau naik teksi, mahunya dalam RP70.000. Ok lah, oleh sebab aku ni jenis sempoi orangnya, aku decide naik ojek je lah. Senang hati mamat tu bila aku terima pelawaan dia. Dia tanya nama dan agama aku. Bila aku cakap aku Muslim, kedengaran nada suara dia teruja sebab katanya dia juga Muslim. Naik ojek ni, dia lalu jalan short cut. Tak sampai 10 minit, dah sampai airport. 

Check in di kaunter dan selesai. Tiada airport tax dikenakan sebab aku dah bayar masa di KLIA2. Baru lah aku tau kenapa aku kena bayar tax di KLIA2. 

Nampaknya, duit belanja aku masih berbaki banyak ni. Jadi, aku meronda-ronda dan cari kedai souveniour dan makanan yang menawarkan barang dengan menggunakan matawang RP. Di sini je aku dah habiskan RP384.000(RM111.36).








Aku sampai Malaysia pukul 4.00 petang dengan keadaan badan dah menggigil-gigil sebab simptom demam dah melanda. Jarak dari tempat landing ke balai ketibaan punya lah jauh. Ambil ERL dari KLIA2 ke ERL Salak Tinggi dengan tambang RM3.20.

Masuk je rumah, aku dah flat dan terbongkang atas katil menahan sakit kepala dan badan.


Perbelanjaan yang dikeluarkan :

Ojek : RM5.80
Beli Belah : RM111.36
Tambang ERL : RM3.20
Jumlah : RM120.36

Belanja keseluruhan di Bali : RM768.21

Nota kaki:
Trip seterusnya adalah Hatyai & Krabi

CUTI CUTI | PULAU DEWATA, BALI : JALAN-JALAN KUTA, LEGIAN & SEMINYAK

Assalamualaikum...

23 Mac 2015 (Kuta)

Bangun tidur, terus siap-siap untuk breakfast. Aku dah check in untuk hotel kedua di Kuta. Hotel yang aku inap adalah Agus Beach Inn. Harga untuk 2 malam adalah RP384.000(RM111.36). Bilik aku betul-betul bersebelahan dengan receptionist.


Hotel ini penuh dengan ciri-ciri Bali.

Perancangan awal aku untuk hari ke-4 adalah sewa motor dan gerak ke Tanah Lot. Masa lepak-lepak di lobi hotel, aku berbual dengan seorang Indonesian ni. Dia bercuti dengan sepupu dia, kemudian dia ajak aku ke Tanah Lot sama-sama. Aku cakap tunggu aku dapat sewa motor baru aku bagi kata putus.

Lepas breakfast, aku jenjalan ke pantai sekejap. Mengambil angin laut di awal pagi katanya. Padahal setiap masa aku ke pantai. Apa jadahnya pun aku tak tau.








Dalam pukul 10.00 pagi, aku berjaya sewa motor skuter dengan bayaran RP60.000(RM17.40) selama 24 jam. Gembira sangat bila dapat sewa motor, tapi bila aku bapak owner motor ni, lesen Malaysia boleh guna di Indonesia ke tidak? Dia cuma senyum dan jawab kalau kena tahan dengan Pak Polisi, hulurkan sahaja RP50.000. Aiyak RP50.000 tu bersamaan dengan RM14.50 tau tak? Semalam masa aku ke Uluwatu, ada dalam 2 roadblock. Kalau hari ni aku pergi Tanah Lot dan ada roadblock macam mana? Kalau tiba-tiba ada 3 atau lebih roadblock?? 

Aku dah serba salah. Terus aku batalkan niat nak ke Tanah Lot dan aku Whatsapp kat mamat Indonesian tu bagitau tak jadi nak follow. Aku terus gerak ke Krishna dan sebelum tu aku isi petrol RP18.000(RM5.22) untuk full tank.

Kau tau Krishna tu tempat apa? Itu adalah tempat shopping souveniours atau ole-ole Bali. Kat situ kau boleh dapatkan T-Shirt, makanan dan juga lain-lain ole-ole. Aku tak rancang nak beli souveniours banyak-banyak. Sebagai nak cukupkan syarat dan singgah ke Krishna, jadi aku beli makanan untuk aku dengan harga RP37.000(RM10.73). Bayaran parkir motor pulak RP2000(RM0.58).


Pusing punya pusing, tak tahu nak beli apa. At last, beli lah dua benda ni untuk isi perut di tengahari.

Bagi yang suka shopping beriya sangat tu, dicadangkan singgah ke Krishna. Orang kata di tempat lain ada juga yang harga barangnya murah-murah tapi aku tak pergi pun.

Tengahari sangat lah panas. Aku cuma pakai short dan t-shirt lengan pendek. Kulit yang memang dah gelap ni bertambah-tambah gelap sebab berjemur.

Aku dah tak nak pergi tempat lain dan aku putuskan untuk balik ke hotel sahaja. Dalam perjalanan balik, ada roadblock. Hahhaha...matilah aku. Nasib baik Pak Polisi tak tahan. Alhamdulillah!!!

23 Mac 2015 (Legian)

Bila hari dah petang dan redup-redup, aku keluar semula untuk lepak di Pantai Legian.


Hotel Pullman Legian, Bali.



Kotor kan pantai dia? Sampah bersepah-sepah.


Dioffer untuk surfing. Hehhe takpe, tak berminat.

Pekena KFC di Kuta Square. Ayam 2 ketul dan nasi organik. Makan ayam KFC dengan nasi. Layankan lah.

Petang-petang hari, perut dah lapar. Jadi aku singgah ke KFC di Kuta Square dan pekena ayam KFC dengan nasi. Harganya RP47.000(RM13.63).

23 Mac 2015 (Seminyak)

Orang kata, pemandangan sunset tercantik adalah di Seminyak. Tapi iye ke tidak?

Dari Kuta - Legian ke Seminyak tidaklah jauh mana. Dalam 15 mins je dah sampai dengan menunggang speda motor.

Masuk adalah percuma. Parkir  juga percuma. Pantainya biasa-biasa sahaja. View sunset sama juga seperti di Kuta. Mungkin yang orang kata view cantik tu bila kau dalam suasana romantis duduk minum-minum di kafe mewah di hotel-hotel tepi pantai tu.

Banyak jualan makanan tapi yang tak menyeronokkan bila peniaga melayan dan beri makan kepada anjing di tepi gerai jualan mereka. Potong stim betul lah. Di pantai juga banyak anjing berkeliaran. Anjing-anjing tu tak kacau orang pun.

Amaran Tsunami.

 Anjing pun nak mandi laut

Bersantai-santai di tepi pantai.






Macam ada emas di kaki langit




Kat belakang tu kafe untuk hotel-hotel mewah

Syiok sendiri kat tepi pantai.


Perbelanjaan yang dikeluarkan :

Bayaran Hotel : RM111.36
Sewa Motor 24jam : RM17.40
Petrol : RM5.22
Makanan di Krishna : RM10.73
Parkir : RM0.58
Jumlah : RM145.29

Nota kaki:
Rugi sebab tak pergi Tanah Lot. View best tu..



Friday, March 27, 2015

CUTI CUTI | PULAU DEWATA, BALI : KOPI LUWAK

Assalamualaikum...

22 Mac 2015

Orang kata, kopi di Bali adalah antara yang terpopular dan tersedap. Itu orang kata, tapi aku bukan penggemar kopi. Selepas keluar dari kawasan Uluwatu, aku ke tempat pemprosesan kopi luwak yang berdekatan.

Rasanya banyak juga tempat proses kopi luwak ni.

Tiada bayaran yang dikenakan untuk masuk.

Bila masuk sahaja, kita akan disambut oleh pekerjanya dan mereka akan menerangkan satu persatu tumbuh-tumbuhan yang ada di situ dan serba sedikit mengenai pemprosesan kopi.

Pekerja kat situ ber'speaking' saja dengan aku, jadi aku pun layankan lah membalas dengan menyepiking jugak walau hakikatnya English aku ke Laut China Selatan.

 Pokok Vanilla

 Pokok nanas dan pokok pisang

 Pokok manggis

Ini adalah pokok kopi Arabica

Selepas diperkenalkan dengan pokok-pokok, dia perkenalkan aku pada yang bawah ni pulak :-

 Kopi yang telah dijemur, kulit manggis untuk dibuat teh dan juga bahan-bahan herba untuk teh




 Katanya ini adalah biji kopi yang telah dibersihkan daripada najis luwak

Ini adalah luwak iaitu sejenis musang yang akan diberi makan kopi. Kemudian, kopi itu akan dikeluarkan bersama najis. Lalu ke nak minum??

Cara-cara memproses kopi mudah sahaja. Seperti di bawah:-

 1. Biji kopi yang telah dijemur akan disangai dahulu sehingga bertukar warna

 2. Kopi akan ditumbuk menjadi halus

3. Kopi yang telah ditumbuk akan diayak bagi mendapatkan serbuk kopi yang berkualiti sahaja.

Selesai sudah sesi pembelajaran membuat kopi untuk hari ini. Seterusnya, kami dihidangkan dengan air kopi dan teh untuk dicuba. Jika berminat untuk mencuba kopi luwak, caj dikenakan sebanyak RP50.000. Aku tak cuba pun sebab aku tak minat kopi. Apatah lagi kopi yang keluar dari buntut luwak. Keh3..


 Turutan dari kiri ke kanan atas ( No. 1, 2, 3, 4 )
Turutan dari kiri ke kanan tengah ( No. 5, 6, 7, 8 )
Turutan dari kiri ke kanan bawah ( No. 9, 10, 11, 12 )

Kau tengok bawah ni pulak. Itu lah jenis-jenis minumannya.

Apa yang aku boleh simpulkan, teh-teh dia memang best giler. Kopi dia pun ok. Berbaloi dapat merasa free. Ingat nak beli buat souvenior tapi mahal pulak.


Perbelanjaan yang dikeluarkan :

Beli air mineral (3botol) : RM9.86
Jumlah : RM9.86

Nota kaki:
Red Ginger Tea memang terbaik. Bagus untuk buang angin

CUTI CUTI | PULAU DEWATA, BALI : ULUWATU

Assalamualaikum...

22 Mac 2015

Destinasi seterusnya adalah tempat yang betul-betul aku teringin nak pergi iaitu Uluwatu. Uluwatu adalah satu kawasan tebing yang mana menghadap Lautan Hindi. Pemandangannya...Subhanallah.. Kat sini aku memang betul-betul teruja.

Bayaran masuk adalah RP20.000(RM5.80) untuk seorang dewasa dan kita perlu pakai kain yang disediakan sepanjang berada di dalam kawasan Uluwatu. Ada jenis kain untuk lilit pinggang dan ada kain jenis besar yang macam skirt tu. Aku ambik yang besar sebab nak tutup kaki. Hehhehe panas sangat.

Kalau orang tanya apa yang bestnya di Uluwatu? Jawapannya adalah the view. View yang kau akan sebut "wow". Menjelang Maghrib, akan ada persembahan Kecak Dance tapi aku tak berkesempatan nak tengok sebab aku datang tengahari.

Orang kata Kecak Dance di Uluwatu sangat best sebab boleh tengok sunset. Jadi, feelingnya tu lebih la sikit. Ye tak?

Nah aku belanja gambar. Layan gambar aje lah ye. Kalau nak tau lebih lanjut pasal Uluwatu, boleh google.














 Omputih belakang tu selamba je cross the border walaupun dah ada signboard melarang.



Di sepanjang laluan tu, memang kita akan disajikan dengan view laut lepas. Kalau kau beruntung, boleh terserempak dengan monyet.

Monyet memang banyak tapi waktu aku datang tu, cuma dengar suara je, monyet-monyetnya tengah makan. Kalau datang sini, kena hati-hati. Segala sunglasses, air mineral dan handbag kena pegang betul-betul. Depan mata aku monyet panjat badan sorang minah saleh pastu dirampasnya sunglass. Monyet zaman sekarang sudah pandai bergaya.

Di sini juga terdapatnya Pura yang hanya akan dibuka bagi tujuan sembahyang sahaja.


Nampak kat kat hujung atas tu? Situlah Pura nya.

 Ombak dia memang gile best.

Kagum sekejap.





Kain purple tu yang wajib pakai. Dengan berpeluhnya, kain tu asyik terlondeh. Bila tengok balik, aku ni pakai kain sampin ke pakai skirt??

Aku rasa monyet-monyet tu jaga Pura-Pura di sini.

Perbelanjaan yang dikeluarkan :

Bayaran Masuk : RM5.80
Jumlah : RM5.80

Nota kaki:
Dah terasa penat walaupun baru 3 tempat pergi