Tuesday, April 28, 2015

MAKAN MAKAN | BOAT NOODLE D'PULZE CYBERJAYA

Assalamualaikum...

Boat Noodle dah ada di D'Pulze, Cyberjaya..

Bila bukaknya aku pun tak tau. Mungkin dah lama, cuma aku je yang baru tau. Kesian kat aku.

Lepas majlis APC, aku ajak Yus lepak kat sini.

Balik rumah awal-awal pun bukan mendatangkan hasil kan? Baik jenjalan cuci mata lagi bagus.

Macam biasa, lepak sini wajiblah pekena noodle dia.





 Kiri | Suka sangat yang ni tapi rasa dia memang maha pedas..
Kanan | Masih fail nak mengingat nama menu.


Thai Tea dia memang best. Langgar pantang sebab minum ais. Boleh dimaafkanlah sebab sedap.

Senarai makanan yang di order pada hari kejadian.

Nota kaki:
Repeat lagi next time.

AKTIVITI 25 APRIL 2015

Assalamualaikum...

25 April 2015

First time jogging kat Taman Saujana Hijau, Presint 11 Putrajaya. 

Boleh tahan best jugak jogging kat sini. 

Next time nak datang lagi..



Memang pecah peluh sebab kawasannya berbukit. Baru lah rasa mencabar kan jogging kat kawasan macam tu.

Aku memang lemah bab mendaki bukit. Kau suruh la aku lari kat jalan rata selama mana pun, InsyaAllah aku boleh bertahan. Tapi kalau disuruh mendaki, rasa macam sesak dada. Hurmmm..tetiba teringin nak ke Broga lagi..

Nota kaki:
Sendiri tak tahu motif entry ni. Keh3..


MAJLIS APC 2014

Assalamualaikum...

Selesai dah Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2014 Jabatan Perdana Menteri. Lega.. Majlis di Dewan Perdana, PICC.

Dia punya lega tu macam lah aku yang jadi urus setia pulak ye?

Majlis berlangsung dalam 2 sesi. Pagi dan petang dan Pejabat aku punya turn adalah pada sesi petang. Jadi, pagi tu kena masuk opis. Siapkan dulu kerja-kerja yang masih ada. 

Pukul 11.30 pagi aku dah gerak ke PICC sebab disediakan lunch. Jadi, kena isi perut dulu. Selesai lunch, tunaikan solat dan dalam pukul 2.00 petang, aku masuk ke hall dan cari seat yang disediakan.

Nombor giliran naik pentas pula adalah 1686.

Majlis petang dihadiri oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Zabidi Zainal. Sesi pagi dihadiri oleh Tan Sri KSN.

Untuk sesi petang takde ucapan. Alhamdulillah.. tak payah ambik masa yang lama dan tak payah dengar orang berucap.

Buku program. Cari nama sendiri dalam buku.

Geng-geng PT(P/O). Yang hujung baju hitam tu EO.


Dah le bergambor pakai hp aku, disuruhnya aku plak yang ambikkan gambor. Ini tidak adil.


Pasukan koir JPM. Bawak lagu dinding dinding Dato' CT tu. Lirik dia "disekelilingmu..ada dinding dinding yang menghadangi..menghalangi"..apa eak tajuk lagu tu?


Layan koir lagi. Turn kitorang lambat sangat.




Suasana dalam dewan. Meriah dengan warna merah.


Time ni melayankan persembahan nyanyian dari Istana Budaya. Dorang perform kat stage tepi.


Sempat aku snap gambar member ex-PICC. Yang tengah ambik sijil tu Haziman, yang tengah tunggu turn tu Mawi. Bukan Mawi AF tu.


Majlis keseluruhannya habis dalam pukul 5.00 petang. Sejurus habis, Ketua Pengarah Pejabat aku minta bergambar beramai-ramai. Tapi sampai hari ni, aku tak ambik lagi softcopy gambar tu. Lain kali je lah mintak.

Gambar dalam hall tak banyak aku ambik sebab hp aku habis bateri. Sedih benor dengarnya kan??

Aku tak terus balik, aku lepak-lepak kat lobi jumpa kawan-kawan saki baki yang masih tinggal kat PICC. 

Masa lepak lobi, Encik Din datang. Dia ajak bergambar...

Duduk macam ni dengan ber"tie" rasa macam pengacara tv pulak..

Sempat lah gelak-gelak dan borak-borak..

Dia tanya pasal kerja kat tempat baru. Sambil tu dia remind jangan lupa datang wedding anak dia 02 Mei nanti.

Sebelum En. Din balik, sempat lah sekeping gambar lagi..

Gambar kabur, kita salahkan paparazzi yang tangan parkinson.

Tengah melayan whatsapp dari kengkawan yang wish tahniah, paparazzi snap gambar lagi..

Fake.

Aku ajak paparazzi pergi Dewan Perdana semula sebab aku takde gambar kat backdrop. Kebiasaannya orang kerajaan ni bila ada majlis, tempat wajib untuk kenang-kenangan adalah di backdrop pentas. 

Gigih sangatlah. Orang bergambar time pentas tengah cantik, aku pulak sebaliknya. Blazer dah aku tanggalkan. Pakai blazer besar tahun 2010 punya. Huahua.

Ronda-ronda dalam Dewan Perdana. Jumpa dengan kengkawan kontraktor PICC yang aku kenal. Rindu teruk kat PICC. Rindu suasana kerja dan rindu kengkawan yang bekerja sama-sama.


Rutin biasa. Sehabis je majlis, kena kemas semula dengan segera untuk majlis lain.

Pusing satu hall jugak lah. Setiap sudut tu ada je kenangannya. Setiap ceruk dan setiap laluan mendatangkan memori. Hahhaha ayat kelako.

Bergaya ala-ala CEO jap. CEO ke Si Poyo??

Lepak punya lepak. Maghrib jugak aku balik. Tu pun tak terus balik. Lepak Cyberjaya pulak.

Nota kaki:
Kalau diberi peluang, memang nak kembali semula kerja di PICC tapi dengan pengurusan yang lama. 

Wednesday, April 22, 2015

BERITA GEMBIRA!!! APC 2014

Assalamualaikum...

Dapat berita gembira..


Nama tersenarai dalam penerima APC 2014. Apa APC tu? Anugerah Perkhidmatan Cemerlang nama penuhnya.


Tapi....


Cemerlang ke aku?


Aku anggaplah sebagai rezeki dari Allah. Tahun 2015 baru tahun ke 2 di jabatan ni tapi dalam perkhidmatan awam dah tahun ke 9.


Kawan-kawan lain yang tak tersenarai tu bukanlah tak cemerlang, dorang sama-sama cemerlang cuma tahun ni aku mewakili yang lain-lain.


InsyaAllah tahun depan dan tahun-tahun akan datang dorang pulak yang terima.


Anugerah ni adalah anugerah ke dua aku terima. First dulu masa APC 2009 di bawah jabatan sebelum ini. Tak sangka pulak dalam tempoh 9 tahun, dah dua kali dapat.


Bak kata member aku,


"nanti mintak tukar, masuk jabatan baru dapat APC lagi. Memang hidup kau kumpul APC je kan?"


Matlamat dalam perkhidmatan awam memang nak kumpul senarai APC sampai pencen.

Hahha..

Esok berlangsungnya majlis APC 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Nanti aku update cerita majlis.

Okbai !!


Nota kaki:
Bahagian rezeki Allah dah tetapkan setiap orang


Tuesday, April 21, 2015

BUKIT JUGRA, BANTING SELANGOR

Assalamualaikum...

Rupanya di Banting ada tempat yang menarik untuk dikunjungi dan melakukan aktiviti paragliding. 

Di mana lokasinya?

Bukit Jugra, Banting...

Kunjungan ke Bukit Jugra adalah secara kebetulan. 

Pada mulanya bawak Oey ke Bangi untuk hantar Mr. City dia yang kena langgar ke bengkel untuk ketuk dan cat.

Kemudian, bawa Mr. Viva akak aku ke bengkel di Dengkil untuk kenalpasti bunyi kat kereta tu.

Dan bila dah ke Dengkil, lajak sikit  tengok rumah Fauzan yang dalam pembinaan. Jangkaannya tahun ni siap. Cuma jalan penghubung masih belum ada.

Bila semua dah selesai, aku bawak dorang ke Banting. Mula-mula aku pancing kata nak bawak makan rojak dan cendol kat Banting. Dah sampai Banting, aku terus drive ke Bukit Jugra.

Ini adalah kali ke 4 aku ke Banting, jadi aku dah tahu jalan nak ke sana cuma nak ke Bukit Jugra tu aku tak pernah sampai lagi.

Hanya signboard jadi penunjuk arah. 

Penunjuk arahnya adalah Balai Cerapan Bukit Jugra. Untuk lebih mudah, boleh on kan WAZE.

Nanti akan lalu ILP Banting, Politeknik Banting, TUDM Banting dan IKBN Banting. Kemudian ada Kolej Matrikulasi Selangor. Kalau korang nampak semua ni, kira betullah jalan korang tu.

Kena mendaki naik bukit. Mendaki guna kereta, kalau terlebih stamina, kau pegi la berlari naik atas. Tak sanggup aku. Nanti mati kekejangan separuh jalan. 

Kat atas bukit ni ada Jabatan Mufti Negeri Selangor. Kat lereng bukit ada jirat cina. 


Malam-malam berani ke lalu? Kalau aku, tak berani sangat lah..Terlompat-lompat antu cina sambut kedatangan aku nanti.


Waktu kitorang sampai, ada sekumpulan tengah tunggu turn untuk buat terjunan.


 Rumah Api Bukit Jugra



Layankan view jom.. Malas nak membebel banyak sebab tak banyak info yang aku tau.


 Apa nama sungai tu? 




Aktiviti paragliding dah bermula...







Mak aii.. Syiok gile dapat melayang-layang. Cuba bayangkan kalau diorang jatuh dalam sungai tu.

 Kalau kitorang yang main paragliding tu, tak terbang pun nanti, terus jatuh ke bawah. Setuju tak??

 Mereka yang tengah tunggu turn dan ada yang tunggu partner masing-masing

Macam biasa, tepek muka sendiri. Nak cuba gak aktiviti terjun bebas ni, tapi keyakinan masih belum ada. Eh sebenarnya berani je cuma tak dak masa.




Aktiviti ni kebiasaan dorang akan buat dari pukul 11 pagi sampai 2 petang. Mungkin sebab cuaca dan angin pada waktu tu yang paling baik untuk terjun. Mungkin, aku taip mungkin. Kalau salah maaf ye.

Kitorang tak lama pun kat atas tu walaupun ikut hati aku nak explore lebih-lebih lagi. Oleh sebab Oey dah ada temujanji dengan Masirah & Seng, kitorang gerak balik tapi on the way balik tu singgah lah pekena rojak & cendol kat Restoran Cendol Ibrahim Banting. Terletak di pekan Banting. Bersebelahan dengan Oldtown White Coffee Banting.

Apa istimewanya rojak dan cendol kat sini? Sedap ke tidak?

Takde istimewa pun. Sama je macam tempat lain. Rojak di gerai tepi jalan kat UNITEN Bangi tu lagi sedap.

Cuma...istimewa cendol kat sini adalah dari segi penyediaannya. Masih lagi menggunakan cara lama iaitu dengan mengetam. Dia tak guna mesin parut ais moden tu.


Khusyuknya dia minum cendol.

 Ini cendol.

Ini rojak.

Kalau korang rasa nak berjalan-jalan, aku cadangkan ke Banting sebab kat Banting ada je tempat best. Cintailah negara kita sendiri. Kempen Kementerian Pelancongan sangat ni.. Huuhuhu..

Nota kaki:
Oey ajak pegi lagi Sabtu ni. Macam menarik juga cadangan tu.

Friday, April 17, 2015

BALIK KAMPUNG - KG.TANJUNG LANGSAT, JOHOR

Assalamualaikum...

13 April 2015

Kalau dah duduk kampung, memang akan ada perasaan malas nak balik semula ke sini. Bukan selalu dapat balik kampung. Tapi kadang-kadang tu bila dah kat kampung, jadi geram pulak asyik gaduh adik beradik. Gaduh-gaduh manja saja, macam famili orang lain jugak.

Pagi hari, abang aku ajak pergi Kampung Tanjung Langsat. Tg. Langsat ni merupakan kawasan perindustrian dan terletak berdekatan dengan laut. Kat situ juga ada perkampungan nelayan.

 Dari sana nampak flight berlepas.






Jeti memancing. Time kitorang sampai, ada 3 orang pemancing dah nak balik. Tinggal yang sorang ni saje tak habis-habis memancing.




Gaya seorang ayah. Eh, ayah saudara.

Kalau petang-petang duduk hadap laut sambil melayan ombak dan kapal nelayan mesti best tahap dewa. Tetiba rasa nak bercuti tepi pantai lagi. *Matilah macam banyak duit sangat..

Selain daripada Kampung Tanjung Langsat, di kawasan ini juga ada Sarang Buaya iaitu taman buaya yang menempatkan buaya-buaya untuk tontonan. * Betul ke guna term tontonan??. Sayangnya, taman ni ditutup sementara untuk penyelenggaraan. Penyelenggaraan ke atau buaya dah terlepas? Ntah..tak tau..

Ambik gambar kat buaya batu ni pun jadilah..



Aku bukan buaya. Aku seorang yang setia.

Budak penakut. Buaya batu pun dia takut.

Tu kaki abang aku. Dia kata Crocodile sponsor patung batu tu dan katanya takde kena mengena dengan kasut cap buaya dia (brand Lacoste). Motipnya sekarang kau nak tunjuk kasut kau lah kan? Bongkak punya manusia. Keh3..

Sebelum balik rumah, singgah ke bengkel dulu sebab kereta viva akak aku ada keluar bunyi yang menyesakkan telinga. Rasa macam nak tercabut tayar bunyi macam tu. Orang bengkel sendiri tak dapat detect bunyi tu datang dari mana dan akhirnya bunyi tu masih kekal berbunyi.



Nota kaki:
Banyak tempat menarik kat kampung yang aku sendiri pun tak tau.