Assalamualaikum...
Salam Tahun Baru 2016!!!!
Tahun bertambah, tapi aku masih lagi menjadi orang yang sama dan berada pada situasi serta persekitaran yang sama.
Masuk tahun baharu, mesti cerita pasal azam - ahhh bosan..cerita sama..basi..azam yang diforward dari tahun lepas.. tahun lepas ke?? rasanya dari tahun 2006 lagi. Entah...
Masuk tahun baharu, pasti di kaca tv dan di fb penuh dengan gambar-gambar anak-anak kembali ke sekolah. Seronoknya..dengan baju baharu, beg baharu, alat tulis baharu.. serba serbi baharu. Dengan zaman segalanya perbelanjaan mahal, harapnya anak-anak jangan dimanjakan dengan segala permintaan mereka. Ajar mereka untuk berjimat cermat.
Terimbas kembali hari pertama masuk sekolah darjah 1. Aku tak bersekolah tadika, jadi tak ada kawan untuk buat teman. Mak hantar untuk hari pertama sahaja. Ingat lagi pesan mak, nanti waktu rehat kena tunggu depan kelas kakak (dia darjah 2), nanti rehat sama-sama. Sudahnya, dari awal tahun sampai akhir tahun aku rehat dengan kakak aku.
Orang lain dengan kasut baru, tapi aku cuma pakai kasut kakak aku sebab mak tak sempat nak belikan kasut baharu. Lagipun, kami adik-beradik 8 orang. Kalau semua nak baharu, memang tak larat mak dengan arwah abah nak cari duit. Nasib baik waktu tu aku sangat memahami keadaan keluarga. Takde kasut baharu pun tak apa sebab baju dan seluar serta beg sekolah aku baharu. Yang paling penting semangat nak bersekolah dan belajar. Bila dapat buku, dengan bau buku baharu, semangat semakin membuak-buak.
Awal-awal minggu persekolah di tahun baharu, cikgu masih belum mulakan sesi P&P. Waktu tu lah sesi nak bayar yuran, nak beli buku dan pengagihan buku sampailah ke satu hari tu, cikgu minta kami keluarkan apa-apa sahaja buku dan kami perlu baca.
Nak ketawa pun ada, sayu pun ada bila aku kenangkan balik kenangan dulu-dulu. Cuba bayangkan, aku budak yang tak bersekolah tadika. ABC pun tak tahu, 123 langsung tak kenal. Nak membaca? Sepatah haram pun aku tak reti. Cuma pandang gambar.
Toleh kawan sebelah, dia baca dengan penuh lancar. Penuh semangat. Aku pandang semula ke buku aku. Selak satu-satu helai dan terus menangis.
M.E.N.A.N.G.I.S
Menangis sebab aku rasa aku bodoh. Tak reti nak membaca. Orang lain sudah masuk gear 2, aku masih belum lagi mengenali fungsi-fungsi gear.
Bermula saat itu, aku tekad untuk belajar betul-betul sehinggalah bermulanya sesi pembelajaran yang sebenar. Alhamdulillah!!!! dalam tempoh seminggu aku dah kenal ABC, 123 dan sudah boleh membaca dengan baik.
Kenangan semuanya tu.. Kalau kita berusaha, pasti akan berjaya dengan izin Allah SWT.
2006-2016 - tahun ke 10 aku berkhidmat dengan kerajaan Malaysia sebagai Pembantu Tadbir. Walau kawan-kawan yang sama-sama diploma ada yang sudah naik gred 32 (sebab mereka masuk kerajaan dengan gred 27), tapi aku redha. Rezeki aku masih belum ada untuk pegang mana-mana jawatan bergred 27. Allah SWT sudah tentukan perjalanan hidup aku. Allah SWT hendak berikan sesuatu yang terbaik untuk diri aku di masa hadapan asalkan aku sentiasa ingat pada DIA. Aku sentiasa percaya dan bergantung harap pada DIA. Tahun ke-11, InsyaAllah boleh mohon untuk memangku gred 22. Kalau diberikan rezeki. InsyaAllah..
Tahun ini, cuti tahunan aku dah naik 25 hari. Bertambah cuti, bertambahlah "cuti-cuti". Itupun kalau ada rezeki lebih..Percutian yang dirancang ni pun masih belum mula menabung. Duit tabung yang sedia ada pulak terpaksa guna untuk bayar urusan peguam rumah (urusan gadaian hakmilik strata, sebelum ni bayar untuk pindah hakmilik strata). Kena menyimpan semula start dari zero. Harap-harapnya segalanya akan smooth dan tiada apa-apa bayaran lagi yang perlu dibayar secara tiba-tiba.
Eh..umur pun akan bertambah ke satu angka. 25 Mei nanti umur aku 32 tahun..Jodoh mana jodoh????? Mengharap sinar 2016...
OKBAI!!!!

"Jangan sesalkan masa lalu, Jangan khuatirkan masa hadapan, Pasti ada sinar di tahun baharu"
Terima kasih.
Terima kasih.
insyaallah. harap makan nasi minyak kamu tahun ni ye
ReplyDelete