Monday, February 22, 2016

AKTIVITI CUTI-CUTI | BERKELAH DI BAGAN LALANG, SEPANG

Assalamualaikum,

Halluuu everybody!!! Sihat ke tidak? Kalau tak sihat, sila pergi jumpa doktor..

Niat nak berkelah di Bagan Lalang akhirnya terlaksana juga masa cuti CNY yang lepas. My familia dan Maksu serta sepupu-sepupu aku datang rumah. Dah jadi macam tradisi pulak lah kan aku tak balik kampung time CNY.

Aku dah plan nak bawa ke tempat-tempat yang tidak memerlukan kos yang banyak. Berjimat cermat namanya. Salah satu aktiviti kami adalah berpiknik!!!!!! Itu sajelah tempat paling dekat dengan rumah. Kalau nak ke PD time musim cuti-cuti panjang memang cari nahas namanya. Cukuplah pengalaman tahun 2015 yang telah mematangkan kami untuk merancang dengan lebih bijak *gituh ayatnya...

Kami berpiknik pada 09 Februari 2016. Gerak dari Salak Tinggi dalam pukul 9.00 pagi sebab nak sampai awal. Lagipun, ikut perancangannya dalam tengah hari kami balik rumah.

Masa sampai di Bagan Lalang, sudah ada orang yang dirikan khemah. Tak pasti jam berapa dorang sampai kan. Lepas park kereta, terus cari port untuk bentangkan tikar. Kalau lambat-lambat nanti dapat pulak tempat yang panas kan. 

Oleh sebab orang takde berapa nak ramai, jadi kami dapat port bawah pokok.

Nak santai-santai saje kan. Lagipun kami tak bawak baju untuk mandi sebab masing-masing tak nak mandi laut. Tapi bila dah sampai tu rasa nyesal pulak tak bawa baju spare. Tengok anak buah aku berendam macam syiok pulak.

Kami takde bawa banyak makanan pun sebab dah breakfast di rumah. Bekalan kami cumalah bihun goreng, nugget, sosej dan jugak jajan-jajan buat tambah-tambah.

Air surut. Air akan pasang waktu petang.

Bila semua dah duduk, penuh terus tikar. Takde ruang nak baring-baring kuak lentang bagai.

Lain kali kena bawak tikar yang lebih besar. Maklum la, famili aku ni saiznya besar-besar. Time ni anak buah aku dah main air laut dengan bapa dia.

 Ni tinggal saki baki makanan. Apa lagi nak buat kan, duduk-duduk sambil makan saja lah. 



Aku tengok anak buah aku punya happy dapat main air laut, aku pun apa lagi..terus bukak selipar, join sekaki. Tengok-tengok kakak-kakak dengan sepupu-sepupu aku pun join sekaki. Enjoy your piknik guys!!!!!! Time to partayyyyyy!!!! * merepek..

Eh..sebelum tu kami main layang-layang dulu. Angin pun macam ada tak ada je. Layang-layang segan-segan nak melayang. 



Si gendut beraksi. Kejar layang-layang pulak dia.

 Tetap dengan topi frozen warna pink dia.




Tujuan asal aku nak smackdown je dia ni..Keh3..

Air dah semakin surut. Kalau tak diawas budak kecik tu, memang sampai ke tengah laut sanalah dia lari.

Mungkin anak buah aku feeling-feeling Baywatch. Dia siap tanggalkan baju seluar semua. Ish3..

Aksi mendengki anak orang. Nak sangat berendam kan??? Hambik ko!!!!

Bila dah puas berlari-lari mengejar anak buah, dah kenyang perut sebab makan tak henti-henti, dah puas tengok gelagat orang, kami kemas-kemas tempat sebab matahari sudah terik. Ikut yang dirancang memang nak gerak balik sebelum Zuhur.

Mak aku pun memang dah ajak balik sebab dah lama sangat katanya walaupun hakikat sebenar baru beberapa jam saja melepak-lepak mengisi masa cuti raya cina. Orang cina beraya, kita berpiknik.

Majoriti semua puas hati. Kami adik beradik ni susah nak berkumpul ramai-ramai. Bila ada peluang macam ni, rasa happy sangat. Ni kalau 8 orang dapat berkumpul, suasana piknik ni mesti jadi gaduh. Gaduh-gaduh manja je lah. Kami memang pantang jumpa, wajib ada drama usik-usik lepas tu gaduh.

"Family Is Like Music. Some High Note, Some Low Note But Always A Beautiful Song"

1 comment: