Wednesday, February 24, 2016

HAL AKU | VALUE OF MOMENT

Assalamualaikum,

Dikala keboringan melanda diri, aku menghabiskan masa dengan membelek-belek folder gambar-gambar lama. Saje nak mengimbau benda-benda lama. Boleh kurangkan rasa sakit hati dengan situasi kerja sekarang ni. Melayan manusia yang cerewet tak sudah-sudah, buat sakit hati.

Back to our topic, dulu-dulu aku suka snap-snap gambar, kemudian simpan. Lepas tu, edit sikit-sikit. Bila tengok-tengok balik, setiap gambar tu ada juga kenangannya.

Layan gambar dulu lah...


Pemandangan dari kuarters Presint 5. Sempat duduk 2 tahun di sini, kemudian aku pindah ke Salak Tinggi selepas secara tiba-tiba aku tekad beli rumah. View dari rumah menghadap Presint 20, nampak kawasan kubur sikit dan sentiasa disajikan dengan bunyi ERL lalu. Duduk kuarters ni tenang je sebab persekitaran masih belum membangun. Waktu ni, sekolah di bahagian hadapan masih dalam pembinaan.

Note dari adik-adik praktikal masa di PICC. Dulu aku sangat-sangat rapat dengan adik-adik yang buat praktikal sebab time tu aku jaga Pentadbiran & Sumber Manusia. Jadi, segala urusan mereka dari start permohonan sampai tamat latihan memang aku yang uruskan. Kiranya ni nota-nota yang mereka tinggalkan selepas tamat latihan. Rindu zaman-zaman ni semua.

Sekolah Seri Puteri Cyberjaya. Jangan terkejut pulak kami masuk sekolah ni. Kalau tiada urusan, memang tak jejak kaki sini. Waktu ni kami kena hantar barang-barang sekolah yang tertinggal di PICC. Bila dah buat event, banyaklah barang-barang yang tercicir, jadi tugasan kami kena hantar semula.

Pandangan dari bilik tidur rumah aku. Kalau musim berangin, bunyi daun-daun tu menderu-deru. Syiokkk je.. Aku suka duduk tepi tingkap, pandang langit, tengok kapal terbang lalu. View kalau sunset pun sangat nice. 

Koleksi miniature perfume dari CK. Beli masa bercuti ke Singapore tahun 2013. Setiap hari calit wangian yang berlainan. Sekarang ni perfume-perfume dah tak menjadi keutamaan. Banyak benda penting yang perlu aku fikir dari habiskan duit beli perfume.

Kononnya konsep gambar ni adalah patung cendana. Sempat bergambar dengan Fatin lepas habis Dinner bertemakan Color Blocking. Walaupun buat dekat office sendiri, tapi kemeriahannya tetap ada. Sekali lagi rindu teruk suasana kerja di PICC.

Yang ini aku saja-saja ambik gambar dalam toilet di awal pagi setiap hari di pejabat lama. Menjadi rutin kami bertiga, bila sampai office, terus berjemaah pergi toilet untuk setting rambut. Lepas tu, berjalan sesi luahan perasaan. Meluahkan apa-apa yang tak puas hati untuk hari-hari sebelumnya. Yang pakai baju hitam belang tu Arif. Yang cekak pinggang tu Rithauddin. Kitorang selalu je bertekak, tapi bertekak tu lah yang buat kami rapat.

Mengacau bubur lambuk sempena bulan Ramadhan. Dia punya haus dan penat tak usah cakap. Aku banyak skip mengacau bubur. Keh3.. Yang sama-sama mengacau tu ex-boss unit F&B. Sangat-sangat bersikap mak-mak dan sangat-sangat memahami kami sebagai anak buah. Tak pernah marah dan paling best dia akan membantu tugas-tugasan kami.  Yang lelaki tengah peluk tubuh tu pun bekas bos jugak. Dia sangatlah sempoi dan tak membebankan kami. Kalau nak compare dengan office sekarang..hurmm...

Majlis Konvokesyen Politeknik Port Dickson. Kami berempat ni housemate masa tinggal di Taman Intan, PD (zaman study dulu). Sorang saja yang masih bujang. Boleh teka kan siapa? Keh3. Sekarang ni aku cuma kerap jumpa dengan Oii je. Yang dua orang lagi memang susah sangat nak berjumpa walaupun Luqman kat KL, nak jumpa memang susah. Mazeli pula kat Bahau N9.

Program berbasikal warga PICC. Pada asalnya malas nak join sebab dah lama tak mengayuh. Tapi bila dah ramai-ramai berlepas, jadi seronok pulak.

"Sometimes you will never know the value of moment until it becomes a memory"

1 comment:

  1. kita sama fendi. dulu masa bujang kalau kat airport mesti membeli perfume. sekarang dok fikir duit baik beli susu anak. opis sekarang x best kan. sabar jelah.

    ReplyDelete