Friday, May 20, 2016

SPRING IN SEOUL KOREA | PERSEDIAAN

Assalamualaikum...

Bismillahiramanirahim...

Tiba-tiba kali ini ber"Bismillah" pulak. Bukan apa, mencari semangat dan kekuatan untuk menaip memori bercuti ke Seoul, Korea untuk kali yang kedua pada 11 sehingga 18 Mei 2016.

Dalam entry ini akan aku ceritakan mengenai harga tambang tiket penerbangan dan juga itinerary secara am dahulu. Aku kena abadikan dalam blog ini supaya next time kalau berpeluang ke Korea lagi, boleh aku jadikan rujukan dan berikan penambahbaikan.

Tiket Penerbangan

Tiket Air Asia X (Return) dari KUL-INCHEON-KUL = RM466.00 (tidak termasuk luggage & meals)



Web check in awal-awal. Tak perlu nak beratur sebab kitorang bawa hand luggage je.

Tiket flight ni Mus yang belikan untuk aku dan dahulukan duit dia, kemudian baru aku bayar. Kalau nak harapkan aku beli tiket, memang lepas untuk tambang diri aku saje lah jawabnya. Cerita pasal tiket flight ni, masa Mus called ajak pergi Korea, aku macam ragu-ragu nak pergi tapi dalam masa yang sama hati melompat-lompat nak ikut. Selepas berdrama swasta, dipujuk rayu, aku cair jugak. Lagipun harga tambang murah macam ni hanya boleh dapat bila Air Asia buat promosi RM0.00 untuk tambang. Siapa tak cair kan? Tambahan lagi, memang aku teringin nak ke Korea lagi. Masa first percutian aku adalah pada tahun 2013, waktu tu pergi dengan travel agent, so faham-faham sahajalah kan. Semua pergerakan kita based on jadual travel agent. Nak melencong ke mana-mana pun macam terikat sikit.

Kemudian, aku agak yang Mus tak akan dapat book tiket sebab memang kebiasaannya traffic web tu akan "hang" sentiasa tapi selang beberapa jam dia whatsapp dan beritahu yang tiket dah berjaya di"booked" dengan harga yang macam aku taip tadi. Perasaan waktu tu macam-macam ada. Risau ditambah dengan happy. Senyum-senyum sendiri jugak lah time tu. Maklumlah, nak bercuti lagi katanya... -) Bercuti di musim spring pulak tu.

Tapi kan, bila balik keje baru berkira-kira sama ada sempat atau tak nak kumpul duit untuk belanja ke sana nanti. Terpaksa aku mengikat perut, duit gaji simpan separuh demi nak bercuti. Gigih sangat hidup waktu tu.


Ahli rombongan percutian ini sepatutnya 4 orang, tapi seorang terpaksa tarik diri sebab dia sorang je perempuan. Lagipun dia ada masalah kesihatan katanya. Ok, alasan boleh diterima. Maka, cuma kami bertiga yang lelaki ni saje yang pergi dan kitorang yang bertiga ni adalah aku, Mus dan TJ. Mus ni member sekolah aku. Kitorang sangat jarang jumpa. Jumpa pun kalau time hari raya je. Kalau aku balik kampung pun tak sempat nak jumpa. Maklumlah, bila balik kampung memang spend time dengan famili. Kawan-kawan aku tolak ke tepi. TJ ni pula kawan kepada Mus dan TJ duduk kat Cheras. Jadi aku berkenalan dengan TJ melalui trip ini dan Alhamdulillah kami bertiga boleh "blend together".

Oleh sebab untuk tiket penerbangan dan penginapan Mus dah uruskan, jadi aku bagi sumbangan dari segi itinerary dan juga sediakan list tempat-tempat menarik untuk dilawati. Bersungguh-sungguh jugak aku tanya Mr. Google mengenai transportation di sana dan cara-cara untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sebenarnya, banyak tempat menarik yang tak sempat aku pergi masa kunjungan pertama dulu, jadi untuk kali ini, aku tak nak lepaskan peluang yang ada. Kena bercuti sehabis baik.

Untuk penginapan kitorang, details adalah seperti di bawah :-

Cute 2 BR
Usadan-ro 10-gil
Yongsan-GU
Seoul, South Korea

Laman web : Cute 2 BR

Jenis Penginapan : Apartment 2 bilik untuk 3 pax

Harga 1 Malam : RM287.00 / 3 orang = RM95.70

Kos Penginapan Untuk Seorang 8H 7M = RM670.00



Communicate dengan owner apartment by emel je. Mus forwardkan emel dari owner untuk makluman aku jugak. Baca dan khatamkan. Banyak rules yang owner berikan.

Kitorang pilih apartment 2 bilik yang terletak berdekatan dengan Itaewon, berhampiran dengan masjid dan gerai makan muslim. Cerita lanjut pasal penginapan akan aku coretkan dalam entry yang akan datang.

Kalau rajin survey, boleh dapat lagi murah untuk penginapan dan boleh ambil guesthouse yang tak kurang juga selesanya. Oleh sebab pemilihan penginapan ni Mus dah buat, jadi aku tak boleh nak komplen. I follow saje.


Ada 20 tempat yang aku listkan untuk pergi berserta dengan cara-cara nak ke sana by subway.

Ini pula itinerary yang aku "rancang" sepanjang 8H 7M di sana nanti :-

Itinerary
Day 1 Tiba di Incheon International Airport
(Rabu) Bergerak ke 2 BR Apartment by train
Rehat/Mandi/Solat
Dinner
Banpo Rainbow Bridge
Jalan-jalan di Itaewon
Rehat/Tidur
Day 2 Solat Subuh / Sarapan di apartment
(Khamis) Gerak ke Nami Island
Aktiviti di Nami Island
Eland Cruise
Myeongdong
Dinner/Rehat/Tidur
Day 3 Solat Subuh / Sarapan di apartment
(Jumaat) Gerak ke Everland
Aktiviti di Everland
Jalan-jalan Gangnam
Dinner / Jalan-jalan Itaewon
Rehat/Tidur
Day 4 Solat Subuh / Sarapan di apartment
(Sabtu) Changdeokgung Palace
Gyeongbukgung Palace
Gwanghamun Square
Cheonggyechon Stream
Dangdaemun / DPP
Doota Mall
Dinner / Rehat / Tidur
Day 5 Solat Subuh / Sarapan di apartment
(Ahad) Bergerak ke Hongik University
Aktiviti di Hongik University
Bergerak ke Ewha Womans University
Aktiviti di Ewha Womans University
Ihwa Mural Village
Insadong / Myeongdong
Dinner / Rehat / Tidur
Day 6 Solat Subuh / Sarapan di apartment
(Isnin) Bergerak ke Namsan Park
Aktiviti di Namsan Park
* Namsagol Hanok Village
* Seoul Time Capsule
* N Seoul Tower
Bergerak ke Korea Tourism Organization (KTO)
Nandaemun
Day 7 Solat Subuh / Sarapan di apartment
(Selasa) Buncheok Hanok Village
Songpa Naru Park -Seokchan Lake
Bergerak ke Lotte World
Aktiviti di Lotte World
N Seoul Tower di waktu malam
Myeongdong
Day 8 Bersiap-siap ke Airport
(Rabu) Terbang balik ke Malaysia

Persediaan Sebelum Terbang

Persediaan perlu dirancang awal. Kena listkan apa yang perlu dibawa dan apa yang tak perlu dibawa serta apa yang perlu di take note serta diambil tindakan sebelum terbang/bercuti. Barang-barang tu kalau boleh tak perlu bawa banyak-banyak, buat berat beg je nanti.

Pasport - Wajib bawa kalau hendak ke luar negara. Visa tak diperlukan kalau hendak ke Korea Selatan. Pasport aku expired nya tahun 2020. Sempat cop banyak negara lagi ni. Last bercuti tahun 2015, pergi Bali. Dah dekat setahun tak terbang rupanya.

Duit Belanja - Kena rajin tengok nilai semasa bagi pertukaran matawang. Aku tukar duit pada 24 April 2016 di IOI Mall Putrajaya. Nilainya adalah 1,000KRW = RM3.47. Pada 26 April 2016, sekali lagi aku tukar duit tapi kali ni di Presint Diplomatik Putrajaya. Nilai tukaran adalah 1,000KRW = RM3.58. Kena rajin survey beberapa money changer sebelum nak buat tukaran.



Aku attachkan resit tukaran duit untuk rujukan di masa depan. Alamat money changer ada dalam resit tu.


Matawang KRW

Kamera - Sebolehnya nak bawa kamera DSLR tapi aku mana ada kamera tu. Heheh -) berangan je. Aku pinjam kamera Oey, kamera digital biasa tu. Kamera adalah wajib untuk rakam memori sepanjang di sana. Guna kamera handphone pun boleh.

Buku Catatan - Selepas aku rujuk beberapa blog travelling dan tengok Jejak Jepun Jihan, baru aku sedar kepentingan buku catatan. Aku bawa buku catatan untuk aku catatkan apa yang berlaku di sana dan memudahkan aku menaip dalam blog.

Kamera, Buku Nota, Powerbank, Pasport

Baju yang sesuai - Oleh sebab waktu bercuti ni musim sejuk, aku bawa jaket dan beberapa baju tebal. Kita ni orang Malaysia, mana biasa suhu sejuk-sejuk ni.


 Abaikan kalau ternampak benda-benda yang tak perlu tu.

Kasut - Nak selesa atau nak bergaya? Aku bawa 2 pasang kasut jenis sport shoes. Cukuplah pengalaman dulu sampai kaki melecet sebab "silap" bawa kasut. Stokin aku bawa 4 pasang. Hehehe -)




Ubat-ubatan - Bawa panadol dan minyak angin. Ini semua persediaan kalau tiba-tiba sakit kepala ke atau sakit kaki.

Makanan - Aku bawa makanan sikit dari Malaysia. Tak bawa banyak tapi bolehlah makan untuk breakfast. Bawa sikit maggie, oat, sardin tin, cili, biskut dan telur rebus.





Adapter Plug - Kena bawak sebab plug di Korea tak sama dengan plug di Malaysia. Jadi, bawalah international adapter plug.

Wet Tissue & Botol Air - Kegunaan untuk bawa air in case kalau nak "membuang". Toilet di Korea takde getah paip. Pandai-pandailah fikir macam mana nak mencuci. Wet tissue tu aku tak bawa banyak sebab ikut pengalaman lepas, tak banyak guna pun.

Borang Kelulusan Luar Negara & Insurans - Penjawat awam perlu isi form kelulusan luar negara atas urusan persendirian. Perlu dapatkan kelulusan ketua jabatan dan jangan lupa isi sekali borang kemudahan insurans. Aku isi form kelulusan luar negara pada 18 April 2016 dan isi form insurans pada 03 Mei 2016. Insurans sangat penting, kita tak tau kalau berlaku apa-apa perkara buruk di luar sana nanti.


Untung jadi orang gomen, pergi bercuti luar negara pun gomen bayarkan insurans. Ini antara benefits yang boleh dicover jika berlaku eksiden seperti dinyatakan.

Peta Subway - Aku download apps subway di handphone. Zaman dah maju, semua di hujung jari. Tak perlu bawa peta kertas, leceh.



* Pagi tadi secara tak sengaja bukak messege di FB, rupanya ramai yang PM tanya pasal percutian-percutian yang pernah aku ceritakan dalam blog ni dan aku baru baca pertanyaan-pertanyaan tu semua. Minta maaf banyak-banyak sebab tak membalas. Jika ada apa-apa pertanyaan mengenai Korea, boleh emel pada saya : ferdz_ jb@yahoo.com (underscore & jb tu rapat ye)

1 comment: